Sunday, February 12, 2012

TERKINI: Bon KL berpindah ke Melaka

Berdasarkan maklumat terkini dari pihak penganjur, Bon Kuala Lumpur yang sepatutnya dijadualkan pada 25hb Februari 2012 sempena Hari Wilayah telah DIPINDAHKAN ke Melaka atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Kelab Peminat Serama Negeri Melaka selaku tuan rumah dan penganjur bersama Serama Corporation telah bersetuju untuk menganjurkan Bon tersebut berdasarkan tarikh yang telah ditetapkan.

Berikut adalah maklumat lanjut Bon tersebut :-

Tarikh: 25hb Februari 2012 (Sabtu)
Lokasi: Serama Park, Durian Tunggal Melaka

Hadiah bagi Setiap Kategori
Juara : RM400
Kedua : RM300
Ketiga : RM200
Saguhati : RM60 (30% penyertaan)

Bonanza RM500,
Cabutan berTUAH RM100x5,
RM50x10 (Hamper)
BOTB : RM150 dan piala

Yuran Penyertaan RM50.


Atas keprihatinan tentang beberapa isu berkaitan pengadilan yang agak hangat diperkatakan baru-baru ini, pihak penganjur telah bersetuju melakukan sedikit PERUBAHAN dan penambahbaikan kepada format menentukan JUARA bagi kategori.

Penilaian JOHAN Kategori akan diadili oleh pengadil profesional di mana ayam markah tertinggi (3 ekor ke atas) akan di bawa ke hadapan dan diadili bagi ditentukan JOHAN (GAYA)

Mewakili rakan-rakan peminat serama dari Melaka, kami berharap usaha ini mendapat sokongan dan dokongan dari seluruh peminat ayam serama. Mungkin usaha yang sedikit ini adalah sebahagian dari perjalanan meningkatkan lagi mutu dan kualiti pengadilan kesenian dan kecantikan ayam serama pada masa akan datang.

Penganjuran ini juga sebagai usaha untuk memeriahkan dan meningkatkan lagi sambutan terhadap kecantikan ayam serama sebagai satu-satunya ikon unggas asli dari negara kita.

Insya Allah, sebarang informasi dan maklumat lanjut akan saya war-warkan di blog ini.

sekian


4 comments:

  1. Assalamualaikum w.b.t
    Kat mana lokasi Serama Park,Durian tunggal?.
    Boleh tuan kasi direction tak?..

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Walaikum salam wbt..

    Lokasi sebenarnya di dalam kawasan Air Keroh. Cuma sekitar 5-10min sahaja selepas masuk Tol Air Keroh. Nanti saya akan update pta ke lokasi di dalam blog ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat taman burung sebelah go kart kat ayer keroh tu ker?

      Delete
  3. Yup...sudah semestinya. Jalan menghala ke durian tunggal dari air keroh tu. sebelah go kart

    ReplyDelete