Sebagai orang yang masih baru lagi di dalam arena ayam serama, STM harus realistik jika mahu dibandingkan dengan kawan-kawan lain yang sudah bertahun main serama.
STM masih sedang memikirkan projek membina reban serama yang lebih baik dan selesa untuk projek melahirkan serama yang cantek. Jadi untuk tahun ini, STM hanya menumpukan kepada pembaka yang sudah ada di reban STM sahaja.
Alhamdulillah, bulan ini rezeki bertambah. Ada 7 ekor anak yang nampak sudah survive hampir 1 bulan. Hasil dari pembaka kubing, rinting dan juga seekor lagi pembaka berwarna kuning cemar yang STM belum pernah load lagi gambarnya.
Nampaknya, inilah permulaan projek reban STM tahun ini. Moga Allah mudahkan urusan hambanya ini...ameen.
No comments:
Post a Comment