Friday, June 29, 2012

Manfaat dalam dunia serama...

Salah satu dari manfaat apabila kita menceburi dunia serama ini (samada kita sedari ataupun tidak), sudah tentu sekali adalah menambahkan lagi jaringan kawan-kawan dari pelbagai latarbelakang dan lokasi yang mempunyai minat yang sama. (Memang secara psikologinya, manusia akan suka bersama dan berkumpul dengan orang yang cenderung mempunyai minat dan jiwa yang sama dengan mereka.)

Begitu juga di dalam ber'serama'. Semenjak saya menceburi hobi ini, makin bertambah ramai kawan dan sahabat baru yang saya kenali dan kerap juga kami berkumpul untuk berkongsi cerita dan informasi yang pelbagai (sudah pasti lagi cerita-serita sensasi di dalam hobi ini). 

Dari Johor hingga ke Sabah, malahan merentas lautan hingga ke Indonesia dan juga Filipina. Tidak lupa juga seorang sahabat peminat serama yang sekarang bermastautin di Newcastle UK tetapi masih mempunyai ayam-ayam serama yang dijaga oleh rakan-rakannya di sini. Kerap juga kami bertukar-tukar cerita tentang hobi ini di internet.

Hari ini saya menerima kunjungan sahabat dari Johor yang mesra dikenali di Facebook sebagai Daarul Alu. Beliau hadir bersama rakan-rakannya yang lain sambil ditemani oleh Pok Ki. Cuma kunjungan ini agak terbatas dengan masa kerana mereka mahu cepat pulang untuk perjalanan ke Kenyir pula di sebelah petangnya.

Saya ucapkan terima kasih kerana sudi bersilaturrahim di Telok Mas. Insya Allah ada umur, persahabatan hanya atas dasar hobi yang sama ini dapat dieratkan lagi.

Bagi rakan-rakan yang lain...Ahlan wa sahlan ke Telok Mas....moga aktiviti bersilaturrahim ini disuburi lagi di dalam dunia serama Insya Allah...



Tuesday, June 26, 2012

Nikon Zoom @ Bon Melaka

Sekitar aksi bebas di bon Melaka baru ini yang semoat dirakam..

Perrgggg....TERBAIKKK

Comel.. milik Abg Mie Kebab kalau tak salah

Kawat - Segak bergaya
Ayam 'lawan meja"
Kemah Keming..
Aksi luar meja..
Aksesori yang cukup cantik..
Kepala hilang..???

Supporter kuat bon Melaka..

Monday, June 25, 2012

Gossip Serama: Tribute To Serama Anak Johor

Bagi peminat-peminat serama zon selatan, kelibat Abang Rosli aka Serama Anak Johor di bon-bon di sekitar sebelah sini bukannya asing. Gaya beliau yang tersendiri persis seorang 'bintang' yang sedang bersinar cerah di arena ini.

Semalam, saya menyaksikan bahawa SAJ memang seorang selebriti serama yang semakin cerah bersinar. Saksikan momen yang sempat saya rakam...TERBAIKKK buat SAJ.

Saat dikejar KRU Rakaman TV3 untuk sesi temubual....
Serama Anak Johor nampak macam jual mahal je...

SAJ mula mengeluarkan kesah-kesah menarik dan sensasi tentang dunia ayam serama
Serius dan bertenaga
Dengan gaya tersendiri...
Luar biasa....
Kepuasan tersendiri - macam P.Ramlee sebut...  "muka ada senyum"
Jadi tumpuan...penonton mengambil peluang merakam momen tersebut

2 gambar yang menunjukkan gaya SAJ ..
Gaya dahulu..(ala-ala Rock Kapak)
TERKINI..Gaya Hong Kong (Macam Ekin Cheng -siapa dia tu..? cuba google namanya)
PS: Untuk Abg Rosli...hehehe jangan marah okay. SAJ memang tetap MANTOP!

Masa rambut panjang..


Ekin Cheng masa rambut pendek   
      

Bon Melaka Edisi Jun 2012

Johan Anak A - Rahman Persona

Sesi BOTB - sambil jurukamera TV3 sedang melakukan rakaman untuk MHI 
BOTB & Johan Remaja - Geng Sri Changkat (Hafis Demons Serama)

Johan Muda - Hj Ibrahim Melaka

Hj Ibrahim Orang lama Melaka

Johan A - Daftar atas Zahari Sg Ramal (Di bawa semasa BOTB oleh Nizam RC)
Johan Kategori A
Johan ABS - Sri Changkat 

Johan B - Serama Putera (Baju merah tu tuannya -sebelah Shahrul Sirim)





Sunday, June 24, 2012

BOTB Bon Melaka Jun 2012

Tahniah buat Saudara Hafiz atas kejayaan hari ini

BOTB dan Johan Remaja

Terbaikkkk!

Jadi tumpuan ramai..

Ditemuramah oleh TV3 selepas bergelar BOTB

Mantap!

Bergaya...

Wednesday, June 20, 2012

Bakal berubah menjadi reban Telok Mas....

Duduk rumah taman memang susah sikit hendak menternak ayam serama. Ruang yang kecil tambah pula dengan jiran tetangga; jadi susah hati juga bila ayam asyik berketuk tidak tentu masa.

Jadi, memikirkan 'kepuasan' dalam breeding dan kesian tenguk ayam peliharaan yang asyik duduk dalam gok besi, STM ambil keputusan dapatkan sedikit ruang tanah kampung untuk di-convert menjadi tempat menternak (reban) ayam serama STM. Tempat itu agak dekat juga dengan rumah STM.

Maka, bolehlah tempat ini menjadi tempat STM melepak melihat ayam-ayam serama STM yang tidak banyak mana itu. Sambil itu, tempat ini juga jadi tempat 'keluar peluh' petang-petang STM dan anak-anak. Dapat juga rasa suasana kampung..hahahaha.


Pandangan dari sisi depan (rumah kosong nie. Hampir setahun tidak berpenghuni)

Sisi Depan

Sebelah kanan rumah

Ini sebelah kanan juga 

Ini sebelah kiri..tempat simpan barang antik hahaha
Sebelah belakang tidak boleh tunjuk...pergggg, banyak betul sampah berlonggok. Tapi ada pokok rambutan dan juga bolehlah nak bercucuk tanam. Mahu sebulan jugalah nak kena kemas......Adus, minat dan hobi punya pasal.

Sunday, June 17, 2012

Otai Serama : Bersama Abang Khalid Tanjung Minyak


Abang Khalid bersama 2 ekor 'peluru'-nya
Setahun yang lepas, semasa saya sibuk membuat carian di internet tentang serama di Melaka, ada 2 nama yang kerap keluar di paparan sreen laptop saya. Pertama adalah Saudara Rahman Persona dan keduanya adalah Saudara Khalid Tanjung Minyak. Dua nama ini adalah nama yang sering kedengaran apabila saya bertanya siapakah orang yang aktif 'bermain' serama di Melaka.

Bagi peminat dan pemain ayam serama tegar di seluruh Malaysia, nama Khalid Tanjung Minyak bukan asing sebenarnya. Beliau memang 'rancak' menyertai pelbagai bon di merata pelusuk negara. Beliau telah berkecimpung bermain serama semenjak tahun 90-an lagi, di samping aktif membela serama walaupun di kala musim serama 'agak pelahan' dahulu. Ini mengambarkan 'passion' beliau yang mendalam di dalam kesenian dan kecantikan ayam serama.

Malahan, jasa beliau menaikkan serama di negeri Melaka ini adalah sangat besar. Selain dari Saudara Rahman Persona dan Abang Azmi (Pengerusi KPSM), Abang Khalid adalah antara perintis yang mengerakkan bon di Melaka semenjak 5 tahun yang lepas.

Jadi peluang ber-silaturrahin dengan melawat reban beliau di rumahnya (dan di rumah mertuanya) yang terletak di Tanjung Minyak Melaka, dapat memberi banyak manfaat dan tambahan ilmu buat saya yang masih muda di arena serama. Sebagai orang lama, koleksi serama di reban beliau kebanyakkannya terdiri dari bloodline dari darah asli seperti Submerin, Sri Palas, Serama dari Reban Cikgu Yusof, Cg Lie dan banyak lagi yang wajib di tonton.

Di sebalik wajahnya yang ada kala agak seruis, beliau sebenarnya insan yang mudah didekati dan ramah terutama apabila bercerita kisah-kisah menarik sepanjang perjalanan belaiu bergelumbang di arena ini.

Jom kita tenguk apa yang menarik mampu saya kongsikan buat pembaca blog ini.....

PS : Kalau ada yang singgah Melaka dan hendak ber-silaturrahim dengan Abang Khalid..bolehlah hubungi beliau di nombor ini :            016-6654929      


Puas - Tuan ayam mana yang tidak tersenyum panjang bila ayam kesayangan menunjukkan aksi menarik 

Geng-geng KPSM (Abg Rosdi, Cikgu Razak, Tuan Farid, Cik Man Persona, Tuan Maizal dan juga Tuan Rumah - Abg Khalid)  yang sempat melepak sama..."hujung minggu katakan..hahaha"
PS: Reban ini di rumah mertua Abg Khalid

Kongsi Tips bersama otai ...
Tu dia...anak pun lempar sayap tue....


Identiti seorang Taukey...(saya pun minat bata permata..)
PS : Untuk pengetahuan, Abg Khalid adalah seorang usahawan emas di bandar Alor Gajah. Jadi, kalau ada sesiapa yang hendak mencari barangan kemas...hehehe bolehlah cuba hello2 Abg Khalid
Ini bukan meneropong anak bulan..hehehe, tapi  tips meneropong benih pada telur ayam serama

Santai di hadapan rumah Abg Khalid - sesi menonton ayam bergaya...
Peluru yang bakal muncul di bon terdekat ini. Melaka...Kenyir  & Kedah
"Awesome"......


Susunan piala yang pernah dimenangi oleh Abang Khalid


Cantek... ekor kelabu. Bapaknya dipanggil "Jebat Gila" hahahah...macam-macam 
Bapak dari bloodline Robot (dari reban Cg Yusof Kuala Ibai)

Bapak "Jebat Gila" yang kini mula menghasilkan peluru bertaraf  pertandingan..

Seekor lagi anak Si jebat Gila. Tapi ekor tak kelabu...
Ada puluh ekor anak jadi pelapis...itulah otai namanya....
Koleksi Blog : Momen BOTB 'Raja Melaka" yang dimenangi oleh Abang Khalid di Bon Melaka  bulan Okt 2011 anjuran bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Melaka