Terdapat perbincangan di dalam Fesbuk
tentang apakah faktor-faktor yang telah berhasil melahirkan seekor
ayam serama yang cantik bergaya dan menjadi juara di dalam bon-bon yang
dijalankan di seluruh Malaysia.
Sebagai salah seorang peminat keunikan ayam serama, STM juga ingin mengetahui rahsianya.
Terdapat pelbagai faktor yang patut diberi perhatian di dalam proses
menghasilkan ayam serama yang bukan sahaja cantik tetapi juga bakal
bergelar "Sang Juara"(Champion). Terdapat banyak pendapat, dari faktor rezeki, bloodline (susur
galur keluarganya), latihan, penjagaan sehingga kepada faktor pemain
(player) itu sendiri yang dikatakan sebagai faktor yang penting.
Apa yang STM perhatikan, terdapat dua (2) jenis ayam serama. Satu yang CANTIK dan satu lagi yang bergelar JUARA. Di dalam pertandingan atau
bon-bon , hampir kebanyakan ayam yang bertanding boleh dikatakan ayam
serama yang cantik. Pada STM, ayam yang dipertandingkan sudah
semestinya cukup cantik atau sudah semestinya antara yang terbaik di reban pemain ayam serama tersebut.
Mempunyai ayam serama yang cantik
memang bukan pekara yang susah sebenarnya. Jika mampu dan tidak 'kedekut' untuk melaburkan sedikit wang dan juga rajin melawat reban-reban penternak serama yang tegar, kita sudah boleh memiliki ayam serama yang cantik. Malahan di dalam Fesbuk juga
STM dapati hampir kebanyakan gambar yang dimuatturun adalah ayam serama yang cantik.
Tetapi STM mepunyai pendapat (ini adalah pandangan
peribadi sahaja), ayam yang cantik sahaja belum tentu akan bergelar juara
jika satu lagi faktor utama ini tidak diambil berat.
STM dapati faktor siapakah pemain atau siapakah pembawa ayam serama itu adalah salah satu
faktor utama yang akan mampu menukar seekor ayam yang cantik bertukar
menjadi seekor ayam Juara. Jika kita perhatikan, nama-nama player
seperti Pok Eik, Hairi Sik, Mie Kebab, Pok Lias, Tolib Bidong, Cikgu
Lah Vistana, Cikgu Ade dan beberapa nama lagi (maaf jika ada yang
tertinggal) sentiasa konsistan dalam mendapat ranking teratas di
dalam kebanyakan bon yang mereka sertai.
Walaupun ada peminat yang mengatakan
soal baka atau bloodline adalah faktor terpenting, STM masih
mempunyai pandangan yang berbeza. Bloodline hanya menghasilkan ayam
yang cantik mengikut ciri-ciri pembaka atau bloodline-nya. Tetapi
baka sahaja belum cukup untuk menghasilkan seekor sang juara.
Jika kita perhatikan baka -baka yang
popular seperti Sami Gila, Submerin, Tok Uban, Besi Buruk, dan
beberapa lagi, hanya pemain-pemain yang tertentu sahaja yang mampu
membawa ayam baka tersebut menjadi juara. Walhal, hampir kebanyakan
dari kita sudah memiliki dan mampu memiliki bloodline (jenama) serama yang telah disebutkan di atas. Tetapi kenapa HANYA nama-nama player tertentu yang kerap mendominasi ranking utama di setiap kategori serama yang dipertandingkan?
Inilah yang STM maksudkan, faktor siapakah pemain atau player yang merangkumi pengalaman, kemampuan melihat potensi ayam, rahsia penyediaan
ayam untuk ke pertandingan, penjagaan, kekemasan dan tips-tips yang
mungkin perlu digali dan dikongsikan oleh player yang selalu
bergelar juara ini supaya diketahui.
STM percaya hanya peminat yang rajin
belajar dan mencari informasi di kalangan otai ini mampu menghasilkan ayam serama yang berkualiti dan bergaya di atas meja.
Tanpa ilmu dan teknik yang betul seorang pemain serama akan hanya MENGHARAPKAN faktor nasib di dalam pertandingan yang disertai.
Kerana itulah terdapat beberapa jenis
peminat ayam serama. Ada hanya seorang penternak yang menghasilkan
serama yang cantik. Ada peminat yang menjadi penjual serama yang
cantik. Ada pula peminat yang menjadi pengadil dalam mengadili ayam serama yang cantik dan ada juga yang berminat menjadi penganjur
ayam serama yang cantik.
Tetapi satu lagi peminat yang sering dicemburui kerana kerap mendapat kejayaan iaitu pemain atau
player yang membawa ayam serama yang bukan sahaja cantik dan tetapi juga bergelar JUARA!
BOTB Gopeng baru ini - Khairi Sik (Beliau kerap menang dengan ayam yang berlainan warna) (SUMBER GAMBAR : Facebook Hafiz Demons Seram -Terima KAish) |
nama gang modal tebal belaka tu...patut la juara pun..kite modai roti canai jea..hehhehee.guaru jea boh...
ReplyDeleteHAhaha...sebenarnya ada ramai lagi geng yang labur ribu -ribu. Ada beli ayam jura terus sampai puluh ribu. Tapi bila bawak bon...tiada ranking. Mana silap..? Padangan saya je STA.
ReplyDelete