Monday, December 31, 2012

Gambar ayam Johan

BOTB & Johan Remaja
Azwa BP
Johan Kategori B
Nizam Beranang RC
Johan ABS
Wan -Beranang Group
Johan Muda
Zam RHB
Johan A
Cg Azhari Kajang

Tuesday, December 25, 2012

Pelapis pembaka reban...

Salam buat semua...

Tak beberapa hari lagi, musim cuti sekolah akan berakhir. Buat rakan-rakan di pantai timur, STM doakan moga rakan-rakan serama semua berhati-hati dan tabah mengharungi suasana banjir yang mula melanda di sana.

Untuk catatan kali ini, STM cuma mahu berkongsi 2-3 ekor pembaka dan pelapis reban STM.

Seperti yang STM pernah sebut, dalam breeding di reban Telok Mas, setakat ini STM menggunakan hanya 3-4 bloodline yang sudah STM pilih berdasarkan ciri-ciri dan aksesori yang STM minati. Tapi tak tahu pula pada masa akan datang, mungkin STM nak cuba juga 'outcross' dengan beberapa bloodline dari reban-reban sahabat yang STM berkenan juga.

Di bawah ini ada beberapa keping gambar. 3 yang pertama dari pembaka yang sama. Kalau kita perhatikan, ketiga-tiganya mempunyai aksesori yang banyak persamaan. Balung, ketinggian tubuh, susun ekor, warna bulu yang agak seiras dan juga perangai yang agak dekat. Ketiga-tiga jantan ini mewarisi genetik aksesori yang kuat turun dari bapaknya. 2 darinya sudah berpindah reban, STM simpan seekor sahaja buat pelapis reban. Memang STM sedang proses 'tambah-baik' beberapa aksesori dan kating bloodline ini. Ada rezeki STM akan upload gambar bapaknya..Insya Allah.

Gaya menarik Trojan sebelum pindah
Yang ini jadi pembaka
di Telok Mas. Masih muda.
Mat Sengkat. Tapi boleh
guna sebagai pembaka.

Yang di bawah ini STM gunakan pembaka kumbang lilin buat projek warna 'gelap' di reban. Sebenarnya, ada 2-3 ekor pembaka warna 'gelap'. Yang ini salah sekor yang STM guna. STM minat perangai warisan genetik bloodline pembaka ini. 

Manakala, 2 keping gambar yang bawah sekali adalah jantan yang baru sahaja sampai di reban STM. Asal dari reban sahabat STM di Dungun.



k
Baru masuk muda. Belum galak lagi. Tengok lagi sebulan. STM rasa insya allah
datang jahatnya nanti



Tuesday, December 18, 2012

Reban di musim hujan....

Agak lama juga STM tidak dapat update blog ini. Maklumlah cuti-cuti sekolah ini sibuk melayan anak-anak dan juga banyak aktiviti bersantai bersama keluarga. Tambahan pula ada beberapa majlis walimatul urus di kalangan ahli saudara dan rakan-rakan membuatkan STM agak sibuk sedikit di samping menguruskan urusan perniagaan.

Bagaimanapun, hobi tetap hobi. Ada juga sahabat-sahabat serama yang singgah bersilaturrahim di Telok Mas. STM mengucapkan terima kasih. Moga ada rezeki kita berjumpa lagi.

Bagi yang berhubung melalui telefon dengan bertanyakan khabar dan memberikan dorongan ingin STM ucapkan " Jazakallah Khairan Kathira...(semoga Allah menganjarkan kamu dengan kebaikan yang banyak) "

Sekarang ini di Melaka musim hujan. Hampir setiap hari hujan akan turun samada renyai renyai ataupun agak lebat. Kesian juga tengok ayam-ayam di reban yang agak kesejukan. Ada beberapa ekor yang nampak murung. Terpaksa STM bagi vitamin tambahan supaya kuat sikit tubuh ayam di reban.

STM juga tidak dapat memeriahkan bon baru ini di Shah Alam. Dan mungkin juga tidak dapat turun ke Bon Ipoh pada minggu ini. Kesibukan dan urusan lain yang lebih memerlukan membataskan STM untuk turun memberi sokongan. Insya Allah, dimudahkan Allah, pada masa akan datang STM akan cuba pergi ke bon yang lain nya.

Ada beberapa gambar ayam ingin STM kongsi kali ini. Cukup buat sahabat-sahabat pembaca yang sudi berkunjung dan membaca di blog ini.
 .
Sepasang remaja yang sedang bercanda. Betina dari baka Tok Uban. Dan jantan
STM dah cross dengan pembaka di reban STM
Jantan ini nampak galak sikit berbanding adik beradik dia yang lain.
Baru anak C rasanya...
Aduss..kesian betul . Murung sampai melentuk balung dia.
Ini ayam remaja kesayangan STM. Ayam jenis kecil halus (A) dan bulu nipis. Remaja nak masuk muda.
Tapi nak buat macam mana...hujan hari-hari, dia pun "lemau" juga..
Gambar penuh remaja di atas...
Hari ini STM lepaskan anak-anak baru dan bakal jadi pelapis reban STM bagi hilang stres sedikit.
Kasi dia main tanah dan hirup udara segar selepas hujan lebat.
Ini muda yang STM baru ja masukkan dengan induk. Adik beradik pada Trojan (gambar di bawah) dan Mat Singkat.
Cross ambil cutting dan beberapa kasesori.
Mat Singkat (sudah jadi milik sahabat di Klang)
Trojan

Thursday, December 6, 2012

Kuning bersih 2.0

Awal tahun ini, STM ada simpan sekor ayam kuning bersih. Punyalah semangat sebab suka tengok warnanya yang ceria. 

Tapi masuk muda sahaja, dia ada masalah chasis sedikit. Tak putus asa, bulan ini, dilimpahkan rezeki ada sekor yang nampaknya boleh jadi versi kuning bersih yang terbaru...

Versi 1.0. Masa awal tahun 2012
Ini Versi 2.0 . Warna yang juga kuning bersih cuma ekor ja kelabu...
latih dalam serkup

Monday, December 3, 2012

Muda - Trojan

Kebelakangan ini , ayam muda ini makin galak. Tapi masih belum parking lagi. Memang jenis lambat sikit kot ayam nie. Tapi Alhamdulillah, bentuk tubuhnya makin tegap.

Tengok macam mana....