Thursday, July 28, 2011

Fakta Tentang Ayam Serama

Nama serama dikatakan berasal dari nama Seri Rama dan pada mulanya adalah haiwan peliharaan di istana.Dipercayai berasal dari Kelantan. Dipercayai hasil kacukan pelbagai burung eksotik, termasuk burung hutan. Satu masa dulu, ayam serama menjadi kegilaan terutamanya di negeri-negeri pantai timur. Ayam serama adalah unik kerana saiznya yang kecil. Secara amnya, lagi kecil saiznya, lagi bagus. Selain itu, ciri-ciri fizikal lain bulu, taji, balung, paruh dan lain-lain juga akan menentukan kelas ayam itu. Dikatakan ayam-ayam serama terpilih yang sering memenangi pertandingan boleh mencapai harga puluhan ribu ringgit, bergantung kepada tawaran yang ditawarkan pembeli yang mampu dan sanggup!Ayam serama disifatkan sebagai Ayam terkecil dunia pandai menonjolkan diri dan memikat hati kini mempunyai nilai komersial, tersohor di seluruh dunia
Jangka hayat antara tujuh hingga 15 tahun.Berat ideal adalah 500 gram ke bawah dengan saiz adalah satu pertiga dari ayam biasa. Ciri istimewa adalah ekor lentik, berdada tegak dan kepak lurus ke bawah. Menjadi haiwan peliharaan kerana jinak, manja dan mengenali tuannya. Haiwan ini mempunyai gelagat menarik seperti berjalan mengundur ke belakang.Sejak zaman berzaman hobi menternak ayam serama semakin menjadi 'kegilaan' ramai. Namun tidak ramai di kalangan kita mengetahui bahawa serama sebenarnya berasal dari gabungan Ayam Katik (Japanes Bertam) + Ayam Hutan (Besut) + Ayam Kapan Bangkok.Keistimewaan Ayam Katik (Japanes Bertam) ialah terletak pada saiznya yang kecil namun masalahnya ia adalah ayam yang kurang aktif dan bermasalah dalam pembiakan. Manakala Ayam Hutan (Besut) istemewanya terletak kepada bentuk tubuhnya yang cantik namun kelemahannya ialah warnanya yang tidak menarik. Manakala Ayam Kapan Bangkok pula keistemewaannya pada warna bulunya yang kuning dan ekornya yang panjang dan tersusun cantik.Diharapkan anda tidak keliru dengan baka ayam kecil yang lain seperti Ayam Kapan, Ayam Katik dan lain-lain


PENILAIAN AYAM SERAMA
* Jenis - Ciri utama ialah kepala melunjur ke belakang, bahagian belakang pendek, kepak menegak dan ekor panjang, penuh dan apabila berkembang, tidak menyentuh balung. Kedudukan tengah mata sama dengan kedudukan tengah kaki ketika berdiri.
* Perwatakan - Kelihatan gagah, berani dan yakin. Lagak suka menonjol seperti berkokok dan suka berdiri.
* Ekor - Saiz besar, menegak dan tinggi. Bulu pelepah ekor utama panjang, melentik di penghujung dan berkembang seperti bentuk V. Lawi (ayam jantan) menegak 90 darjah dan sedikit melentik ke belakang di penghujung.
* Kepak - Ketika berdiri, kepak ayam dalam posisi menegak tetapi sedikit menghala ke belakang. Hujung kepak bersentuhan sedikit dengan lantai.
* Badan - Tegap dan bulat. Dada ayam lebih luas dari bahagian belakang apabila dilihat dari atas. Dari tepi, badan berbentuk V. Belakang ayam pendek dan lebar di bahagian bahu.
* Kaki - Tidak begitu rapat dan selari. Panjang sederhana dan seimbang dengan saiz kepak. Paha berotot dan sederhana panjang. Taji di bahagian tengah betis, keras, kecil dan menghala ke belakang kaki.
.
Kategori umur bagi ayam serama yang sihat ialah seperti berikut:
Grade 3A beratnya dibawah 250gm
Grade 1A beratnya dibawah 350gm
Grade B beratnya dibawah 500gm

Gaya adalah sesuatu yang sangat subjektif untuk diterangkan bergantung kepada citarasa individu yang berbeza..Ayam serama lebih dikenali kerana kecantikan menyebabkan dibela hanya untuk tujuan menyertai pertandingan dan sekadar hobi. jika ada kamera dan limpahan cahaya lensa, ayam ini segera mengangkat dada dan meluruskan ekor tegak ke atas hingga 90 darjah serta mengibas kedua-dua kepak.Gaya gelagat teletah ayam serama sangat digemari oleh jurufoto kerana mudah untuk mendapatkan pose yang menarik dan ianya fotogenik. Ada juga ayam serama yang begitu sukar diambil gambarnya kerana seringkali berjalan menjelajahi setiap penjuru meja. Ciri-ciri yang patut ada pada seseekor serama untuk pertandingan....

ciri yang utama ialah gaya ( 25% ), tubuh (15%), ekor & lawi (15%), Kepala & Balung (15%), warna (10%), sayap (10%),bulu (5%) dan kaki (5%).biasanya ayam A yang beratnya dalam kategori 320 - 350g yang gayanya tinggi....ayam yang lebih ringan 220 - 300g biasanya kurang aktif....

Gaya : Permarkahan penuh biasa diperuntukkan 25% tetapi setakat ini markah yang tertinggi adalah 23.5 sahaja. Gaya dikira dari segi bagaimana ayam tersebut beraksi seperti mengebas-mengebas tarik, berjalan dengan megah, tarik selam kepala untuk menampakkan dadanya yang besar, angkat kaki sebelah, tengkok bergetar,dsb.


Tubuh : Pemarkahan penuh biasa diperuntuk 15%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 13.5 sahaja. Tubuh cantik dikira jika ayam tersebut boleh mengangkat dadanya hinggakan tidak menampakkan ruang di antara ekor dan belakang ayam tersebut. Kepala pula perlu melepasi aras kaki. Ekor tidak boleh melepasi aras kaki...orang sebelah sini kata tikam kepala...Jadi kedudukan kepala tu melebihi 90 darjah le.

Ekor : Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 15%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 13 sahaja. Ekor yang cantik mesti mempunyai lebih daripada 5 bilah/helai sebelah. Susunannya perlulah teratur...iaitu tersusun dengan rapi...tak boleh ada yang pendek ditengah-tengah...menampakkan susunan menaik...satu lagi ekor tu mesti le terbuka..tak boleh tertutup rapat atau mengucup..istilah yang biasa kita gunakan untuk ekor ialah bentuk daun sirih.

Lawi : Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 10%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 8.5 sahaja. Lawi cantik mestilah lebih tinggi dari ekor pengapik lawi..sekurang-kurangnya 1 inci. Lawi perlulah tegak ke atas..dua lawi ini perlulah sama panjang..keras, halus dan tajam meruncing..istilah yang biasa digunakan untuk lawi ialah lawi pedang dan lembing.

Sayap: Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 7%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 6 sahaja. Susunan sayap mesti kemas, Bulu pelepah pada sayap tidak menampakkan rongga, tidak terlalu singkat atau terlalu labuh...aras kaki digunakan sebagai penentu. Sayap yang cantik ialah apabila diluruskan ke bawah boleh menutupi kakinya dan tidak mencecah tanah. Mesti terpacak tegak 90 darjah.


Kepala Balung : Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 10%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 8 sahaja. Balung cantik dikira apabila saiznya besesuai dengan muka ayam. Tidak tebal, berwarna merah terang untuk menunjukkan ianya sihat, Jejarinya melebihi daripada 5 bilah, Tegak, Tersusun dengan rapi...nampak keseragaman dalam susunannya.

Warna : Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 8%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 7 sahaja. Warna kelas satu ialah warna-warna yang berkilat..seperti kuning, merah, ara, kumbang lilin, Warna kelas 2 ialah warna putih, kubing, warna kotor iaitu warna bercampur dengan warna hitam didadanya.


Bulu : Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 5%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 4 sahaja. Bulu hendaklah kemas, bersih terutama hujung sayap dan bawah punggung, tidak merebang-rebang, kalau boleh bila kita lihat menampakkan kemas dan rapi...tip..mandikan ayam 3 atau 4 hari sebelum pertandingan...jangan mandikan sehari sebelum pertandingan..bulu tidak akan tersusun dengan rapi...nampak macam carik-carik.

Kaki : Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 5%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 4 sahaja. Warna kaki terang biasanya kuning, panjang, bersih, tegap bila berdiri, bengkok kurang markah, tidak lemah atau lembik bila berjalan.


KATEGORI YANG DI PERTANDINGKAN

SERAMA "A"
SERAMA "B"
SERAMA MUDA
SERAMA REMAJA
SERAMA TANPA LAWI
SERAMA INDUK
SERAMA ANAK "A"
SERAMA ANAK "B"


Ada dua format untuk pertandingan ayam serama di antara Kelantan dan Terengganu....Kalau di Terengganu markah untuk gaya disatukan menjadi satu manakala di Kelantan dipecahkan menjadi dua...tetapi ini format pengadil Perkas...kalau Kerisma dia sama dengan format markah Terengganu. Gaya A ialah gaya di atas meja dan Gaya B adalah gaya di bawah ( berjalan ).Biasanya markah tidak banyak beza di antara satu-satu ayam..dan kadang-kadang markahnya sama sahaja apabila dijumlahkan..cara menentukan pendahulunya ialah dengan melihat susun atur markahnya daripada gaya hingga ke kaki...kalau ayam 'w' gaya lebih tetapi kalah bahagian kaki dan ayam 'X' kakinya lebih tinggi daripada gaya, maka ayam 'w' dikira sebagai pendahulu begitu le seterusnya..akan tetapi jika kesemua ciri-ciri markahnya sama, cara timbangan lah yang terakhir kita gunakan..ayam yang teringan dikira sebagai pemenang.
Justeru itu penternak yang arif terhadap maklumat genetik ini akan mampu mengenal pasti ciri-ciri yang dominan terhadap ayam serama peliharaannya. Sebarang ketidak seimbangan campuran genetik ini pada ayam yang diternaknya akan menghasilkan bentuk rupa ayam serama yang tidak mengikut standard kualiti yang dikehendaki. Sering jua peminat serama amat kecewa apabila membiakkan baka yang terpilih kerana gagal menghasilkan anak serama yang jauh dari kehebatan induk atau bapanya. bila mana melihat anak serama yang dihasilkan tidak mengambarkan ciri-ciri kehebatan bapa atau induk yang melahirkannya. Juga seringkali bapak serama hebat dikawinkan dengan Serama induk yang hebat tetapi hasilnya ialah 'Anak Kapan'. Ayam betina hanya bertelur kira-kira lima biji telur setiap tiga bulan atau kira-kira 20 biji setahun. Telur yang dikutip setiap hari dikumpul setempat selama tujuh hari dan kemudian dimasukkan dalam mesin inkubator selama 21 hari. Selepas menetas, anak ayam dimasukkan dalam satu kotak yang dinamakan set induk palsu. Kotak itu berfungsi seperti ibu ayam yang memanaskan badan anaknya. Selepas 30 hari, anak ayam dimasukkan ke reban biasa
Pemilihan baka gaya adalah faktor paling penting dan menjadi teras kepada kejayaan untuk menghasilkan ayam yang hebat di atas meja. Baka yang hebat gayanya agak senang untuk di ajar. Baka serama yang bukan dari darah gaya tetap boleh dilatih bergaya tetapi gayanya adalah tidak konsisten dan perlu diberi latihan yang berterusan.Asas datangnya penyakit dari enam perkara atau punca. Pertama sebab Virus kedua Bakteria ketiga Parasit keempat Protozoa kelima Kulat dan terakhir Pemakanan yang tidak seimbang. Antaranya adalah puru, jangkitan cacing, berak kapur, berak kuning, sesema, penyakit akut seperti strok, penyakit jangkitan kuman dan cacing dimata dan beberapa lagi.kena buat 2 suntikan iaitu suntikan penyakit sampar dan suntikan antibiotic. Darah akan dititiskan di atas plat putih untuk di analisis. difahamkan jika darah itu kelihatan berpasir maka ada sesuatu yang tidak kena. Ujian berikutnya akan dilakukan di makmal.ERYTAMIN PD (serbuk merah)
Serbuk ini dicampurkan dengan air minuman harian serama dan bertindak sebagai multivitamin asas.
PIPERAZINE CITRATE & Coccidine Powder (serbuk putih)
Piperazine Citrate bertindak sebagai pembunuh cacing dan perlu diberi 2 kali seminggu kepada serama yang hari2 dilepaskan di persekitaran yang kurang bersih.COCCIDINE PD Ini merupakan antibiotik dan perlu diberi kepada serama yang menunjukkan tanda2 berpenyakit.

Ayam diberi campuran dedak mengandungi vitamin..Makanan seimbang adalah sangat penting bagi setiap kehidupan. Nutrien yang diperlukan oleh setiap organisma dan mikroorganisma adalah berlainan mengikut spesis. Ayam serama juga memerlukan makanan tambahan bagi mengekalkan keseimbangan nutriennya. Makanan tambahan serama adalah berlainan mengikut kaedah pemeliharaan yang diamalkan. Ayam yang 24 jam di kurung memerlukan makanan tambahan yang lebih berbanding ayam yang dibiarkan lepas.Rumput merupakan nutrien asas yang perlu diambil oleh ayam serama. Ia bertindak sebagai agen serat yang membantu penghadaman. Kebiasaannya para breeder akan memberi makan rumput sekitar 2 kali seminggu dengan cara serkupkan ayam di atas rumput. Kerap kali juga ayam akan memakan batu-batu kecil yang juga merupakan dietnya.

Appeton ini diperlukan apabila ayam menunjukkan tanda2 kurang selera makan atau fizikalnya yang kurus. Penggunaan appeton ini harus dikawal kerana ayam akan cepat gemuk tetapi sihat. Ini adalah ubatan rahsia sebelum ke pertandingan bagi mereka yang ingin menambah berat serama untuk memasuki Kategori B!!!! Cara bancuhannya ialah di campur dengan air minuman dengan nisbah 1:10 Air minuman perlu ditukar setiap hari kerana akan masam pada keesokan harinya
Softgel kapsul minyak ikan ini merupakan makanan tambahan yang paling kerap digunakan oleh setiap tuan serama tanding. Ia membantu mencantikkan bulu serta kecergasan ayam jika diberi dengan berterusan. Ada juga minyak ikan dalam bentuk cecair yang digunakan dengan cara mencampurkannya dengan makanan serama.Ayam Serama memerlukan penjagaan yang betul dan ianya bermula dari usia anak. Ia perlu di ajar untuk tidur di atas kayu bagi menguatkan otot kaki seterusnya menghasilkan kaki yang lurus dan dapat berdiri dengan tegak. Serama juga memerlukan makanan yang seimbang serta protein yang tertentu seperti vitamin E dari minyak ikan untuk mencantikkan bulu.
Latihan hanya bertujuan untuk melatih ayam berdiri dan membiasakan serama dengan suasana pertandingan. Ia juga untuk memastikan ayam dapat 'parking' atau berdiri dengan keadaan yang selesa tanpa tekanan. Ayam darah gaya yang tidak dilatih di atas meja tetap akan bergaya di dalam reban atau di lapangan terbuka tetapi apabila diletakkan di atas meja ia akan gelisah dan menunjukkan tingkah laku untuk terjun meja. Pada usia 4-6 bulan merupakan usia agresif dan serama akan sangat aktif. Pada usia inilah ia sangat penting untuk di serkup bagi mengurangkan keagresifannya. Oleh itu, latihan yang intensif bukanlah jawapan kepada penghasilan serama yang hebat dimeja tetapi faktor baka adalah sangat penting. Baka yang hebat gayanya akan mewarisi gaya sehingga akhir hayatnya tetapi ayam dari baka bukan bergaya tetap akan bergaya tetapi tidak konsisten gayanya dan akan hilang seri apabila tidak diberi latihan yang berterusan.
Bagi pemelihara serama khas untuk pertandingan dia mengurung ayam tu seekor-seekor....nak letak atas meja pun seekor-seekor....simpan dulu baru boleh keluarkan yang lain...biar dia rasa dialah hebat..dialah gagah..dialah juara...baru le dia bergaya megah dengan penuh keegoannya

Reka bentuk reban sesuai dengan pembesaran haiwan ini dan melindungi dari angin dan hujan melampau yang menyebabkan penyakit.Menternak ayam serama tidak cerewet jika aspek kebersihan dan pemakanan diberi perhatian rapi. Mengapa ayam serama? Inilah haiwan yang benar-benar berasal dari Malaysia. Ayam serama sebenarnya diiktiraf dunia luar sebagai milik Malaysia

Sumber : bukandoktorveterinar.blogspot.com

No comments:

Post a Comment