Sunday, March 25, 2012

Incubator untuk reban..

Kerana banyak telur yang dihantar untuk dieramkan di sebuah kedai ayam di bandar Melaka rosak dan tidak menjadi, nampak gaya STM perlu memikirkan alternatif untuk memiliki sebuah mesin incubator sendiri supaya lebih mudah dan menjimatkan masa.

Selepas melakukan survey di google, ada 2 tempat yang saya perlu lawati. Kedua-duanya adalah pusat dan perusahaan menternak ayam kampung di tempat saya. Sambil melihat incubator yang dimiliki oleh mereka, mungkin banyak maklumat yang boleh saya pelajari dan kongsi terutama pengalaman mereka di dalam menternak unggas dalam skop yang sistematik dan berkesan.

Ini dia perusahaan yang saya perlu lawati..

1. Perusahaan dan penetasan Ayam Kampung milik Haji Alwi Othman di Kampung Tambak Bugis, Telok Mas, Melaka

anak ayam

penternak ayam

2. Razalipro Bukit Tembakau, Umbai, Merlimau, Melaka
http://razalipro.blogspot.com/

Kedua-duanya menawarkan mesin incubator yang pelbagai jenis. Yang penting keberkesanannya dan juga menjimatkan terutama bagi STM yang membiakkan serama secara kecil-kecilan...

Wednesday, March 21, 2012

Saturday, March 17, 2012

Bapak Rinting di reban STM..

'Pelangi Mas' - Pembaka rinting STM
Inilah pembaka Rinting di reban STM..

Pasangan serama RintingSepasang anak Si Rinting..

Friday, March 16, 2012

Dari reban Abang Zuki (Pok Ki) - (Kemaskini)


Minggu ini tidak ada berita besar yang dapat dipaparkan di blog ini. Bagaimanapun bagi tidak menghampakan kawan-kawan yang sudi berkunjung di BLOG ini, apa kata kita lihat sedikit koleksi istemewa yang sempat saya rakam khas dari reban Abang Zuki yang terletak nun di atas bukit di Durian Tunggal Melaka.

Bagi rakan-rakan peminat serama di seluruh Malaysia, jika anda berkunjung ke Melaka atau menghala perjalanan ke sebelah selatan tanahair, LOKASI reban ini jangan sekali-kali dilupakan. Selain dari koleksi serama yang menarik, perkongsian ilmu juga boleh diperolehi asal jangan segan-segan berkunjung ke sana.

Insya Allah, saya juga akan cuba berkunjung ke reban rakan-rakan yang lain terutama yang terletak di Melaka atau yang berdekatan dengannya (kalau ada yang sudi menjemput..), bagaimanapun buat hari ini kita layan dahulu beberapa momen menarik yang sempat di tangkap oleh kamer saya ini.
Serama warna kelabu yang unik menyerlahkan kesenian ayam serama

Comel - sebahagian anak si kelabu di atas...

Rinting - Satu lagi warna serama yang MENYERLAHKAN KESENIAN dan KECANTIKAN Ayam Serama

Anak B TERBAIK dari reban....

Yang ini asyik bergetar kepalanya (kocok)

Bapak Pembaka

Kecil-kecil cili padi...ayam selam yang semakin aktif


Thursday, March 15, 2012

Dari reban..

Induk kecil - Dah boleh buat ibu nie

Latihan dalam sangkar...


Ayam remaja nak masuk muda. Ini jenis lambat. Nasib sudah tahu macam mana bentuk adik-beradiknya. Ini contoh ayam perangai masuk kategori nanti. Kena sabar banyak-banyak....

Wednesday, March 14, 2012

Induk remaja menanti pasangannya...

Bloodline induk ini adalah dari bapak kubing reban Abe Suri Dungun. Induk remaja ini sedang bersiap sedia menerima pasangannya.

PS : Kata orang induk yang cantik belum tentu anaknya pun cantik. Itu tidak mengapa...yang penting usaha. Selain daripada itu kita serah kepada pencipta-Nya....

PSS : Induk ini sebenarnya sebahagian usaha bersaing untuk menghasilkan jantan berdada besar seperti serama super milik Abang Zuki Serama Sedunia yang selalunya berdadanya...hahaha



Sunday, March 11, 2012

Projek 2012...

Sebagai orang yang masih baru lagi di dalam arena ayam serama, STM harus realistik jika mahu dibandingkan dengan kawan-kawan lain yang sudah bertahun main serama.

STM masih sedang memikirkan projek membina reban serama yang lebih baik dan selesa untuk projek melahirkan serama yang cantek. Jadi untuk tahun ini, STM hanya menumpukan kepada pembaka yang sudah ada di reban STM sahaja.

Alhamdulillah, bulan ini rezeki bertambah. Ada 7 ekor anak yang nampak sudah survive hampir 1 bulan. Hasil dari pembaka kubing, rinting dan juga seekor lagi pembaka berwarna kuning cemar yang STM belum pernah load lagi gambarnya.

Nampaknya, inilah permulaan projek reban STM tahun ini. Moga Allah mudahkan urusan hambanya ini...ameen.


7 ekor anak di reban
Remaja Kubing -
warna kegemaran dan citarasaku. Ayam belum tunjuk perangai lagi

Saturday, March 10, 2012

Pembaka Reban Telok Mas...

Ini gayanya bila breed serama bagi yang tinggal di taman perumahan. Orang lain pakai kandang kayu besar-besar, kita je pakai gok besi je boh.

Apapun, usaha menghasilkan serama yang cantik bergaya mesti diteruskan.

Di bawah ini adalah gambar sepasang serama yang STM gunakan untuk projek "menghitamkan" serama di reban STM...hahaha. Di kala semakin ramai peminat serama di Malaysia menumpukan segala usaha dalam menghasilkan serama berwarna "komersial" (warna kuning), STM pula masih juga buat projek warna gelap. Apa nak buat sudah citarasa kita..hahaha.

Pada STM, serama itu ada seninya. Seni tidak terbatas pada warna kuning sahaja. Warna gelap ini juga kaya dengan nilai estatika yang tinggi. Hanya bila sampai sahaja di meja pengadilan, jugdement pengadil adalah MUKTAMAD!

Tanpa mahu cerita panjang, inilah pasangan romantik pembaka Besi Buruk bersama induk Tok Uban/Syawal kumbang lilin milik kawan saya Pok Jang Dungun yang sedang saya usahakan. TERBAIKkkk....


Thursday, March 8, 2012

Tok Uban untuk dijual... (SOLD)



SOLD
Bagi yang berminat, seekor serama yang boleh dibuat teras pembaka di reban atau masih boleh di bawa ke pertandingan. Ayam ini milik kawan dari reban di Telok Mas. Ayam ini memang 'darah'nya kuat dari bloodline Tok Uban / Syawal. Ciri-ciri tok uban masih jelas pada ayam ini seperti rajin kebas, lonjak dan aktif atas meja. Ayam masih muda.

Tuannya nak lepaskan ayam ini kerana sudah mempunyai pelapis dan 2-3 ekor lagi pembaka dari darah yang sama.

Bagi yang berminat boleh hubungi 012-6990793. Boleh nego sikit-sikit sampai jadi. Siapa cepat dia dapat. (Gambar ayam adalah seperti di atas)

Wednesday, March 7, 2012

Bapak Pembaka Kubing

Ini adalah salah seekor bapak pembaka reban STM. Ayam slim tinggi. STM tertarik dengan gaya ayam ini yang aktif kebas, lempar sayap dan sekali-sekali lonjak. Asal bapak kubing ini adalah dari reban Cg Usop Kuala Ibai. Dengar cerita, adik-beradik kubing ini semuannya jadi ara. STM ambil ayam ini dari Tuan Farid STA.

STM sedang cross bapak ini dengan 2-3 ekor induk termasuk seekor induk asal dari reban yang sama dengan Bapak Kubing ini. Sudah ada 2 ekor anaknya yang berlainan induk sedang STM tunggu potensinya. Sementara itu 4 biji telurnya sedang menunggu hasil.

Tak tahu jadi macam mana. Insya Allah, STM update perkembangan anak bapak kubing ini....

Tuesday, March 6, 2012

Seludup masuk ke reban Abang Zuki....

Buat Abang Zuki...maaf saya keluarkan gambar tempat proses anak ayam Pokki (ini tidak termasuk anak-anak serama yang ada di rumah Pokki) .

Tempat eram telur

Setiap kotak-kotak kayu itu mempunyai anak-anak ayam...