Monday, August 22, 2011

Pensijilan Baka "Lang" dari Rahman Persona



Artikel 1

Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada kawan-kawan peminat serama semua,
Saya telah pun membuat "Certificate Of Pedigree" (Sijil susur galur) untuk Baka Lang(LANG BLOODLINE),Tujuan saya membuat Certificate Of Pedigree ini adalah untuk memastikan pengekalan identiti ayam serama dari baka "LANG",saya harap nanti anak2 dan cucu saya masih dapat mengikuti dan mengenal pasti identiti baka yang terhasil dari reban saya ini dan peminat-peminat serama yang ingin mendapatkan serama dari baka LANG yang asli boleh mendapatkannya tanpa rasa curiga.

Saya juga telah membuat sijil pengiktirafan yang bakal diberikan kepada penternak dan pembiak baka "LANG" yang telah berjaya mengekalkan pembiakan serama dari baka "LANG" yang asli dengan kriteria-kriteria yang telah saya tetapkan untuk baka "LANG" yang asli.Sekarang ini cuma ada 2 penternak yang betul-betul berjaya menternak ayam serama dari baka "LANG" yang asli iaitu satu geng penternak di Johor dan seorang penternak di Perak (Saya akan bagitau nama dan alamat mereka nanti)

Selepas dari ini,saya juga akan mengeluarkan SIJIL KELAHIRAN (Certificate Of Birth) untuk setiap anak-anak asli serama dari baka "LANG".

Terima kasih untuk kali ini,nanti saya akan sambung lebih lanjut lagi untuk serama baka "LANG"

Artikel 2 :

Salam kawan-kawan peminat serama semua.

Terlebih dulu saya ingin mengucapkan terima berbanyak-banyak terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi memberi komen dalam tulisan saya mengenai baka "LANG" dalam post sebelum ini dan menyokong saya...."TERIMA KASIH".

Ada yang bertanya,jika hanya ada 2 sahaja penternak yang bakal saya berikan sijil penganugerahan sebagai penternak yang berjaya menternak baka "LANG" yang asli,bagaimana dengan mereka yang ada serama dari baka LANG tapi mengacukkannya dgn baka2 lain,adakah mereka masih boleh menggunakan perkataan LANG didepan nama ayam mereka.


JAWAPAN : Pada saya buat masani tiada halangan bagi mereka yang mengunakan sebelah sahaja serama dari baka LANG untuk kacukkan mereka untuk menamakan ayam mereka sebagai LANG,cuma darah lang pada serama mereka tinggal 50% sahaja,jadinya anak-anak ayam keluaran kacukkan ini tidak la boleh mendapatkan / memohon untuk mendapatkan "SIJIL KELAHIRAN"(BIRTH CERTIFICATE) dan SIJIL SUSUR GALUR (CERTIFICATE OF PEDIGREE).Hanya anak-anak serama dari baka "LANG" yang asli sahaja layak untuk mendapatkan sijil kelahiran dan sijil susur galur ini dari saya.Buat masani saya cuma akan mengeluarkan kedua2 sijil tersebut untuk hasil baka LANG dari sebuah reban di Taiping,Perak dan sebuah reban di JOHOR yang dipunyai oleh 3 sahabat (Bakal saya umumkan nanti).

Sekian dulu untu post kali ini,masa tidak megizinkan,nantikan post yang akan datang berkaitan dgn ciri-ciri baka lang dan asal-usulnya......

Terima kasih dari:
Rahman Lang Persona
Alor Gajah Melaka,Malaysia,
012-6845884

No comments:

Post a Comment