Keistimewaan Ayam Katik (Japanes Bertam) ialah terletak pada saiznya yang kecil namun masalahnya ia adalah ayam yang kurang aktif dan bermasalah dalam pembiakan. Manakala Ayam Hutan (Besut) istemewanya terletak kepada bentuk tubuhnya yang cantik namun kelemahannya ialah warnanya yang tidak menarik. Manakala Ayam Kapan Bangkok pula keistemewaannya pada warna bulunya yang kuning dan ekornya yang panjang dan tersusun cantik.
Justeru itu penternak yang arif terhadap maklumat genetik ini akan mampu mengenal pasti ciri-ciri yang dominan terhadap ayam serama peliharaannya. Sebarang ketidakseimbangan campuran genetik ini pada ayam yang diternaknya akan menghasilkan bentuk rupa ayam serama yang tidak mengikut standard kualiti yang dikehendaki. Lantaran itu sering kali penternak serama selalu 'kepeningan' bila mana melihat anak serama yang dihasilkan tidak mengambarkan ciri-ciri kehebatan bapa atau induk yang melahirkannya. Juga seringkali johan bapak serama hebat dikawinkan dengan johan induk yang hebat tetapi hasilnya ialah 'Anak Kapan'. Kenapakah ia terjadi ?
Sering jua peminat serama amat kecewa apabila membiakkan baka yang terpilih kerana gagal menghasilkan anak serama yang jauh dari kehebatan induk atau bapanya. Mengapakah ia terjadi ? Sama-samalah kita fikir-fikirkannya.....
Sumber : Blog Cikgu Mie Terengganu.
No comments:
Post a Comment