Tak beberapa hari lagi, musim cuti sekolah akan berakhir. Buat rakan-rakan di pantai timur, STM doakan moga rakan-rakan serama semua berhati-hati dan tabah mengharungi suasana banjir yang mula melanda di sana.
Untuk catatan kali ini, STM cuma mahu berkongsi 2-3 ekor pembaka dan pelapis reban STM.
Seperti yang STM pernah sebut, dalam breeding di reban Telok Mas, setakat ini STM menggunakan hanya 3-4 bloodline yang sudah STM pilih berdasarkan ciri-ciri dan aksesori yang STM minati. Tapi tak tahu pula pada masa akan datang, mungkin STM nak cuba juga 'outcross' dengan beberapa bloodline dari reban-reban sahabat yang STM berkenan juga.
Di bawah ini ada beberapa keping gambar. 3 yang pertama dari pembaka yang sama. Kalau kita perhatikan, ketiga-tiganya mempunyai aksesori yang banyak persamaan. Balung, ketinggian tubuh, susun ekor, warna bulu yang agak seiras dan juga perangai yang agak dekat. Ketiga-tiga jantan ini mewarisi genetik aksesori yang kuat turun dari bapaknya. 2 darinya sudah berpindah reban, STM simpan seekor sahaja buat pelapis reban. Memang STM sedang proses 'tambah-baik' beberapa aksesori dan kating bloodline ini. Ada rezeki STM akan upload gambar bapaknya..Insya Allah.
Gaya menarik Trojan sebelum pindah |
Yang ini jadi pembaka di Telok Mas. Masih muda. |
Mat Sengkat. Tapi boleh guna sebagai pembaka. |
Yang di bawah ini STM gunakan pembaka kumbang lilin buat projek warna 'gelap' di reban. Sebenarnya, ada 2-3 ekor pembaka warna 'gelap'. Yang ini salah sekor yang STM guna. STM minat perangai warisan genetik bloodline pembaka ini.
Manakala, 2 keping gambar yang bawah sekali adalah jantan yang baru sahaja sampai di reban STM. Asal dari reban sahabat STM di Dungun.
k
Baru masuk muda. Belum galak lagi. Tengok lagi sebulan. STM rasa insya allah datang jahatnya nanti |
No comments:
Post a Comment