Wednesday, February 20, 2013

Antara pembaka reban

Di reban Telok Mas sekarang ini, Stm hanya menggunakan 2 bapak pembaka untuk menghasilkan pelapis serama berwarna 'gelap'- (warna Ara dan Manisan Hangus).  Kedua bapak ini Stm 'cross' dengan induk-induk yang pelbagai jenis bloodline. Dari yang dekat (inbreed) hingga dengan pasangan yang jauh darahnya (outbreed).

Dua bapak teras ini mempunyai cutting dan aksesori yang agak berbeza walaupun darah asalnya kemungkinan dari reban breeder yang sama. Stm memang minat dengan susuk tubuh pembaka "BS" nie dari sudut aksesori yang menawan dari pandangan mata Stm lah. Orang lain mungkin ada pandangan dan citarasa yang tersendiri. 

Cuma bagi Pembaka Cobra pula, Stm memang terpikat dengan perangai aktif kebas dan buah lonjaknya. Jadi masing-masing ada ciri-ciri yang Stm cuba ambil dan hasilkan dalam reban Stm. 

Memang semenjak dari awal Stm mula 'main' serama nie, Stm cukup minat gila dengan warna yang 'gelap-gelap' nie. Terutama ayam dari reban Mie Bukit , Pendi Dungun dan juga Kodik. Sekarang ini Stm perasan, Abg Madzi (Mesra Serama -FB) pun ada banyak peluru yang warnanya gelap duduk ranking di bon-bon.
Black Star (Bintang Hitam)
Sekarang cuba cross dengan 3 induk. 
Cobra
Setakat ini hanya 2-3 ekor je pewarisnya yang dapat Stm simpan.
Salah seekor serama berwarna gelap yang Stm suka tengok.
Peluru yang selalu membawa tuah kepada Hairi Sik.
Tapi sayang, ayam ini hilang semasa menyertai salah satu bon baru-baru ini

Friday, February 15, 2013

Melatih dan menyediakan ayam....

Inilah antara bab yang agak penting kepada peminat yang serius untuk membawa ayam ke pertandingan -pertandingan ayam serama. Apatah lagi bagi orang baru dan juga mereka yang baru sahaja berjinak-jinak untuk  menghasilkan ayam tinggi ranking-nya.

Dalam artikel "Antara ayam cantik dan ayam juara"saya ada sentuh bagaimana penentu kepada ayam itu menjadi juara adalah melihat kembali siapakah pemain atau tuan ayam tersebut. Kenapa..?

Kerana faktor inilah..."melatih dan menyediakan ayam" sebelum ayam itu benar-benar boleh di bawa ke depan.

Walaupun saya masih agak baru aktif di dalam menyertai sahabat-sahabat lain membawa ayam ke medan pertandingan, tetapi pengalaman berkongsi cerita dan memerhatikan ramai otai-otai yang kerap mendapat tempat tertinggi bagi kategori yang ayam mereka sertai membuatkan saya ketahui bahawa ayam yang cantik perlu dilatih dan disediakan dengan cara dan kaedah yang bagus. 

Kita tidak nafikan bahawa baka atau bloodline sesekor ayam itu sangat penting. Tetapi itu hanya setakat menghasilkan ayam cantik dari reban-reban seseorang peminat. Seorang breeder selalunya memang menitikberatkan susur galur ayam yang dijadikan pembaka dan induk di reban mereka kerana mereka mahu menghasilkan ciri-ciri yang dimiliki/dan diwarisi oleh bloodline ayam tersebut. 

Tetapi apabila kita hendak membawa ayam kita lebih jauh ke depan, soal baka akan semakin menghilang. Bak kata otai lama ; "dalam kolum pemarkahan tak ada pun kolum untuk pengadil bagi markah pada baka-baka tertentu ..heheheh"

Jadi apa yang dinilai oleh pengadil...?

Yup...ayam yang cantik dan bergaya. Cantik dari segi aksesorinya dan bergaya dari segi perangainya. Saya masih teringat kata-kata otai yang kerap mendapat ranking di dalam bon yang beliau sertai, Pok Eik berkata beliau akan pastikan setiap aksesori yang dimiliki oleh ayam yang dibawanya memenuhi keperluan skema pertandingan. Salah satunya seperti bahagian ekor. Beliau akan pastian ekor ayamnya betul-betul cukup sempurna (siap dari segi susunan, bilangan bilah, buka ekor, sama tinggi, dan juga pengasuhnya) kerana bahagian inilah juga mempunyai peratusan markah yang besar di dalam kolum permarkahan.

Semenjak itulah, saya semakin teliti dan cuba mempelajari serta memperbaiki kaedah latihan dan penyediaan ayam yang ada di reban. (sudah kita usaha, kalah menang bukan soalan.)

Jadi, apa yang ingin saya kongsikan kepada sahabat-sahabat yang membaca blog ini adalah soal melatih dan menyediakan ayam adalah sangat penting dan patut dipelajari oleh setiap peminat terutamnya yang berhajat membawa ayam mereka ke meja pertandingan. Tanpa penjagaan (kesihatan dan kebersihan), latihan (supaya ayam siap untuk bergaya) dan penyediaan (kekemasan ayam), akhirnya baka yang kita beli bernilai tinggi hanya setakat berada di dalam reban kita sahaja.......Bak kata pepatah baharu..'menang membeli tapi alah memakai..." adusss

Gambar Hiasan : Ayam selam begini memerlukan kaki yang kuat. Hanya
penjagaan yang baik dan betul akan menghasilkan ayam yang cukup kuat. Terutama semasa ayam
masih kecil lagi.
("Anak Itik" milik Nizam RC)
Melatih ayam supaya tidak gayat dan takut semasa di meja
Yang paling mencabar, melatih supaya ayam aktf dan garang di atas meja
(Remaja Telok Mas)
Ubat dan  vitamin  untuk ayam
Masalahnya di Malaysia susah nak dapat ubat ayam.Jadi gunakan ubat dari luar
Made in Thailand.
Ubat cacing, ubat kalsium dan sendi ...ubat untuk ayam sihat. Itu belum
minyak ikan, tetra dan lain2 lagi
Serama..oh serama hahahah


Wednesday, February 13, 2013

Bagi yang berminat... (sudah dijual)

Ayam nak masuk muda. Macam dalam gambar di bawah. Ayam cutting sederhana tapi perangai baru mari. Dari bloodline yang saya dah tapis di reban Telok Mas. Cuma satu kukunya tercabut. Kalau tak memang saya bawa ke meja bon selalu.  

Boleh standby untuk buat pembaka reban. Saya offer bagi yang serius terutama newbreeders atau peminat baru. Harga bisa diatur. Sms 012-6990793. Siapa cepat dia dapat.....

(SOLD)



Monday, February 11, 2013

Alhamdulillah...

Inilah remaja yang STM bawa turun untuk bon Melaka baru ini. Alhamdulillah lekat no3 untuk kategori remaja. Harap-harap gaya dia tambah menariklah menjejak kakinya ke alam muda nanti...


Friday, February 8, 2013

buat hilang penat...

Sebapak dan seibu dengan Jaguar...tapi  batch yang lain.
Bakal dipasangkan untuk mewariskan ciri-ciri aksesori bloodline-nya di reban Telok Mas
STM memang cukup suka induk warna macam ini untuk proses produk
warna ara
Macam sama hehehe tapi tak serupa.
Warna macam cheetah..TAPI bukan cheetah
ini Jaguar
Sebapak dan seibu dengan Trojan. Sedang di proses  untuk turunkan
pewaris reban
Alhamdulillah...makin galak
Kalau sempat bawa turun ahad ini