Monday, October 31, 2011

Terkini : Bon Bangi 26.11.2011

Terkini : Bon Bangi Selangor

Tarikh ": 26hb Nov 2011

Nota : Maklumat terkini dari beberapa sumber memberitahu editor bahawa masih belum dapat dipastikan samada Bon ini dapat dijalankan.
Sebarang maklumat akan dikemaskini dalam masa terdekat.
Sekian. Terima kasih

Editor Blog Serama Malaysia

Koleksi Abg Jan (Pok Jang)









Saturday, October 29, 2011

Bon Melaka 291011 (Anjuran bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Melaka)-Updated

Aksi 'Terbaik" BOTB : "Raja Melaka" & Abg Khaled Tanjung Minyak (yang bertepuk tangan)

Alhamdulillah...semalam selesai satu lagi Bon anjuran bersama antara Kelab Peminat Serama Melaka dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Melaka yang dilangsungkan di Dataran Air Keroh. Suasana bon berjalan dengan baik dengan sambutan dari peserta yang hadir amat menggalakkan walapun berlangsung satu lagi bon di Melor Kelantan.

Dengan sokongan yang baik dari Jabatan Veterinar, bon kali ini di langsungkan sempena Hari Peladang dan Penternak.

Kehadiran 'breeder' otai seperti Pok Lias Jelebu, Hj Iskandar, Cg Hatta, En Sayuti dan ramai lagi breeder terkenal seperti Khairul RC, Ijan Serama negeri, Geng Kajang, , Serama POS, Serama Jengka tambah menghangatkan suasana bon hari tersebut.

BOTB kali ini dipegang oleh "Raja Melaka" serama breeder otai Melaka iaitu Abang Khalid Tanjung Minyak.
BOTB : Raja Melaka (Khalid Tanjung Minyak)

Di bawah ini adalah sebahagian suasana yang dapat ditangkap oleh lensa saya....

Baru sampai untuk bersaing...masing-masing dengan pelurunya

Geng Serama Kajang nampak serius dengan Abg Jan Telok Mas
Di belakangnya geng serama telok mas - saudara Maizal sedang berkongsi info dengan serama jengka

Aksi : "....kalau tak silap ayam Pok Lias"

Induk selam dari Geng Telok Mas..hehehe

Nampak serius je Tuan Farid Kuala Ibai aka Serama Melaka (FB)

Barisan "Otai"

"Apa tengok tue bang..."


Geng penganjur ...Rahman Persona

Monday, October 17, 2011

Seni Gambar....

Antara gambar dan serama...'A Moment"
"hello...."

Nota : Walaupun ayam ini bukan juara di atas meja...tetapi ia adalah juara di hati si kecil Najehah (ini ayam iman...).

Tuesday, October 4, 2011

Bon Penang 22.10.2011

Salam....

Kepada semua peminat2 ayam serama , kami Penang Serama Club akan menganjurkan Pertandingan Kesenian Dan Kecantikan Ayam Serama yang akan di adakan pada :

Tarikh : 22.10.2011
Tempat : Dewan Serbaguna Simpang Empat Permatang Buluh
Masa : 8.00 pg - 5.00ptng

Katagori yg di pertandingkan :

Serama A , Serama B , ABS , Muda , Remaja , Induk , Serama Anak A 110gm kebawah dan Serama Anak B 140gm kebawah..

Hadiah setiap katagori:

Johan : RM 150.00
Ke 2 : RM 100.00
Ke 3 : RM 80.00
saguhati RM.30.00 dan seterusnya 30% dari penyertaan....

Cabutan Bonanza RM 300.00
Cabutan Bertuah RM100.00 x 1 cabutan
RM50.00 x 4 cabutan
Hamper 10 buah.

Best Of The Best RM 100.00 berserta piala

sebarang pertanyaan sila hubungi:

Abg Mei Kebab 0134300693 Majidi @ Dee Poli 0194340968
Che Mat Kulim 0194627481 Pak Su Nazri 0174303680
Mizi Penaga 0125606004 Cikgu Zul 0174630046
Bro Jas Penang 0164577361

Monday, October 3, 2011

Bon Kodiang Okt 2011

Pertandingan Bon Kecil di SMK Megat Dewa. (Hari Ko-Kurikulum)

Tarikh : 15 Okt 2011 ( Sabtu )
Tempat : SMK Megat Dewa, Jln Kodiang, Kodiang.
Tutup Penyertaan : Jam 2 ptg

Yuran penyertaan : RM 25

Kategori

1. Serama anak A ( bawah 100gm )
2. Serama anak B ( bawah 140gm )
3. Serama remaja
4. Serama muda
5. Serama A
6. Serama B
7. Serama tanpa lawi
8. Serama induk / Betina

Hadiah

Johan : RM100 .00
N.Johan RM 80.00
Ke 3 : RM 60.00
Saguhati : 30% Penyertaan

Bonanza
1 set mini home theatre
2 buah dvd
Cabutan bertuah
Toto =5x cabutan
Barangan Elektrik =5x cabutan
10 hamper

Syarat-syarat pertandingan

1- Hadiah saguhati 30% dari penyertaan setiap kategori
2- Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan, kematian atau kerosakan disebabkan menyertai
pertandingan ini
3- Keputusan pengadil adalah muktamad

Hubungi
1- Fauzi = 0174205616
2- Cikgu Dee = 0125569221
3- Ghani kraftangan = 0194176090

Sumber : Blog SG100