Tuesday, January 22, 2013

Berita dari reban...

Memang di reban sekarang ini, STM simpan dan tambah pelapis induk betina. Kebanyakannya adalah dari darah yang STM tapis dari pembaka teras di reban sendiri. Sambil itu ada juga cuba adun dengan induk dari baka yang jauh (outbreed) yang STM memang berkenan dengan ciri-ciri tertentu dari asal reban baka tersebut.

Untuk pembaka jantan memang STM tak tambah dah. Guna yang sudah ada di reban dan juga pembaka dari reban Jang Speed di Dungun.

STM pun tengah tambah sikit lagi petak reban. Adalah dalam 10 petak lagi. Buat sendiri sahaja. Nak kata cantek memang tidak tapi rasanya selesalah untuk ayam STM membiak kat reban...



Ada sepasang dari bapak tina nie. Jantannya dah masuk remaja.
Yang ini ingat nak cross dengan pembaka Cobra..
Yang ini dah campur/ Ada 2-3 bakanya. Tak lama lagi boleh masuk jantan nie.
Petak yang belum siap. Sikit lagi siaplah

Sabar itu sebahagian dari inti dalam serama
Nampak semakin pulih ..



No comments:

Post a Comment