Thursday, January 9, 2014

Serama 2014...

Assalam buat rakan-rakan...

Maaf kerana agak lama biarkan blog ini berkarat. Kebelakangan ini memang agak sibuk dengan urusan bisnes. Jadi masa untuk menulis agak terbatas. Tapi minat pada ayam serama masih tetap sama. Hari-hari masih sibuk di reban macam biasa.Alhamdulillah selepas musim hujan bulan lepas, adalah 5-6 ekor induk yang ada mengeram di reban sekarang ini. Cuma masa hari hari lebih banyak online di FB sahaja. Nak tulis banyak banyak di blog pun nanti jadi jemuh juga.

Kita masih lagi di ambang tahun baru masehi 2014. Dengan 2013 baru sahaja melangkah pergi yang sarat dengan warna warni dan suka duka dalam berserama. Ada yang molek dan ada yang kurang molek. tapi pengalaman itu banyak mengajar dan memberi ilmu pada saya tentang dunia serama. Yang paling perit bila ayam yang kita dok sayang tulah mati...

Tahun 2013 yang diawali dengan semangat serama yang agak pelahan pada mulanya tetapi mood serama naik mendadak selepas pertengahan tahun 2013 kerana banyak penganjuran bon besar dijalankan di seluruh negara. Rasanya selepas bulan 3-4 tahun lepas, hampir setiap bulan ada sahaja bon besar dijalankan dengan sambutan yang amat menggalakkan. Manakala bon kecil hampir setiap minggu ada dianjurkan di banyak negeri.

D'Perindu Sang Juara Termahal 2013
Menariknya tahun lepas adalah kemunculan dan saingan yang mantap dari geng-geng sebelah utara di bon-bon yang dijalankan di seluruh negara. Ia suatu suasana yang menarik kerana menunjukkan parameter lubuk ayam cantek turun berputar ke sebelah utara dan dominasinya juga semakin tersebar luas. Kalau sebelumnya geng pantai timur banyak mendominasi carta teratas di bon-bon besar, tetapi pada tahun lepas saya perhatikan semakin kerap ayam wakil nsebelah utara yang duduk di carta atas.

Rasanya semua peminat tegar tahu bagaimana di akhir bulan lepas, sang juara milik geng utara merekod nilai termahal 2013 (rujuk gambar ayam). Berdarah Sri Enam AhKiat, khabarnya ayam tersebut kini berada di reban saudara Hatta Raja Kubing. syabas kepada pemilik barunya kerana berwawasan besar. Hebatnya ayam ini banyak dikatakan pada perangainya yang konsisten semasa di atas meja.

Sang Juara yang paling banyak mengegar tahun 2013 Terkenal dengan gaya kebas lonjaknya'
....bagaimana dengan 2014???
D'perindu Milik Zam SP ( Mail Lambong)
Sekarang sudah berpindah milik ke reban di KL
Mencari ayam berperangai 'Giler"
Kalau tahun 2012, ayam dari baka Sami Gila yang terkenal dengan markah aksesorinya yang tinggi banyak mendominasi ranking bon, Saya dapati tahun 2013aspek aksesori menjadi sangat penting.  Hampir kebanyakan ayam yang bertanding mempunyai aksesori yang bagus dan yang selalu membezakan antara juara atau tidak ayam yang bertanding selalu bergantung kepada gaya dan perangai ayam semasa di atas meja. Semakin konsisten perangai dan gaya ayam (termasuk akses yang tinggi)  dapat dibentuk semasa di meja pengadilan, semakin kerap ayam tersebut mendapat gelaran juara dan juga BOTB.

Rasanya untuk tahun 2014 ini, selain mencari ayam yang berperangai 'lawan meja", faktor aksesori ayam seperti balung, warna, kekemasan bulu dan bentuk tubuh (cutting) akan terus jadi perhatian serius peminat yang berhajat bersaing di bon yang dianjurkan.

Sami Gila dengan aksesori dan cutting yang mengiurkan. Tetapi fizikal perlu sama mantap dengan gaya.
Bagaimana 2014..? kita tunggu SG versi terkini...
Nilai dan wang
Selepas mencatat rekod tertinggi harga serama tahun lepas, dijangka harga ayam bergred 'pertandingan' akan semakin tinggi tahun ini dengan ayam serama yang cantik agak mudah dijual beli dan diperolehi TETAPI ayam yang bertaraf 'pertandingan' cukup sukar untuk diperolehi kerana semakin ramai peminat yang tidak mahu menjual ayam yang sudah cukup siap untuk masuk bertanding KECUALI dengan harga yang SESUAI.

Jadi, peminat tegar digalakkan untuk sedia menternak dan menghasilkan sendiri ayam yang sesuai untuk dibawa ke meja pertandingan jikalau tidak mempunyai modal yang mantap.

Nilai ayam serama makin meningkat bila lensa semakin banyak ditujukan kepadanya..
-BOTB Bon Air Hitam Johor-


Extra point
Kesimpulannya, walaupun informasi tentang ayam serama makin mudah diperolehi. dan ayam -ayam cantik semakin banyak ada di reban-reban peminat serama, saya rasa 2014 akan di dominasi oleh satu lagi faktor penting dalam proses melahirkan ayam juara.

"Kemahiran menyiapkan ayam' sebelum di bawa ke pertandingan.". Saya rasa, ini faktor penentu yang membezakan ayam si A dengan si B. Perbezaan markah yang semakin tipis banyak bergantung kepada faktor faktor ini yang akan membantu memberi "extra point' kepada ayam peserta. Kerana itu kalau diperhatikan pola ayam ranking selalu di miliki oleh mereka dan juga dari kumpulan yang memiliki kemahiran tersebut.

Kekemasan bulu, ekor dan sayap dan 'timing' mood ayam untuk bergaya dengan konsisten datang dari skill dan kemahiran si pemilik ayam itu sendiri. Bak kata pepatah cina...." Kuda yang baik jika ditunggang oleh si penunggang yang bodoh akan tetap tergelincir dari landasan lumba kudanya....." 

Kemahiran dari otai Pok Eik yang tidak keberatan berkongsi dengan peminat yang hendak ambil tahu...
Ini hanya 10 peratus sahaja skill yang ditunjukkan...ada lagi 90 peratus kemahiran
yang masih menjadi rahsia pemain serama yang berpengalaman...
Akhirkata...moga tahun 2014 ini memberi lebih banyak keceriaan kepada semua peminat serama dengan harapan muga hobi ini dapat memberi sesuatu yang bermanfaat buat kita semua...wasalam