Friday, August 26, 2011

Breeder : AD Serama Farm

AD SERAMA FARM telah ditubuhkan pada 19 Feb 2009 merupakan sebuah syarikat Bumiputra yang menjalankan perniagaan pembekalan bagi memenuhi permintaan terhadap sektor permintaan ayam serama. Kami berasa bangga kerana mampu membuka sebuah syarikat bagi menjalankan perniagaan menternak ayam serama.

AD SERAMA FARM ditubuhkan bagi memenuhi permintaan terhadap Haiwan Peliharaan, yang mana sejak kebelakangan ini, permintaan adalah tinggi untuk ayam serama .

Pihak kami bercadang menjadi sebuah syarikat penternakan ayam serama yang dapat membekal Ayam Serama yang berkualiti di kawasan Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan dan Perak serta amnya untuk semua peminat di seluruh Malaysia.

AD SERAMA FARM
adalah sebuah syarikat yang dipegang oleh 100 % bumiputra, syarikat ini diterajui oleh En Azahar Ngah sebagai Pemilik Syarikat. Syarikat kami juga mengadakan usahasama dengan 2 buah syarikat yang lain iaitu AD PET SHOP dan AD BREEDER ANIMAL, bagi memperluaskan lagi perniagaan kami.

AD Serama Farm boleh dihubungi di alamt berikut :

AD SERAMA FARM
NO 24, LORONG SYAHBANDAR 7,
TAMAN SYAHBANDAR HUSSEIN
28700, BENTONG PAHANG.

ATAU EMAIL:
adserama@yahoo.com.my / azaharngah@yahoo.com.my

Thursday, August 25, 2011

'Bloodlines' Popular 2011

Di sini disertakan senarai baka/alirah darah ayam serama terbaik tanah air untuk rujukan dan panduan kepada pengumpul koleksi baka ayam serama terbaik Best of the Best.... (tahun 2011).

1. Baka Tok Uban
2. Baka 6000
3. Baka Limbat
4. Baka Husin Kijang
5. Baka Mat Awang
6. Baka Maliki
7. Baka Cikgu Nipah
8. Baka Ah Wee
9. Baka Besi Buruk (Selected Bloodline of Baka Cikgu Nipah)
10. Baka Lawi Emas

Sumber : Blog Serama Bintang.

Nota Penulis : Saya berpendapat satu lagi bloodlines yang perlu dimasukkan adalah dari bloodline "Lang"

Monday, August 22, 2011

Terkini dari Serama Warisan Negara

1. Mutakhir! Nantikan kemunculan terbaru, Pertandingan Ayam Serama Peringkat Kebangsaan dan Peringkat Antarabangsa mulai tahun 2012..Perkembangan terkini Akan dimaklumkan oleh PASSM menerusi suratkhabar tempatan dan antarabangsa, juga di Facebook ini..Martabatkan Serama Malaysia: Ikon Unggas Warisan Negara

2. Pengumuman: Rakyat Malaysia yang berminat untuk menubuhkan Kelab/Persatuan di peringkat kawasan, daerah, pihak Persekutuan Ayam Serama Sedunia Malaysia (PASSM) menggalakkan inisiatif berkenaan & daftar secara rasmi kepada Pendaftar Pertubuhan yang berdekatan. PASSM sentiasa menyokong inisiatif ini dan perlukan surat sokongan sila emel maklumat terperinci mengenai hasrat tersebut ke malaysiaworldseramafederation@gmail.com.Moga berjaya! Martabatkan Serama Malaysia:Ikon Unggas Warisan Negara

Sumber : FB Serama Warisan Negara

Pensijilan Baka "Lang" dari Rahman Persona



Artikel 1

Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada kawan-kawan peminat serama semua,
Saya telah pun membuat "Certificate Of Pedigree" (Sijil susur galur) untuk Baka Lang(LANG BLOODLINE),Tujuan saya membuat Certificate Of Pedigree ini adalah untuk memastikan pengekalan identiti ayam serama dari baka "LANG",saya harap nanti anak2 dan cucu saya masih dapat mengikuti dan mengenal pasti identiti baka yang terhasil dari reban saya ini dan peminat-peminat serama yang ingin mendapatkan serama dari baka LANG yang asli boleh mendapatkannya tanpa rasa curiga.

Saya juga telah membuat sijil pengiktirafan yang bakal diberikan kepada penternak dan pembiak baka "LANG" yang telah berjaya mengekalkan pembiakan serama dari baka "LANG" yang asli dengan kriteria-kriteria yang telah saya tetapkan untuk baka "LANG" yang asli.Sekarang ini cuma ada 2 penternak yang betul-betul berjaya menternak ayam serama dari baka "LANG" yang asli iaitu satu geng penternak di Johor dan seorang penternak di Perak (Saya akan bagitau nama dan alamat mereka nanti)

Selepas dari ini,saya juga akan mengeluarkan SIJIL KELAHIRAN (Certificate Of Birth) untuk setiap anak-anak asli serama dari baka "LANG".

Terima kasih untuk kali ini,nanti saya akan sambung lebih lanjut lagi untuk serama baka "LANG"

Artikel 2 :

Salam kawan-kawan peminat serama semua.

Terlebih dulu saya ingin mengucapkan terima berbanyak-banyak terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi memberi komen dalam tulisan saya mengenai baka "LANG" dalam post sebelum ini dan menyokong saya...."TERIMA KASIH".

Ada yang bertanya,jika hanya ada 2 sahaja penternak yang bakal saya berikan sijil penganugerahan sebagai penternak yang berjaya menternak baka "LANG" yang asli,bagaimana dengan mereka yang ada serama dari baka LANG tapi mengacukkannya dgn baka2 lain,adakah mereka masih boleh menggunakan perkataan LANG didepan nama ayam mereka.


JAWAPAN : Pada saya buat masani tiada halangan bagi mereka yang mengunakan sebelah sahaja serama dari baka LANG untuk kacukkan mereka untuk menamakan ayam mereka sebagai LANG,cuma darah lang pada serama mereka tinggal 50% sahaja,jadinya anak-anak ayam keluaran kacukkan ini tidak la boleh mendapatkan / memohon untuk mendapatkan "SIJIL KELAHIRAN"(BIRTH CERTIFICATE) dan SIJIL SUSUR GALUR (CERTIFICATE OF PEDIGREE).Hanya anak-anak serama dari baka "LANG" yang asli sahaja layak untuk mendapatkan sijil kelahiran dan sijil susur galur ini dari saya.Buat masani saya cuma akan mengeluarkan kedua2 sijil tersebut untuk hasil baka LANG dari sebuah reban di Taiping,Perak dan sebuah reban di JOHOR yang dipunyai oleh 3 sahabat (Bakal saya umumkan nanti).

Sekian dulu untu post kali ini,masa tidak megizinkan,nantikan post yang akan datang berkaitan dgn ciri-ciri baka lang dan asal-usulnya......

Terima kasih dari:
Rahman Lang Persona
Alor Gajah Melaka,Malaysia,
012-6845884

Friday, August 19, 2011

Best Of The Best 2011





Tajuk : Sri Palas
Pemilik : Pak Lah Vistana

- Best Of The Best Setiu, Terengganu
- Best Of The Best Kuala Lumpur
- Best Of The Best Ipoh, Perak
- Best Of The Best Tasek Kenyir, Terengganu


Wednesday, August 17, 2011

Skema Pemarkahan Pertandingan

Skema ini adalah hanya untuk rujukan bagi memahami nilai pemarkahan ayam serama di dalam sesebuah pertandingan. Skema TERKINI sudah berubah. Sila rujuk kepada mereka yang selalui mengikuti sesuatu pertandingan untuk mendapatkan skema TERKINI.


Sumber : Serama Kuala Ibai


Monday, August 15, 2011

Baka Besi Buruk

Posting ini boleh dikatakan penghargaan kepada tuan asal serama berdarah besi buruk ini....besi buruk yg terkenal dgn kaler agak kotor (jalak),berkaki biru,bab gaya yg cukup menawan...ada iras2 sarajunatapa x?merupakan bapak asal kepada seekor serama lagenda yg di namakan 'Besi Buruk'...namun si Besi Buruk telah pergi buat selamanya akibat terlebih bagi ubat cacing kalau tak salah menurut tuannyer...Besi Buruk kalau cite bab gaya kena dgr tuannyer citer...boleh asyik dibuatnyer...ayam selam teleng yg hebat...serama yg ibarat mempunyai computer dalam kepalanya menurut kata tuannyer...cukup pandai bergaya didepan pengadil...berjalan dari satu pengadil ke satu pengadil...teleng melihat kertas markah....itulah kelebihan yg diceritakan...namun tinggal kenangan seekor serama lagenda hebat bernama Besi Buruk...cuma yg tgl bapak ataupun pembaka asal ini sahaja...sudah pon menjengah usia 8 tahun kalau tak salah... (Sumber : Blog Serama Seramel)

Serama ini merupakan moyang kepada sarajunatapa (Anak Besi Buruk)...bertempat di dungun terengganu
Sri sarajunatapa....sekarang dah ditugaskan menjadi pembaka sepenuh masa. Serama asal baka besi buruk dan dikatakan paling menghampiri warna dan gaya 'besi buruk"

"Sri Bauk" - adalah adik kandung Sri Sarajunatapa dari satu induk dan satu bapak. Masih lagi pada usia remaja, tapi memang cepat membesar dengan gaya dan warna bulu yang seiras dengan Sri Sarajunatapa semasa usia yang sama. Sri Bauk telah berpindah tangan kepada orang Johor dan gambar diatas adalah kiriman dari empunya barunya itu. (Blog Lawi Emas Ayam Serama)

Sunday, August 14, 2011

Melatih dan menjaga Serama

Meskipun berperawakan kerdil, unggas ini pantang minder. Ia senang bergaya petentang-petenteng dan tak ragu berkokok lantang. Serama diklaim sebagai ras ayam terkecil di dunia.Anggapan bahwa kate adalah jenis ayam terkecil nampaknya sudah kedaluarsa dan tak berlaku lagi. Sekarang ada serama. Ras ayam terkecil di dunia. Kian mungil ukuran badannya semakin bagus kualitasnya. Bobot serama tak lebih dari 500 gram. Ukuran badannya hanya sebesar kepalan tangan orang dewasa.

Meski berbadan cebol, ia bukan ayam murahan. Serama berkualitas bisa diboyong jika Anda sanggup meminangnya dengan uang sebesar Rp 25 juta – Rp 30 juta. Mutu serama ditentukan oleh bobot badan yang ringan, bentuk leher menyerupai huruf S, kepala tertarik jauh kearah belakang, Sayap menjuntai tegak lurus ke bawah, dan ekor pedang panjang serta berdiri tegak. Ciri fisik seperti itu membuat ayam serama berpenampilan tegap menyerupai prajurit yang sedang berbaris.

Sri Rama ala Malaysia

Serama merupakan mahluk hasil kreatifitas Wee Yean Een seorang “penghulu ayam” dari Negeri Jiran. Pada tahun 1971 ia menyilangkan ayam Kapan alias kate kaki panjang dengan ras ayam Modern Game Bantam.

Ayam kapan ia pilih lantaran memiliki sayap menjuntai lurus ke bawah. Sedangkan Modern Game Bantam memiliki postur badan tegap, leher panjang dan tertarik ke belakang menyerupai huruf S. Pada tahun 1973 Wee Yean Een menyilangkan keturunan pertama hasil perkawina antar ayam kapan dan Modern Game Bantam dengan jenis ayam sutera (Silkie Bantams). Perkawinan tersebut akhirnya melahirkan ayam sutera berpostur badan kecil. Wee Yean Een nampaknya masih tidak puas dengan hasil persilangan tersebut. Penghulu ayam itu lalu menjodohkan keturunan ke dua tersebut dengan kate jepang. Ayam ini punya warna bulu indah serta bentuk ekor berdiri tegak. Pada tahun 1988 mak comblang ayam itu akhirnya berhasil mencetak ayam kate dengan bobot kurang dari 500 gr.

Wee Yean Een lantas memberi nama “Serama” kepada ayam berbadan mikro itu. Julukan tersebut ia berikan lantaran ayam hasil kreasinya itu memiliki gaya dan penampilan gagah layaknya Sri Rama tokoh pewayangan dalam kisah Ramayana. Lidah Wee Yean Een menyebut Sri Rama berubah menjadi berlafal serama.

Ayam serama dipublikasikan pada tahun 1990 melalui kontes pertama yang diselenggarakan di Perlis. Dalam perlombaan Wee Yean Een tampil sebagai salah satu juri. Selain di Malaysia kontes ayam serama juga banyak digelar di Thailand. Di Indonesia Serama mulai dipertandingkan pada tahun 2004 di Ancol, Jakarta. Penggemar ayam serama berkumpul dalam sebuah wadah bernaman Persatuan Pelestari Ayam Serama Indonesia (P2ASI).

Ayam Pendek Bernafsu Tinggi

Cara merawat serama tidak sulit dan tak berbelit-belit. Kebutuhan hidupnya sama seperti ayam buras. Menurut pengakuan Ir. Rudiasfie Sjofinal peternak ayam serama di Jakarta ayam cebol ini memang sedikit sukar dikembang-biakkan. Ukuran kakinya pendek menyebabkan pejantan sulit melakukan penetrasi ketika hendak kawin. Akibatnya, proses percintaan menjadi tidak mesra dan sering tidak tepat mengenai sasaran.

Rudi sering membantu ayam pejantan nangkring di atas ayam betina. Teknik pengawinan ini dilakukan dengan cara memegang ayam betina lalu menyodorkanya ke depan pejantan. Syaratnya, kedua mempelai harus benar-benar sudah siap kawin. Induk betina siap dipinang pada berusia 5 – 6 bulan. Serama betina seperti itu biasanya berperilaku jongkok jika dipegang punggungnya. Sedangkan usia subur pejantan berkisar pada umur 4 hingga 5 bulan.

Rudi juga menerapkan teknik kawin gilir. Dalam metode ini ayam betina dipaksa melayani 3 ekor pejantan. Penggiliran dilakukan secara berselang sekitar 2 – 3 jam. Melalui cara perkawinan seperti itu diharapkan peluang keberhasilan bisa diperbesar.

Meski ukuran tubuhnya kecil, serama termasuk jenis ayam bernafsu birahi tinggi. Ia tak gentar dan tak segan-segan jatuh cintrong kepada ayam berbadan lebih gede. Menurut Johan, peternak ayam dari Bekasi, serama mulai belajar kawin ketika berusia 3 bulan. Pejantan muda sehat harus bisa menyalurkan hasrat bercintanya sebanyak 6 – 8 kali setiap hari. Nafsu birahi serama memuncak ketika cuaca mendung, atau pagi dan sore hari.

Kesuburan ayam serama sangat dipengaruhi oleh kesehatan fisik. Cuaca terlalu dingin bisa menurunkan kemampuan ayam betina menghasilkan telur. Sebab sebagian besar pakan digunakan untuk produksi energi guna mempertahankan panas badan. Jadi, ayam serama yang dipelihara di daerah dingin harus memperoleh pakan dengan kandungan karbohidrat tinggi. Semisal jagung.

Sebagai hidangan tambahan, Rudi selalu menyuguhkan menu tambahan berupa jangkrik, dan tauge kepada ayam-ayamnya. Setiap seminggu sekali Rudi juga memberi ayamnya vitamin E.

Cara praktis yang lain dilakukan oleh Albert Tan Swee Guan peternak ayam serama asal Selangor, Malaysia. Ia tak pernah memberi menu tambahan aneh-aneh kepada ayam peliharaannya. Menurut pria berkacamata tersebut, pakan ayam petelur saja sudah cukup. Pabrik sudah meracik pakan tersebut sedemikian rupa sehingga sesuai dengan kebutuhan gizi yang diperlukan ayam. Albert selalu memberi pakan 2 kali dalam sehari kepada ayamnya. Yaitu di pagi hari dan malam hari sekitar pukul 8. “Itu Chiken feed sudah dikaji sesuai untuk ayam, jadi you tak payah bagi apa-apa lagi,”terang pria tersebut dengan logat melayu.

Telur gagal menetas termasuk salah satu hambatan budidaya ayam serama. Dua kunci penting yang tak boleh dilupakan saat menetaskan telur ayam serama yaitu suhu dan kelembapan. Suhu penetasan tidak boleh melebihi atau kurang dari 37,5°C – 38°C. Kelembapan harus selalu disesuaikan dengan usia telur. Minggu pertama hingga minggu ke dua kelembapan diatur pada kisaran 65% – 70%. 2 – 3 hari menjelang menetas, kelembapan harus ditambah hingga kisaran 95% – 100%. Derajat kelembaban bisa diukur dengan Hygro meter. Piranti ini biasanya sudah ada pada alat penetas. Kondisi udara terlalu kering membikin kulit telur jadi keras. Akibatnya anak ayam kesulitan memecah cangkang telur. Kalau sudah seperti itu, anak ayam bisa mati lemas gara-gara tidak bisa bernafas.

Di arena lomba, ayam serama dapat tampil prima jika birahinya sedang memuncak. Oleh karena itu, seminggu sebelum ikut kotes ia tidak boleh melihat lawan jenisnya. Jadi taruhlah serama Anda di tempat yang terisolir. Umumnya nafsu birahi serama memuncak pada usia 4 – 6 bulan.

Bulu ayam serama yang terlalu sering kawin sering rusak. Sewaktu bercumbu serama betina gemar mematok bulu leher sang pacar. Alhasil bulu wiring itu banyak yang copot sehingga serama jantan jadi botak. Hal itu bisa dicegah dengan jalan melarang serama jantan berpacaran sebelum meraih prestasi.

Selain tidak boleh kawin, ayam serama unggulan juga tak boleh terlalu gaul. Ia dilarang terlalu sering bermain di halaman alias diumbar. Menurut Gusti M. Taufik, ayam yang kerap diumbar akan mandi pasir atau kipu. Nah, hal itulah yang memicu bulu jadi acak-acakan, patah, dan warnanya kusam. Mandi pasir juga bisa bikin sisik kaki copot dan patah. Yang lebih berbahaya lagi, dikawatirkan ayam akan memakan benda-benda berbahaya. Semisal pecahan kaca, dan karet. “Ayam saya pernah mendadak lemas. Lantas setelah saya potong ternyata di dalam temboloknya ada belingnya,” sahut Rudi salah satu pelopor ayam serama di Negeri ini.

Ayam serama juga harus dilatih berkonsentrasi supaya tampil prima di atas panggung. Ia tidak boleh mematok karpet atau kabur dari panggung. Jadi ayam cebol ini harus tak jemu-jemu bergaya dan berkokok lantang di atas cat walk.

Cara melatih mental serama tidak susah. Sekitar 2 – 3 minggu sebelum kontes dia harus dibiasakan dengan panggung berkarpet. Basahi ayam mungil itu dengan sepotong lap. Setelah itu, taruhlah di atas meja yang diberi karpet berwarna hijau. Mengapa harus karpet berwarna hijau? Pasalnya benda tersebut sering dikira rumput. Jadi kalau ketika latihan ia sering tertipu oleh karpet hijau, diharapkan saat di panggung lomba ia ogah mematok-matok karpet lagi. Biar serama tidak kabur, tutuplah dengan kurungan. Setelah itu posisikan meja latihan di tempat yang panas.

Seusai dijemur ayam tidak boleh langsung diberi minum. Kalau hal itu dilanggar, ayam bisa diterjang penyakit ngorok. Wajahnya yang cerah mendadak berubah jadi pucat pasi. Taruhlah terlebih dulu ayam yang usai dijemur di tempat teduh selama 15 – 30 menit. Nah, setelah itu ayam baru boleh menegak segelas air segar.

Serama wajip menyantap porsi pakan pas dengan menu extra gizi. Vitamin E, Pospor dan Calsium sangat penting untuk merawat kecantikan bulu. Vitamin E banyak terkandung dalam minyak ikan. Sedangkan Calsium dan Pospor banyak terdapat dalam sotong alias kulit cumi. Extra fooding tersebut musti disuguhkan setiap hari.

Soal menu pakan serama, Rudi punya resep jitu yang layak ditiru. Setiap pagi ia selalu memberikan minuman bercampur Enervon C kepada seramanya. Ramuan tersebut harus habis sekali minum serta tidak boleh terkena terik matahari. Sebab, khasiatnya bisa hilang. Menu sarat gizi lain yang ia suguhkan yaitu 3 ekor jangkrik dan kroto. Jagung tidak boleh dihidangkan secara berlebihan. Sebab serama yang terlalu banyak menyantap jagung bisa cepat mengalami rontok bulu.

Selain penampilan menarik, serama juga harus memiliki bobot badan seringan mungkin. Jadi, diet harus diawasi secara ketat. Hindari pemberian pakan yang banyak mengandung lemak. 3 hari menjelang lomba, ayam serama disuguh beras merah atau gabah. Porsinya cukup 2 – 3 sendok makan saja. Menu itu diberikan 2 kali dalam sehari. Yaitu pada pagi dan sore hari.

Resep lain dimiliki Ajong penangkar ayam serama di bilangan Pulo Mas, Jakarta. Sebulan menjelang kontes serama hanya diberi pakan berupa gabah mini. Menu itu disodorkan dua kali sehari. Yaitu di pagi dan di sore hari.
Supaya bulu serama semakin nampak kinclong, ayam harus rajin berjemur. Acara mandi sinar matahari dilakukan mulai pukul 8 hingga pukul 10 pagi. Sebelum dijemur sebaiknya ayam dimandikan terlebih dulu. Bahkan kalau perlu setiap sebulan sekali ayam dikeramasi dengan shampo. Kegiatan ini harus dilakukan pada saat cuaca cerah. Seusai karmas, ayam segera dihanduki dan dijemur.

Manipulasi kecantikan ternyata tidak diharamkan di dunia hobi ayam serama. Supaya tampil elok di panggung, banyak serama yang menjalani perawatan kecantikan. Semisal meluruskan bulu pedang (bulu ekor terpanjang) dengan cara diolesi air jeruk nipis, operasi plastik untuk merapikan jengger, serta merapikan bulu sayap.

Urakan karena haus cinta

Serama yang tak pernah kawin sering menderita kelainan perilaku seksual Kondisi seperti itu banyak diderita oleh serama mantan jawara. . Waspadai dan latihlah ayam tersebut kawin dengan cara sopan dan benar. Di dunia perseramaan calon kontesan pantang kawin sebelum menang. Ayam cebol itu dipingit dan dilarang berpacara lebih dulu. Mereka digembleng serta musti rajin berlatih berpose di atas panggung.

Ketika ayam kerdil telah pensiun dari arena lomba dan hendak dikawinkan, pehobi baru bisa menemui akibat yang muncul karena ayam selalu dipingit. Semisal ayam menjadi terlalu bersemangat kawin. Ada juga yang terlalu cuek tak menggubris godaan serama betina.

Meskipun seekor ayam serama yang Anda pelihara hendak mengikuti lomba, bukan berarti serama tersebut tidak boleh kawin. Proses perkawinan dilakukan secara terjadwal dan tidak boleh terlalu sering. Ayam yang terlalu sering kawin bisa mengalami kerusakan bulu. Jika Anda tidak menginginkan bulu ayam jadi acak-acakan gara-gara kawin, taruhlah ayam tersebut dalam kandang umbaran beralas rumput.

Seekor serama mantan juara harus dikawinkan secara berhati-hati. Sebab jika hal ini dilakukan secara serampangan, keselamatan ayam betina bisa terancam. Menurut pengalaman Gusti M. Taufik, ayam serama yang belum pernah dikawinkan memiliki nafsu birahi yang luar biasa. Jika ayam cebol berkelamin jantan ini langsung dikawinkan tanpa perkenalan dan pemanasan lebih dulu, bisa menyebabkan ayam betina babak belur bahkan jiwanya melayang.

Tips dan trik melatih serama kawin yang sudah lama dipraktekkan Taufik layak ditiru. Nafsu birahi berlebihan dari ayam serama bisa diredakan dengan jalan memandikannya setiap pagi. Selain itu, berbagai menu yang bisa membangkitkan gariah kawin juga harus dikurangi. Pakan seperti itu umumnya mengandung protein dalam jumlah tinggi. Semisal pur, minyak ikan dan jagung.

Cara lain yang dilakukan oleh Taufik untuk mencegah perilaku seksual ayam serama yang brutal yaitu dengan jalan merangsang nafsu birahi pejantan dengan tangan. Langkah ini dilakukan sebelum pejantan dikawinkan. Umumnya serama jantan yang sedang ngebet kawin akan mengejar tangan setiap orang yang mendekatinya. “Tangan saya sering dikira ayam betina. Ayam pejantan tersebut langsung nangkring di atas tangan. Lantas cairan sperma berceceran di lengan saya,”jelas Taufik ketika ditemui di kediaman Rudi pelung.

Lakukanlah metode itu pada waktu pagi atau sore hari. Biarkan serama jantan melampiaskan nafsu birahinya di atas tangan Anda. Setelah itu beri waktu sekitar 10 – 15 menit untuk beristirahat, kemudian rangsang kembali ayam jantan tadi. Setelah menjalani 2 – 3 kali rangsangan buatan, serama jantan baru boleh kawin. Nah, cara tersebut bisa membuat serama jantan menjadi lebih mesra saat mengajak bercinta sang Betina.

Metode lain yang dilakukan oleh Taufik untuk melatih ayam serama kawin yaitu dengan jalan menaruh kedua ayam yang akan dijodohkan dalam kandang terpisah. Sangkar calon mempelai itu tidak boleh terlalu berdekatan dulu. Setelah perilaku ayam jantan nampak tidak ugal-ugalan lagi, sangkar itu baru boleh didekatkan. Nah, mereka baru bisa dicampur jika sudah nampak akur.

Korban jiwa bisa dicegah dengan jalan menjodohkan ayam serama jomblo dengan serama betina siap kiawin. Umumnya ayam betina siap kawin ditandai dengan perilaku jongkok sewaktu dipegan punggungnya. Induk betina seperti itu tidak terlalu banyak cing-cong dan pasrah ketika diajak bercinta. Jika Anda masih khawatir dengan perilaku urakan serama jantan, pegang induk betina lalu sodorkan berlahan-lahan ke depan serama jantan. Teknik kawin paksa seperti ini disebut sebagai kawin dodokan.

Lain halnya dengan Hengki Kumis, hobiis ayam serama di Jakarta, menurutnya ayam serama yang tidak pernah dikawinkan sejak kecil bisa menderita penurunan gairah seksual. Ayam seperti ini tidak akan mudah tertarik dengan lawan jenisnya. Bahkan ketika dicampur, tanpa basa-basi ia langsung menghajar serama betina secara membabi-buta.

Ayam loyo bisa dirangsang dengan menu kaya protein dan mengandung bahan penghangat badan. Semisal kecambah, vitamin E dan Jahe. “Biar hangat jahe disuguhkan setiap malam. Dosisnya cukup sebesar kelingking jari saja. Tauge dihidangkan pada siang hari,” terang Hengki.

Pejantan serama yang loyo juga harus dibiasakan bergaul dengan serama betina. Campurlah mereka dalam sebuah kandang umbaran berukuran 1,5 m x 3 m. Tiap kamar dihuni 1 pejantan dan 2 – 3 ekor betina. Kira-kira dua minggu kemudian, serama jantan tadi sudah “gaul” dan senang mejeng.

Source : http://agriculturesupercamp.wordpress.com

Saturday, August 13, 2011

Sejarah Serama : Baka-Baka Serama Terbaik

BAKA - BAKA SERAMA TERBAIK

From: bakabaik <jeffriy@y...>
Date: Wed Aug 23, 2000 12:08pm
Subject: Re: Baka baik


Tentang nama-nama baka yang mendapat perhatian terdiri daripada :-


1. Baka Husin Putik atu Husin Kijang terkenal dgn baka 2,000.
2. Baka Wan Ahmad lebih dikenali dengan Mat Awang
3. Baka Pauzi juga glamour dgn Uji ( bukan uji rashid )
4. Baka Wei atau Ah wei
5. Baka Yong dekat Kelantan/Terengganu dipanggil baka robot.

Dan ada beberapa nama lagi yang kini mula tenggelam.

Sebenarnya diantara mereka saling bertukar pinjam induk betina bagi
mendapatkan benih yang lebih bermutu, konsep pinjam ini dipantai
timur dipanggil pawah dengan hasil benih dibahagi samarata atau lebih
seekor bagi pemilik induk jantan ( tidak seperti kita mintak beli tak
nak kasi jangankan nak bagi pinjam...susah...susah.. ).

O.k. berbalik kepada nama2 baka tadi, saya nyatakan sedikit sebanyak
identiti mereka,

a). Baka Husin Kijang atau baka 2,000 kebanyakan nya mempunyai warna
kuning keemasan, paruh dan kaki kebiasaan berwarna kuning baka
ini mempunyai ciri-ciri berdada besar (macam dada sharifah Aini)
yang paling menarik ada diantara baka ini apabila bergaya diatas
meja semasa ia menarik dada keatas kepala dan tengkok akan
bergerak terangguk-angguk ( seperti orang sedang meratip ) yang
syoknya sehingga 3-5 minit. Apple-model bagi baka ini lebih
cantik jika dibandingkan dengan Slim-model, seorang peminat
daripada pulau pinang telah membeli salah seekor daripada baka
ini sekitar bulan mac-april 2k pada kadar RM 60,000-00.


b). Baka Mat Awang kebiasaan nya lebih kepada penerampilan dengan
warna seakan warna pinang masak atau lebih mudah warna tea-o
keras ( ini adalah warna pilihan pertama ).Ciri2 menarik terdapat
pada ayam ini bagi Slim-model ialah bentuk kaki halus, ekor
panjang/kembang, balung nipis serta kecil dan sepasang mata yang
luas kehitaman. Gaya yang menarik diatas meja, kebiasaan nya baka
ini tidak mematuk carpet, apabila ia menarik dada keatas
( berdada sedang ) kedudukan sayapnya akan berada diposisi yang
betul ( tidak terlalu kedepan atau kebelakang daripada kedudukan
kaki ),dan kepalanya apabila bertemu dengan ekor yang sedia
kembang menghasilkan satu bentuk yang cukup menarik. Salah
seorang yang memiliki baka ini dikenali dgn nama adi trooper
setiap kali masuk pertandingan merahsiakan identitinya dgn
meminta sahabatnya yang cukup disegani di arena pertandingan
iaitu Abang Raja membawa masuk ayam bagi pihak dirinya.
Dengar khabar ayam tersebut sehingga hari ini telah ditawarkan
dengan harga RM 75,000-00, oleh seorang peminat ayam serama
berbangsa cina.

Fuhh..kalau saya nak bercerita tentang kisah baka-baka ni memang
panjang boleh buat novel kot....tentang baka Pauzi atau Uji,
seekor daripada baka ini pernah menang 12 kali pertandingan
besar, nampak gayenya kenalah saya sambung lagi dilain waktu
inshaalah.

Untuk pengetahuan saudara, kebiasaan nya tuan pemilik sebenar
pada siri pertandingan-pertandingan besar tidak suka menonjolkan
diri mereka sebaliknya selalu menggunakan orang lain munkin untuk

menjaga nama takut ayam mereka kalah dan harga ayam munkin jatuh.

Dan juga dinyatakan bahawa dua badan terbesar yang melopori
serama ianya ' Kelab Ayam Serama Malaysia ' pengerusinya orang
Terengganu dan BERKAS pengerusinya orang Kelantan.

Friday, August 12, 2011

Jenis Baka Serama Yang Terkenal


Disini merupakan beberapa genetik/baka yang berkualiti sebagai info:

1.Husin kijang emas

Inilah Ayam yang darahnya di cari Orang Husin Kijang, bloodline Husin yang terkenal bukan hanya kijang tapi juga bak 2000 atau lebih dikenal dengan nama husin 2000...

Kesuma adalah satu-satunya baka yang masih mengekalkan darah Husin iaitu Husin 2000 + Husin Kijang Emas. Ayam kechil (AA). Pembaka sepenuh masa. Pernah jadi johan semasa anak b dan remaja dulu. (Sumber : Blog Anjung Melela)
2.Limbat
3.2000
4.6000
5.Robot
6.Raja gegarRaja Gegar-Ayam yang tersohor ini telah beberapa kali memenangi pertandingan ayam serama Kategori "B" . Kehebatannya pada semua ciri-ciri spt gaya, aksesori dll. Yang diminati ramai ialah gegarnya atau ketar ...

7.Nik Rashid(geliga)
8.Mat AwangPernah menang game besar ASIA di kelantan ketika dahulu , berharga Rm23k .. baka mat awang tersohor dengan perangainya yang hebat di meja suatu ketika dahulu .. (Sumber : Blog Serama Telipot)
Tun Ara - Ayam legenda milik Mat Awang...