Saturday, December 31, 2011

Baka @ Darah

" Cantik ayam nie....baka apa boh...? "
" Baka apa yang ko breed kat reban ko..?"
" ayam BOTB baru-baru nie kat Bon xxx dari baka xxxx...tau"


Bagi peminat seni kecantikan serama atau penternak serama, mungkin ini adalah sebahagian dari soalan yang kerap kita dengar diperkatakan dikalangan dari kita. Bagi peminat baru, soalan ini mungkin janggal tetapi lama-kelamaan, ia akan menjadi soalan wajib buat mereka jugaa.

Apa pentingnya BAKA atau darah di dalam menghasilkan serama yang diimpikan atau serama yang bergelar juara?

Sebagai orang yang agak baru di lapangan penternakan serama, saya cuba juga mencungkil atau mendapatkan informasi ini di kalangan orang yang sudah lama berkecimpung di bidang ini. Jawapannya pelbagai. Ada yang menekankan tentang baka..ada juga yang lebih memberi perhatian kepada bentuk-bentuk pembaka jantan dan induk betina dalam menghasilkan bentuk serama yang dikehendaki.

Tetapi jawapan kesimpulan awal yang boleh saya sebutkan samada suka atau tidak adalah; pentingnya mengenali "root" atau baka asal (ataupun reban) ayam yang ingin kita biakkan.

Buktinya, kebanyakan breeder terkenal hanya menggunakan baka-baka dari reban mereka sendiri sahaja. Yang dimaksudkan dengan baka bukanlah bermaksud ia sekadar nama baka ayam sahaja tetapi ia juga memberi maksud darah yang mempunyai kaitan.

Hakikatnya 'darah' cukup penting untuk tujuan pembakaan..BAKA utama Serama Bachok ( SB ) hanyalah dari Reban Shamsul dan Mat Yar Terengganu yang terkenal dengan Rejet dan Submerine.
-Dipetik dari Blog Serama Bachok-


Kesamaan darah atau baka ini berfungsi untuk memudahkan penghasilan serama yang menyerupai kecantikan tubuh dan kehebatan gaya (perangai) yang diwarisi dari darah pembaka atau induknya.


Anak berlainan warna kulit dari pasangan yang sama. Ada yang ikut ayah dan ada yang ikut ibu. Perangainya kena tanya pasangan tersebut. (Teori genetik)

Saudara Rahman Persona menghasilkan Baka Lang hasil dari 'close Breeding" atau persamaan darah 2-3 lapis generasi dari pasangan baka asal ayam tersebut. Tujuannya untuk mengstabilkan genetik darah ayam tersebut.

Begitu juga dengan hasil yang ditunjukkan dari darah Raja Ara yang mempunyai keturunan juara seperti Raja Kubing dan juga Sri Kenyir.

Contok yang agak ketara juga boleh didapati dari Baka Tok Uban yang mempunyai struktur warna bulu dan beberapa struktur tubuh yang sama. Ia juga mewariskan gaya atau perangai yang 'jahat" di atas meja.

Bagaimanapun tidak dinafikan keperluan "out-breeding" bagi tujuan menghasilkan model atau cutting serama yang baru bagi tujuan evolusi kecantikan dan kesenian ayam serama.


Pembaka yang melahirkan ayam berharga belasan ribu dari reban Otai serama di Dungun
(Gambar ikhsan dari Pok Jang)


Nota : Artikel ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja tanpa berpandukan kajian saintifik. sebarang komen atau pendapat adalah sangat dialu-alukan.

Sunday, December 25, 2011

Kandid...

Lokasi Pameran Seni Kecantikan Serama Melaka

Jadi tumpuan...(ayam jantan sedang meng-adjust ayam betina dalam sangkar sambil sepasang peminat serama meniru gayanya ..hahaha)

Geng Dungun : Terima kasih atas sokongan

Otai serama - Saudara Kodik sedang berkongsi tips dengan Pok Jang dan Tuan Maizal sambil di Yin Dungun
Sibuk menyiapkan ayam...- (Dalam foto: Tuam Farid (SM), Abg Mie Bukit, Adi Panjang, Kodik, Pok Jang dan Yen Dungun -khabarnya bakal berhijrah ke melaka)

Reban serama Abg Zuki ( banyaknya ayam..)


Baka serama "Kopi Dangdut" Dr Azhar. Yang pegang baka ini adalah Abg Azmi pengerusi Kelab Peminat Serama Melaka

Mr John tengah minta tips jadi pengadil kot..

Otai SI3000- Pak Lias



Sibuk di kaunter pendaftaran penganjur (Ada kepok lekor dari Terengganu- terima kasih Abg Mie Bukit)

"Sri Kenyir" turut beraksi (mungkin sedang meluruh)



Tarik...selam perggg

Mat Zi Dungun,Bob Melaka (Serama BR7) dan Otai Rahman

Serama Rinting dari Johor

Dari Indonesia (Adila Farm) dan Belgium

Dua orang kuat Serama Corporation

Tahniah buat Geng Serama Telok Emas..

Tuan Maizal -No 4 kategori Anak A

Pok Jang - No 2 kategori Remaja
(Remaja ini saya pernah post-kan artikelnya. Sedarah dengan Sri Umbai)


Best of the Best ..hahahaha (Bon mini kecik)

Update TERKINI dari Melaka : Tahniah buat Pemenang!

BOTB - Dari Geng Serama Kajang - Cg Azahari

Johan Kategori Ayam B

Johan Anak B

Johan Kategori Remaja

Johan Kategori Ayam A

Johan Serama Induk - Abg Mat Zi

Friday, December 23, 2011

Serama di Indonesia (Part 1)

Serama di Malaysia kembali meriah dan mendapat sambutan yang baik lantaran populariti serama yang sedang meningkat naik di Indonesia. Sebagai salah seorang peminat kesenian ini, fenomena ini patut disambut dengan gembira dan positif.

Saya akan cuba mendapatkan maklumat tentang perkembangan terkini tentang serama di Indonesia. Dan bukan berita asing buat semua peminat serama Malaysia tentang kemana perginya juara-juara serama Malaysia sekarang ini.

Di bawah ini adalah gambar Juara yang sedang menganas di Indonesia. Empunyanya adalah dari tuan yang sama.Cheetah
(Macam mana ganasnya Cheetah boleh lihat di dalam artikel saya sebelum nya)

Masih dengan nama "Sri Palas"
(dengarnya masih BOTB dalam bon besar terbaru di sana)

"Mr James Bond"


Sumber gambar : Dari FB tuan asalnya

"Tsunami" -Juga menganas di Indonesia
(Ini tuan yang lain)

Tuesday, December 20, 2011

Pameran Seni Kecantikan Serama Melaka - 25hb Disember

Lokasi Pameran di Durian Tunggal Melaka

Saya ingin update mengenai Pameran kecantikkan dan kesenian ayam serama di melaka pada 25.12.2011 ni(Ahad).

Penganjur yang terdiri dari Abg Zuki Serama Malaysia dan Kelab Peminat serama Melaka dengan ini ingin mengadakan satu pameran kesenian dan kecantikkan ayam serama,pameran ini adalah sebagai tapak(Platform) untuk mempromosikan ayam serama kita bagi menentukan kedudukannya dari segi kecantikkan dan kesenian,insyallah semoga dgn adanya platform ini dapat la kita mendapat sedikit keseronokkan dan pendapatan dengan ayam serama yang dikurniakan Allah kepada kita,kami telah menjemput para juri dari PERKASA untuk memberi penilaian untuk menentukan ayam serama yang cantik (bergaya dan asesori) mengikut kategori yang telah pihak penganjur tetapkan iaitu :

Serama A - 350gram ke bawah
Serama B - 351gram ~ 500gram
Serama Muda
Serama Remaja
Serama Tanpa Lawi
Serama Betina Induk
Serama anak A (100 gram dan kebawah)dgn ciri2 anak A
Serama anak B (101 gram ~ 150 Gram)dgn ciri2 anak B

Lokasi :Bekas tapak Peacock Paradise,durian tunggal Melaka (sepatutnya selepas bayar je tol ayer Keroh terus belok ke kanan,tapi disebabkan simpang tu dah tutup,kawan2 kena naik fly over dan turun balik ke jalan sebelah ataupun buat u turn.


Pihak penganjur juga telah mememutuskan untuk memunggut sumbangan sebanyak RM30 bagi seekor ayam yang ingin dipamerkan dan diadili kecantikkannya.(Pihak penganjur berharap sumbangan RM30 ini tidak membebankan peserta pameran),jika ada cadangan sila sms atau call saya.

Pihak pengajur juga amat berbesar hati untuk memberi sedikit saguhati kepada ayam2 serama yang ingin menyertai pameran ini mengikut kecantikkan dan keseniannya sebagaimana yang telah ditetapkan kriterianya oleh para juri seperti dibawah :

Ayam serama tercantik (Gaya dan asesorinya) - RM150 dan piala bagi setiap kategori.
Ayam serama kedua cantik (Gaya dan asesorinya)-RM100 bagi setiap kategori
Ayam serama ketiga cantik (Gaya dan asesorinya)-RM80 bagi setiap kategori
Saguhati yang lain adalah mengikut budi bicara pihak penganjur dengan kadar berapa ekor ayam yang menyertai pameran ini mengikut kategori.

Saguhati yang tidak seberapa diberikan diatas ini diharap dapat meringankan sedikit bebanan para peminat serama yang datang ke pameran ini termasuklah dari segi kos pengangkutan,kos makanan dan pergorbanan masa.
(Sila Klik untuk membesarkan gambar lokasi)

Terima kasih di ucapkan pada semua kawan2 peminat serama yang bakal menyertai pameran ini,terima kasih juga untuk penganjur bersama iaitu abang zuki serama Malaysia,kawan kita En.Farid (Serama Melaka) yang menyumbangkan piala dan bersusah payah untuk mendapatkan penaja.

Terima Kasih juga untuk penaja iaitu Kementerian Pelancongan Malaysia (Melaka),Majlis Perbandaran Alor Gajah Melaka (MPAG) dan lain-lain penaja.

Segala pertanyaan mengenai pameran ini bolehlah menghubungi
Rahman Lang Persona -012-6845884
En.Hulul Azmi - 010-2645269
En.Khalid - 016-6654929
En.Zuki serama Malaysia -013-3171999

Sumber : Blog Serama Persona (Rahman Persona)

Tuesday, December 13, 2011

Geng serama di Telok Mas...

Sebagai 'orang baru' dalam aktiviti seni kecantikan ayam serama ini, peluang menimba ilmu dan berkongsi pengalaman dari orang lama memang satu pekara yang kami beratkan. Tambahan lagi maklumat yang yang diperolehi sangat bermanfaat bagi kami dalam menternak dan menghasilkan serama yang bergaya.

Seperti biasa, jika ada ruang yang sesuai, kami di Telok Mas akan berkumpul sambil berkongsi informasi tentang ayam serama.

Petang ini kami sempat bersembang dan melihat sesi 'menggosok ayam'..hahaha

Pok Jang sedang menunjukkan sesuatu kepada Abg Maizal. Mungkin tips menjadikan ayam lebih selam..

Baka Tok Uban ori dari dungun..

Tetap mahu beraksi...
(Induk ini Johan Bon Melaka-Air Keroh, No 3 Bon KL -Adham dan No 3 di Ipoh -markah sama dengan no 1 dan 2)
Lagi matang ..lagi selam (Tok Uban ori)