Showing posts with label Produk Serama. Show all posts
Showing posts with label Produk Serama. Show all posts

Wednesday, July 24, 2013

Saturday, April 6, 2013

Dari 'bloodline' warna gelap reban...

Sekarang ini memang Stm agak sibuk sedikit dengan urusan meniaga dan bisnes yang lain. Jadi kadang kala memang ada niat nak kongsi info panjang sedikit kat blog ini, tetapi lantaran badan yang penat dan minda yang letih, Stm tidak dapatlah menulis panjang lebau (pelat orang melaka).

Bagi kawan-kawan yang rajin mengikuti blog ini, Stm ucapan terimakasih banyak-banyak. Juga ada yang sms dan telefon bertanyakan khabar sambil rajin bercerita tentang hobi serama nie. Maaf buat 'call' yang kadang kala Stm tidak sempat nak 'pick up'. Sibunk kadang kala hehehehe.

Bagi yang sudi singgah dan melawat reban, Stm segan juga kerana suasana reban yang tidak se-gah seperti reban kawan-kawan serama yang lain. Tapi Stm syukur juga kerana ada yang sudi berkunjung sambil mengeratkan silaturrahim sesama kita. 

Di bawah ini Stm kongsi gambar adik beradik seibu dan sebapak dari bloodline warna ara reban. Memang Stm guna 3-4 bapak pembaka warna 'gelap' dengan koleksi induk yang pelbagai. Dari yang darah dekat hingga yang jauh talian bloodline-nya. 

Warna kuning pun macam itu juga...3-4 bapak dari bloodline yang stm sudah tapis. Dah campur beberapa baka yang Stm minat. Ada masa, Stm kongsi gambar pembaka kuning reban nanti.

Adik beradik dengan gaya tersendiri.
Seekor belum galak dan seekor lagi dan lempar sayap selalu...
Cutting dan warna bulu yang Stm cukup minat (manisan hangus). Tapi belum bangun lagi. Stm target
sebulan ini datang lah perangai dia....

Sunday, March 25, 2012

Incubator untuk reban..

Kerana banyak telur yang dihantar untuk dieramkan di sebuah kedai ayam di bandar Melaka rosak dan tidak menjadi, nampak gaya STM perlu memikirkan alternatif untuk memiliki sebuah mesin incubator sendiri supaya lebih mudah dan menjimatkan masa.

Selepas melakukan survey di google, ada 2 tempat yang saya perlu lawati. Kedua-duanya adalah pusat dan perusahaan menternak ayam kampung di tempat saya. Sambil melihat incubator yang dimiliki oleh mereka, mungkin banyak maklumat yang boleh saya pelajari dan kongsi terutama pengalaman mereka di dalam menternak unggas dalam skop yang sistematik dan berkesan.

Ini dia perusahaan yang saya perlu lawati..

1. Perusahaan dan penetasan Ayam Kampung milik Haji Alwi Othman di Kampung Tambak Bugis, Telok Mas, Melaka

anak ayam

penternak ayam

2. Razalipro Bukit Tembakau, Umbai, Merlimau, Melaka
http://razalipro.blogspot.com/

Kedua-duanya menawarkan mesin incubator yang pelbagai jenis. Yang penting keberkesanannya dan juga menjimatkan terutama bagi STM yang membiakkan serama secara kecil-kecilan...

Thursday, March 8, 2012

Tok Uban untuk dijual... (SOLD)



SOLD
Bagi yang berminat, seekor serama yang boleh dibuat teras pembaka di reban atau masih boleh di bawa ke pertandingan. Ayam ini milik kawan dari reban di Telok Mas. Ayam ini memang 'darah'nya kuat dari bloodline Tok Uban / Syawal. Ciri-ciri tok uban masih jelas pada ayam ini seperti rajin kebas, lonjak dan aktif atas meja. Ayam masih muda.

Tuannya nak lepaskan ayam ini kerana sudah mempunyai pelapis dan 2-3 ekor lagi pembaka dari darah yang sama.

Bagi yang berminat boleh hubungi 012-6990793. Boleh nego sikit-sikit sampai jadi. Siapa cepat dia dapat. (Gambar ayam adalah seperti di atas)

Monday, February 6, 2012

Promo : "SPECIAL PERSONA" & "PERSONA POWER DROP"

Saya menerima beberapa pertanyaan tentang makanan yang sesuai untuk serama. Seperti yang kita ketahui, sesudah ribuan Ringgit Malaysia (RM) atau Rupiah Indonesia dilaburkan untuk memiliki seekor serama yang cantik bergaya, sudah tentu penjagaan yang baik dan sesuai adalah sangat perlu dititikberatkan . Salah satunya adalah di dalam soal pemakanan.

Ini kerana walau bagaimana hebatnya baka atau bloodline yang anda miliki...atau bagaimana cantiknya serama yang anda beli, tetapi jika tidak sihat dan cergas , ia tetap tidak jadi cantik bergaya. Apatah lagi apabila berada di atas meja.

Bersama ini saya cadangkan makanan serama bermutu tinggi yang dihasilkan oleh saudara Rahman iaitu pemilik baka Lang yang terkenal dari Melaka.

Produk pertama dinamakan "Special Persona", iaitu adunan makanan khas untuk ayam serama yang diletakkan seekor sekor atau yang bersiap untuk pertandingan. Bahan asas makan tersebut adalah dari bijirin biasa untuk ayam dan telah siap dicampurkan dengan multivitamin dan mineral.

Antara kelebihan Special Persona adalah :

1) Ayam tidak menjadi gemuk
2)Ayam lebih galak
3)Najis kering dan kurang berbau
4) Bulu ayam serama lebih berkilat

Special Persona seeloknya diberikan seiringan dengan satu lagi produk Persona Serama Farm Iaitu "Persona Power Drop"(PPD),yang botolnya kelihatan seperti ubat sakit mata - Eyemo.

PDD ini telah dirumus dan diuji selama hampir 2 tahun oleh saudara Rahman bagi menghasilkan seramanya yang cantik bergaya sebelum di komersialkan.

Kedua produk ini telah mendapat respon yang baik dari pembeli,antara khasiat PPD ialah:

1) Ayam lebih galak,balung lebih merah
2) melindungi ayam dari terlalu mudah dijangkiti penyakit
3)Ubat untuk ayam yang nampak pucat
4)Boleh membantu memulihkan ayam betina yang bertelur lembik

PPD juga mudah digunakan,boleh dititis terus kedalam mulut ayam atau campur dgn air mnuman.

Jika anda berminat untuk memiliki produk tersebut atau terdapat pertanyaan, sila hubungi saudara Rahman di talian berikut :- 012-6845884











Saudara Rahman Persona