Monday, November 28, 2011

Aksi terbaik (BOTB Bon KL)...

Tajuk : Aksi Johan Best of The Best Bon KL (Piala Adham Iskandar)
Johan kategori Remaja
Serama : Mie Kebab Penang


Saturday, November 26, 2011

Aksi terbaik... (1)





Di bawah ini adalah gambar dari aksi Johan Kategori Muda - Ayam Pok Eik Dungun










Bon KL - Gambar dan kesah (Candid)

Piala Seri Gading - BOTB : Dari Mie Kebab Penang ( Johan Remaja)

Alhamdulillah...hari ini saya berkesempatan untuk hadir menyaksikan suasana bon KL yang dianjurkan oleh saudara Adham Iskandar (atau lebih dikenali dengan panggilan Serama Seri Gading dikalangan peminat serama) dengan geng-geng KL yang lain.

Seperti biasa, saya hadir bersama kawan-kawan dari serama Telok Mas.

Walaupun tiba agak lewat lantara keputusan untuk hadir hanya dibuat pada saat-saat akhir, syukur juga dapat melihat aksi-aksi menarik dari ayam serama yang dibawa oleh peserta serama dari seluruh Malaysia.

Tambah menarik kerana agak ramai juga otai-otai dan juga peminat serama yang sudah terkenal muncul memberi sokongan sambil memeriahkan lagi bon pada petang hari ini.

Saya ucapkan tahniah kepada saudara Adham dan rakan-rakan atas kejayaan mengendalikan bon tersebut yang lancar. Begitu juga atas kehadirian YB Shaari Sungib yang sudi meluangkan masa memberi sokongan atas aktiviti ini.

Bersama ini saya sertakan beberapa keping gambar yang sempat dirakam pada petang ini.

Saudara Adham yang bekerja keras menjayakan bon ini

Otai Melaka (Rahman Persona, Abg Khalid Tanjung Minyak & Abg Zaini) bersama Otai Dungun (Pok Eik)..

Pok Eik menelik peluru barunya..

Perbincangan otai Kuantan ( Muin dan Serama Jengka) bersama Geng Telok Emas

Para Otai sedang bersidang...
Adham...YB Shaari & Nizam RC


Senyum panjang nampak Abg Din Buah Kelantan nie..(peserta paling banyak mengondol hadiah dalam kebanyakan kategori)

Saudara Hatta KL (Raja Kubing kalau tak salah)

Saturday, November 5, 2011

Siapakah selepas ayam BOTB 2011 Ini..?

Hak milik Ayam : Pok Eik
Baka : Tidak diketahui (...pok eik terkenal dengan Baka Sami Gila-nya. Mungkin ada darah baka ini-kena tanya Pok Eik dan breeder terdekatnya)

Sumber Gambar : FB Pak Ishak (Serama Bang)

Ayam manakah pula yang bakal mengunggul BOTB selepas ayam ini..? Sila saksikan aksinya di atas meja......Superb!


Sumber: You Tube

Salam Aidil Adha buat semua

Tuesday, November 1, 2011

Lensa : Aksi "Sri Langkat"

Tajuk Lensa : Aksi Sri Langkat
Lokasi : Bon Melaka Air Keroh -29102011

Serama milik : Farid Kuala Ibai ( Serama Melaka-FB)