Inilah persoalan yang banyak bermain di dalam fikiran seseorang peminat kesenian dan kecantikan ayam serama. Baik ia untuk peminat yang baru..mahu pun juga bagi peminat yang sudah lama berkecimpung di dalam arena ini.
Menternak serama memang mudah. Dengan reban yang sederhana kecil dan kos pemakanan yang rendah, kita sudah boleh memulakan proses menternak ayam serama. Tetapi menghasilkan ayam serama yang cantik dan juga bergaya memang MENCABAR.
Tidak seperti unggas lain seperti burung dan juga jenis ayam yang lain, serama mempunyai 'skill' menternak yang lebih teliti. Menggunakan pembaka dan induk berbeza akan menghasilkan bukan sahaja warna, bulu, bentuk tubuh-'cutting' yang berbeza, tetapi perangai dan gayanya juga akan berbeza. Maka pilihan kombinasi pembaka dan induk yang tepat adalah sangat penting di dalam langkah utama untuk menghasilkan ayam serama seperti yang diidam-idamkan.
Kerana itu soalan-soalan seperti 'jenis baka, bloodline, susur galur, cutting dan sebagainya sememang popular di kalangan peminat ayam serama. Kerana di situlah, proses pertama dalam menghasilkan ayam serama akan bermula.
Sebenarnya, jenis baka atau bloodline HANYAlah sekadar satu JENAMA di dalam dunia serama. Ia adalah NAMA yang digunakan untuk menerangkan ciri-ciri yang dimiliki oleh JENAMA ayam serama tersebut. Apabila kita menyebut nama baka itu, akan terbayanglah ciri-ciri yang dimiliki oleh JENAMA baka tersebut.
Jika mahu dipermudahkan, bayangkan kita menyebut nama JENAMA sebuah kereta. Kita sudah terbayangkan ciri, bentuk dan aksesori yang dimiliki oleh JENAMA kereta tersebut. Begitu juga bagi ayam serama, bila menyebut BAKA A, ia sebenarnya mewakili ciri-ciri yang dimiliki oleh ayam serama yang berjenama A tersbeut.
Bagi sebuah nama baka atau bloodline, ia patut mempunyai kestabilan genetik ciri-ciri yang mewakili nama bloodline-nya. Contohnya, baka jenis A sepatutnya mempunyai ciri-ciri yang jelas seperti warna bulu, jenis balung, bentuk tubuh (cutting), bentuk perangai dan gaya dan sebagainya.. Itu barulah satu bloodline yang mampu membantu di dalam proses breeding. Ada bloodline memang selalu di sebut tetapi ciri-ciri bakanya susah dikenalpasti dan tidak stabil. Kerana itulah hanya terdapat beberapa jenis baka atau bloodline sahaja yang agak sustain (terus) di sebut oleh peminat serama. Ini kerana ciri-ciri yang dimiliki oleh pembaka tersebut agak jelas dan diwarisi semula oleh keturunannya berbanding dengan bloodline yang tidak stabil genetik cirinya.
Kalau kita lihat di dalam dunia ayam serama ini, kita akan dapati ramai peminat yang menyebut baka itu dan baka ini. Dia punya bloodline ini dan itu. Malangnya jika di tanya, apa ciri-ciri yang ada pada ayam itu yang dikatakan dia baka tersebut..? dia pun melopong tidak tahu ciri yang ada pada ayam tersebut.
Kerana itulah proses ternak atau 'breeding' di dalam serama memang mencabar. Tetapi itulah yang menjadikan ia lebih menarik terutama bagi seseorang yang minat dengan cabaran.
Submerin. Ciri yang hampir sama dengan di atas. Ayam lebih halus sahaja (Sumber : Blog Serama Jalan Day) |
Baka Lang : Ciri-ciri : Warna ara, kaki dan paruh kuning, dada besar dan bulu berkilat. Makin tua akan muncul bulu-bulu warna coklet (Maaf Cik Man jika salah) |
Tok Uban. Warna Ara, balung tanduk rusa, Ekor tersusun kemas, cutting agak tinggi. Dada keputihan semasa kecil tetapi akan hilang apa bila matang. Makin tua makin selam... |
PS : Ini HANYA berdasarkan permehatian penulis. Jika ada sebarang kekeliruan atau percanggahan, ia hanyalah sekadar pandangan peribadai penulis yang masih lagi belajar memahami ayam serama
nice entry..
ReplyDeletekawe suko "post" nie..
terima kasih Mas Adi. Kongsi sekadar pandangan saya budak baru belajar. Salam Kenal ...
ReplyDeleteAssalamualaikum bang... Sye ade sekor ara tok uban ni,sye nk tnye, btol ke mkin tua mkin selam bang? Sbb skrg ni masa muda, susah btol nk tgok perangai dua...
ReplyDelete