Monday, January 30, 2012

Corat-coret selepas Bon Melaka....

Alhamdulillah...aktiviti bon bulanan yang dirancangkan berjaya berjalan dengan lancar. Cuaca yang baik tambah memeriahkan lagi acara pamer mempamer ayam serama yang terbaik di antara para peminat.

Pagi tadi semasa sempat berjumpa Abang Zuki, beliau melahirkan rasa gembira atas sokongan berterusan dari peminat yang datang dari jauh dan dekat. Walaupun boleh dikatakan sebagai satu bon kecilan sahaja, jumlah peserta yang hadir untuk mempamerkan ayam mereka adalah sangat mengalakkan. Malahan beliau yakin tahun 2012 akan menjadi tahun cemerlang buat semua peminat-peminat ayam serama seluruhnya.

Memang menjadi impian dan mimpi-mimpi indah buat kami di Melaka untuk melihat semakin banyak ayam yang hebat dan bergaya dapat dilahirkan dan dipamerkan di sini.

Malahan dari feedback yang dapat saya kumpulkan semalam, kebanyakan peminat melahirkan padangan bahawa ayam yang dipamerkan kebanyakannya semakin bergaya dan cantik di atas meja. Ini bakal meletakkan 'benchmark' yang baik untuk bon bulanan ini pada masa akan datang..Insya Allah.

Saya hadir agak lewat berbanding rakan-rakan kelab yang sudah bersiap-siaga dari pagi lagi untuk memastikan perjalanan bon berjalan lancar. Tetapi apa yang dapat saya perhatikan sepanjang beberapa bulan ini, sudah hadir beberapa orang lama (peminat serama) dari Melaka untuk menonton 'event' petang semalam. Malahan ada sekumpulan peminat baru yang hadir dari Shah Alam seawal pagi lagi di hadapan rumah Abang Zuki semata-mata untuk mengikuti pertandingan tersebut.

Bagi yang berjaya saya ucapan TAHNIAH!!. Bagi yang BELUM berjaya, teruskan usaha dan kreativiti dalam menghasilkan serama yang menarik di atas meja. Saya pun sama seperti kawan-kawan juga; sedang berusaha ke arah tersebut dengan bantuan rakan-rakan di sini.

Di bawah ini saya kongsi beberapa momen menarik yang telah berlaku semalam.......

Ayam Mat Yus Kl kalau tak salah (tolong betulkan jika salah)

Johan B kalau tak salah..

Putih salju..canteknya..
Orang kuat Beranang Serama Farm (baju hitam 'Awang Pok")

AKAN DATANG.............


Sunday, January 29, 2012

Johan-johannya adalah......


Kategori A
1. Nor Azam
2. Seri Agung
3. SI3000

Kategori Muda
1. Beranang Serama Farm - Nizam RC (BOTB)
2. Wan Rakod Ampang (Sriwatan)
3. Dragon Serama Farm

Kategori ABS (Tanpa Lawi)
1.SI3000 Jelebu
2. Pok Jang Telok Emas
3. Mat Nor KL


Kategori Remaja
1. Beranang Serama Farm (Nizam RC)
2. Zul Shah Alam
3. Cikgu Din Klang

Kategori Anak B
1. Fauzi Bangi
2. Hatta Raja Kubing
3. Khairul Parit Raja

Kategori Induk :
1. Dragon Serama Farm
2. Mie Salak
3. Zul SP

Kategori Anak A
1. Dragon Serama Farm
2. Hatta Raja Kubing
3. Zam Subang


Nota : Keputusan ini masih tertakluk kepada keputusan rasmi dari pihak penganjur. Sebarang kesilapan boleh sms saya dengan kadar yang segera.

Tahniah buat Penganjur..

Khusus buat kawan-kawan yang bertungkus lumus untuk menjayakan Bon bulan ini..apapun TAHNIAH..go..go..go kasi gegar!


Abang Zuki Serama Corporation (Doa kesyukuran)

Presiden Kelab dan Setiausaha - Abang Azmi & Saudara Rahman Persona

Tuan Farid (senang hati), Abang Zaini (baju merah), Abang Azmi dan Aszh (belakang sekali)

Otai Khalid Tanjung Minyak

Tuan Maizal

Datuk Ahmad (Terima kasih atas jamuan makan tengahari)

"Tok Sai Telok Emas" (Buka Tok Uban kay...)

Juga TERIMA KASIH kepada semua peserta...peminat dan juga pengunjung atas sokongan dan dokongan. Moga kalian terus memeriahkan lagi aktiviti kami pada masa akan datang.

Update TERKINI : Tahniah buat Nizam RC (Beranang Serama Team)

BOTB Melaka Jan 2012 ...TERBAEEKKKK!

Dalam Gambar : Tuan Farid (FB : Serama Melaka), Nizam RC (senyum lebar) dan Abang Zuki (serama Corporation)
Aksi BOTB : Johan Remaja (baru ini BOTB di Kedah) dan Johan Muda - BOTB hari ini di Melaka


Thursday, January 26, 2012

Evolusi Serama dan "Cutting"Terkini

Walaupun saya masih baru sahaja aktif di dalam dunia penternakan ayam serama, sebenarnya saya mula tertarik dan memelihara serama semenjak sekitar tahun 2000 lagi. Ketika itu saya masih bekerja di Kuala Lumpur (KL).

Kerana masa itu gelombang internet baru sahaja bermula, maklumat tentang serama tidak mudah diperolehi seperti hari ini. Bagi peminat serama di KL yang sudah lama berkecimpung, pasti masih mengingati tempat-tempat atau lokasi yang mudah untuk memperolehi ayam serama.

Tepian Jalan Kuching dan juga sekitar Gombak (susur hingga jalan menghala ke UIA) adalah lokasi yang banyak mempunyai penjual-penjual ayam serama. Hampir setiap hari saya 'menebeng' di lokasi tersebut hanya sekadar untuk melihat anak ayam serama yang dijual oleh penjual-penjual yang datang dari kelantan (kebanyakannya).

Pada masa itu harga serama mencecah puluhan ribu. Malahan ada juga cerita mengatakan ada peminat yang sanggup menukar seekor ayam serama dengan kereta kancilnya(cuba tanya orang-orang lama tentang cerita ini). Bayangkan betapa tingginya nilai (duit) yang dibawa oleh ayam serama pada masa tersebut.

Teringat saya cerita otai serama kita ..Abang Zuki. kata beliau, pada masa tersebut ayam serama sangat 'limited' (Sangat TERHAD). Ceritanya, peminat serama datang beratur sehingga lewat malam hanya 'berebut' untuk mendapatkan anak-anak serama. Masa itu soal 'cutting' atau bentuk tubuh bukan soalan. Yang penting anak serama (walau banyak juga yang dapat ayam katik dan kapan...hahahaha).

Masa itu juga saya belum dengar baka-baka seperti Tok Uban atau nama-nama baka serama. Hanya nama sang juara yang megah disebut seperti Sri Kelantan. Sri Penang dan sebagainya. Macam kata Abang Zuki..."kau main baka apa...?" "Aku main baka CANTEK. Asal cantek je aku pelihara.." hahaha

(Sumber Gambar : Serama Keramat 10)

Saya memperolehi maklumat ayam serama melalui buku Ayam serama tulisan Saudara Ayob Ismail yang masih saya simpan hingga hari ini.



Serama bukan dari sejenis spesis asli ayam. Dia adalah hasil kacukan (hybrid)-penyilangan beberapa jenis baka ayam. Di katakan penyilangan (kacukan) antara ayam katik (Japanese Bantam), Ayam Kapan, Ayam Sutera ( Silkie Bantam) dan juga Ayam Hutan. Yang mana cross dahulu..WalAllahu Alam. Itu kena tanya geng otai lama macam Abang Zuki.

Kerana itu banyak kali kita dengar orang kata .."hendak beli serama tetapi dapat Kapan". Mungkin bukan niat mereka hendak menipu TETAPI salah satu sebab kerana genetik asal "datuk nenek" serama memang mempunyai darah kapan. Kerana DNA (genetik) yang belum stabil pada masa itu, maka kerap terhasil ayam kapan di dalam kumpulan hasil serama tersebut.

Kerana itu dahulu terdapat pertandingan serama kategori Ayam Kapan.

Tetapi seiring dengan perubahan masa dan citarasa manusia, ayam serama juga mengalami perubahan yang ketara. Dari sejenis ayam katik yang kecil dan berdada besar cutting Epel "gaya Syarifah Aini" jadi rebutan, Hari ini peminat serama sudah melihat bentuk tubuh serama yang berbeza. "Cutting" slim tinggi lonjak dan selam menjadi pilihan dengan gaya "lawan meja" yang mecetuskan kegilaan baru di dalam setiap pertandingan kecantikan ayam serama.

Tetapi, evolusi serama akan terus bergerak. Seperti dunia fesyen yang kerap berlaku pengulangan trend, adakah serama juga boleh berlaku begitu?

Serama Gaya Asal (Awee)

"Cutting" terkini
(Sumber Gambar : Blog Wan Jalan Day)

Wednesday, January 25, 2012

Tahniah buat BOTB Kedah..

BOTB Bon Kedah Jan 2012 : Nizam RC

(Sumber Gambar: Blog Serama Bang- Abg Ishak)

Saudara Nizam RC
(Sumber : Facebook )

Friday, January 20, 2012

Hebahan Umum: TERKINI Bon Melaka Jan 2012

Pihak Penganjur (Serama Corporation & Kelab Peminat Serama Melaka) telah bersetuju untuk mengadakan majlis kesyukuran pada hari Bon Melaka yang dijadualkan berlangsung pada 29hb Jan 2012 nanti.

Dengan itu penganjur berbesar hati untuk menyediakan jamuan makan tengah hari untuk semua peserta, peminat dan pengunjung yang menghadiri pameran serama tersebut. Kami mengalu-alukan kedatangan tuan-puan ke Bon Melaka ini.

Sekian
Terima Kasih

Editor Blog Serama Malaysia

Nota:

Facebook
Zuki Serama Mlaysia
‎29.1.2012 kami akan mengadakan majlis kesyukuran, jamuan makan tengah hari akan disediakan untuk peserta, peminat dan pengunjung di tempat pertandingan.

Dari Reban Padang Temu (Pok Jang)

Pembaka Reban milik Pok Jang

Juga Pembaka Reban


Wednesday, January 18, 2012

Melaka Sebagai Kota Warisan


A Famosa Resort
Mahkota Parade
Jonker Walk

Beca Melaka
Melaka River Cruise

Sempena kedatangan Bon pada bulan ini, di tambah dengan rancaknya rancangan aktiviti bon pada masa akan datang di Melaka, elok juga saya paparkan sesuatu yang menarik di sini. Sambil datang memeriahkan dunia serama ada baik juga jika dapat membawa keluarga untuk berjalan sambil 'makan angin' di Melaka.

Baru-baru ini negeri Melaka telah dinamakan oleh New York Times sebagai 45 tempat di dunia yang mesti dilawati. (baca maklumat seterusnya di sini)

Laluan Masuk :

1. Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS)
Tol Air Keroh atau dari Tol Masuk Alor Gajah. (Hanya sekitar 2 jam dari KL atau 3 jam dari Johor Baharu)

2. Dari KLIA (ada bas terus ke Melaka. Sekitar 1 jam setengah perjalanan sahaja)

3. Lapangan Terbang Batu Berendam (Penang-Melaka-Palembang)

4. Perlabuhan Bandar Hilir ( masuk melalui Dumai Indonesia - Feri perjalanan sekitar 1jam setengah)
(Pekan Baru Indonesia- Feri sekitar 3 jam)

Tempat Pelancongan

1. Bandar Hilir kota Bersejarah
Tempat tumpuan peninggalan penjajah Portugis dan Belanda. Terkenal dengan nama bangunan merah. Juga menempatkan kota terkenal Al-Famosa, Replika kapal Flor de Lamar, Dataran Pahlwan, dan banyak lagi tempat menarik untuk dilawati.




2. Kota Pelancongan Air Keroh- Hutan Rekrasi , Zoo Melaka, Mini Malaysia, Taman Rama-Rama , Wonderland Melaka dan macam-macam lagi.


3. Pusat Peranginan Klebang dan Pantai Tanjung Bidara

4. Jalan-jalan cari makan -Asam Pedas Melaka

5. Umbai - Ikan Bakar (dekat dengan rumah ambe)
Umbai Ikan Bakar

Ikan Bakar Terapung Umbai