Thursday, July 26, 2012
Wednesday, July 25, 2012
Sembang Ramadhan...
Diam tidak diam, sudah setahun juga blog Serama Malaysia ini usianya. Saya tak perasan sangat, tapi hari ini bila saya baca post artikel saya yang lepas, baru saya perasan yang blog ini sudah berusia setahun. Maknanya, sudah setahun juga saya aktif kembali meminati ayam serama ini.
Asalnya saya membangunkan blog ini secara spontan. Artikel pertama saya juga ditulis beberapa hari sebelum bulan ramadhan (tahun lepas). Pembaca blog ini boleh membaca semula artikel yang terawal saya post di sini. Blog ini dibangunkan lebih bersifat 'suka-suka'. Saya seorang yang suka 'membaca' dan juga suka 'menulis'. Apatah lagi jika subjeknya pekara yang saya minati. Kerana itu banyak juga tulisan saya yang agak panjang ditulis (moga ada yang mampu habis membacanya).
Media percuma. Mudah diakses. Bila suka, boleh dibaca, jika tidak, boleh pindah ke homepage yang lain.
Alhamdulillah, selepas setahun, blog ini mencatatkan hampir 40,000 pageviews dengan jumlah pengunjung seramai 14,000 lebih. Satu angka yang memberangsangkan di saat Facebook menjadi pilihan bagi kebanyakan pelayar-pelayar internet.
Saya suka tulisan yang semulajadi (natural) iaitu yang saya tulis sendiri. Juga gambar yang saya ambil sendiri, buka 'copy-paste'. Saya menghargai 'genuinity' dalam banyak pekara. Kecuali jika tidak ada pilihan.
Walaupun blog ini banyak gambar ayam serama, saya bukan peminat tegar fotografi. Saya hanya suka merakam momen menarik dan juga ekpresi sesuatu benda. Kerana saya minat ayam serama, maka saya menjadikan serama sebagai 'subjek' saya bereksperimentasi dan merakam dari sudut yang lain.

Saya agak aktif berblog kerana mendapati ada beberapa pekara yang kerap hilang di dalam dunia arena serama. Walaupun banyak blog kerap mewar-warkan informasi tentang pertandingan atau bon ayam serama, saya dapati sebaik sahaja atau selepas sahaja bon tersebut selesai atau tamat, suasana di blog akan menjadi sunyi-sepi tanpa ada sebarang maklumat lanjut tentang suasana atau informasi menarik yang boleh dikongsikan di blog tersebut TERUTAMA blog yang serius menonjolkan dan menghebahkan keputusan bon yang telah dipromosikan sebelum itu.
Malahan kebanyakan pihak penganjur juga tidak bersungguh-sungguh untuk menghebahkan dan mewar-warkan keputusan pemenang-pemenang ayam cantik tersebut. Walaupun ia mungkin nampak agak remeh - temeh, saya berpendapat sebagai penganjur, pemenang bagi setiap kategori perlu dihebahkan kerana memang tujuan peserta menyertai sesuatu pertandingan dengan niat untuk mengetahui dan mempromosikan kecantikan ayam serama mereka kepada orang luar(apatah lagi sudah banyak media percuma yang boleh digunakan).
Peserta akan merasa lebih dihargai sesuai dengan nilai wang dan pengorbanan masa yang telah mereka beri untuk menyertai pertandingan tersebut.
Maka, itulah satu sebab utama yang menjadi alasan kenapa blog ini dibangunkan. Berkongsi informasi terutama bagi aktiviti-aktiviti serama di sebelah zon selatan ini. Apatah lagi, jumlah peminat ayam serama di sebelah sini masih kecil jika mahu dibandingkan dengan jumlah peminat di sebelah utara dan di pantai timur.
Alhamdulillah, sudah ada momentum peminat baru dan juga orang lama yang kembali aktif kesan dari kerja-kerja rakan-rakan peminat serama di sini. (semalam datang seorang peminat lama yang mahu aktif semula...Insya Allah, tambah ceria)

Apapun, nanti kita sambung cerita saya di atas. Kita lihat apa cerita terkini tentang serama bulan ini....
Sekarang ini bulan ramadhan..segala aktiviti pertandingan akan berehat sebulan. Sebelumnya, terdapat 2 bon besar berlangsung. Satu di Kenyir dan satu di Alor Star. Keputusan penuhnya di Kenyir ada disiarkan di Facebook (BOTB : Zali Bakong), manakala di Alor Star saya tidak perasan keputusan penuhnya (BOTB : Kuzai Group). Selain itu terdapat 2 bon kecil iaitu di Kelantan (BOTB : Pok Eid) dan Kuala Lumpur (BOTB: Azreen Batu Pahat).
Sudah terdapat khabar-khabar, bon selepas raya akan diadakan seawal yang mampu terutama bagi pemain tegar yang tentu sudah tidak sabar mahu melihat aksi ayam serama masing-masing.

Harapannya, selepas raya ini , lebih meriah lagi arena bon dijalankan di seluruh negara. Saya juga berharap dapat juga berjalan-jalan ke bon yang belum sempat saya hadiri lagi. Kata orang, '....jauh perjalanan, luas pemandangan...'.
Apapun...salam Ramadhan Al Mubarak buat teman-teman pembaca blog ini. Terima kasih atas kesudian melawat dan membaca bahan yang dicatatkan di sini. Moga pekara yang baik, Allah swt permudahkan buat saya...dan yang tidak baik dijauhkan dari saya dan rakan-rakan semua.
Insya Allah kita sembang serama lagi....

Sunday, July 22, 2012
Friday, July 20, 2012
Salam buat semua rakan-rakan....
STM ingin mengucapkan selamat menyambut kedatangan Ramadhan buat semua pembaca-pembaca blog ini baik di Malaysia, Indonesia juga rakan-rakan yang jauh berada di perantauan. Moga kedatangan bulan mulia ini, usaha kita untuk mendapatkan keberkatan dan limpahan keredhaan Allah swt akan dipermudahkan...
Monday, July 16, 2012
Coretan di bon KL
Rombongan dari Melaka |
Alhamdulillah, sabtu lepas sempat juga saya pergi memeriahkan Bon KL yang dijalankan di lokasi pasar keramat. Bersama saudara Maizal, saya sepatutnya bergerak sama dengan Pok Ki (Abg Zuki Serama Park) yang bergerak dari Melaka sekitar jam 6 pagi bersama Daarul Alu dan Serama Anak Johor (SAJ). Bagaimanapun kerana perlu menyelesaikan banyak urusan perniagaan, kami hanya bergerak ke KL sekitar jam 9 pagi.
Suasana di Pasar Keramat |
Pada pemerhatian saya, perjalanan bon nyata lancar dan sambutan boleh dikatakan meriah. Kehadiran ramai peminat-peminat tegar terutama dari zon tengah dan zon selatan tanahair, membuktikan kehangatan ayam serama sebagai satu hobi terus diminati dan malahan semakin galak menerima ramai peminat-peminat baru atau mereka yang mula berjinak-jinak dengan hobi ini.
Doa Kesyukuran...Alhamdulillah |
Selain itu, mungkin dengan semakin hampirnya kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, rakan-rakan serama mengambil peluang di bon ini untuk bertemu dan berkongsi cerita dengan peminat yang datang dari pelbagai lokasi ini. Al maklum, semua aktiviti pertandingan akan berehat sementara waktu sepanjang sebulan ini.
Sambutan yang baik ini telah memberi semangat positif kepada pihak penganjuran. Malahan, penganjur bercadang untuk menganjurkan satu lagi bon yang leboh besar usai umat Islam meraikan syawal nanti.
Tidak banyak yang dapat saya kongsikan di sini kerana tujuan ke bon kali ini lebih santai dan hanya mahu bertemu rakan-rakan. Hendak bawa ayam, ada yang meluruh dan tidak siap. Mungkin lepas raya baru boleh main.
Apapun, ada beberapa keping gambar buat tatapan pembaca blog ini. Jom layan......
Ah Moi ini datang untuk melukis dengan menggunakan teknik pensilnya sahaja--sempoi |
Banyak gambar ayam ini yang sudah saya rakamkan. Tapi makin hari, makin cantik ayam nie..Johan A |
Johan Remaja - Nizam RC (Beranang Serama Group) |
MOMEN - Aksi santai selepas selesai pertandingan |
Johan Muda dan BOTB - Azreen BPahat |
Johan Kategori B - Nizam RC (Beranang Group) |
Tuannya ( Wan serdang - Beranang Group) asyik memerhatikan ayamnya (Johan A) mempamirkan aksi bergayanya |
Johan ABS - Beranang Group |
Sunday, July 15, 2012
Promo : Benut Sugarcane - Air Tebu Terbaikkk!
MENYEGARKAN - boleh diminum sambil menyampaikan berita terkini pertandingan |
MUDAH - boleh dibawa ke mana-mana |
BERPATUTAN - bpleh dikongsi-kongsi minum |
SEJUK - terbaik semasa panas di tengahari di tempat terbuka |
SESUAI disemua usia... |
DARAH USAHAWAN - Tokey Air Tebu Benut Sugarcane ..( sempat juga menjual pelbagai ubat kesihatan untuk ayam serama) |
Wednesday, July 11, 2012
Thursday, July 5, 2012
LOK 7
Wednesday, July 4, 2012
Sunday, July 1, 2012
Seramania : Hubungan erat antara peminat 2 negara..
Seperti yang telah saya tulis di dalam artikel yang lepas...serama mampu menambah jaringan persaudaraan dan hubungan ukhwah antara peminatnya walaupun berlainan bangsa mahupun negara. Walaupun saya masih sahaja baru dalam arena ini, semakin ramai rakan-rakan yang sama minat menjadi rakan-rakan saya yang kebanyakannya berhubung melalui jaringan teknologi moden ini.
Bagi peminat serama tegar di Malaysia, hubungan dengan peminat serama Indonesia sudah bertaut lama lantaran budaya dan komunikasi yang hampir sama. Bukan pekara asing bagi pemain serama Malaysia yang berkunjung ke sana dan begitu ramai juga peminat seramania Indonesia yang berkunjung ke sini untuk mengeratkan dan menrapatkan hubungan sesama kita.
Salah seorang yang kerap berhubung dengan saya adalah saudara Hellme Lambreta dari "Serama Independent Community (SIC) Indonesia".
Terima kasih atas sumbangan Piala BOTB Raja Kenyir (gambar di bawah) yang datang dari SIC. Moga hubungan ini makin erat dan memeriahkan lagi semangat dan keceriaan di dalam arena serama. Terbaikkk buat rakan-rakan seramania di Indonesia khasnya saudara Hellme.

Piala BOTB Raja Kenyir (Sumber gambar : FB SeramaAnak Johor) |
BOTB Raja Kenyir (Sumber : FB SAJ) |
Subscribe to:
Posts (Atom)