Tuesday, July 12, 2011

Baru nak mula projek bela serama...

Sebenarnya saya pernah memelihara ayam kecil ini sekitar tahun 1999-2001. Iaitu semasa zaman 'meletup'nya baka ayam kecil ini. Semasa itu saya masih bekerja di KL.

Melihat ramainya penjual ayam serama di sekitar jalan-jalan Gombak dan selayang, saya membeli beberapa ekor dengan hasil duit gaji bekerja sebagai seorang pegawai syarikat kredit.

Sehingga hari ini saya tidak pernah mengira berapa yang telah saya 'labur' semata-mata minat melihat keunikan dan kecantikan ayam serama ini.

Walaupun saya tinggal di kawasan rumah teras di Cheras Shamelin, saya keraskan hati untuk mencuba membela ayam ini.

Hasilnya...tidak memberangsangkan. Ayam yang dibeli kebanyakkannya hanya sesuai untuk dibuat 'gulai' sahaja.

Apakah saya kecewa...? Oh...tidak. Sekurang-kurangnya saya sudah tahu apa itu ayam serama dan bagaimana mahu membela ayam (walaupun mungkin ayam kampung).

(Gambar : Ayam Kapan)

Selepas itu saya berpindah balik ke kampung asal saya (Melaka), dengan kesemua ayam-ayam tersebut saya berikan kepada bapa saya untuk dibela atau diberikan sahaja kepada mereka yang berkenan.

Selepas beberapa tahun, hari ini minat saya datang semula. Seronok melihat kecantikan dan kepelbagaian gaya ayam ini yang diteroka oleh penternaknya, disamping pelbagai maklumat dan perkongsian ilmu yang lebih mudah diperolehi daripada pembela dan penternak ayam serama ini yang saya berpendapat lebih jujur dan ikhlas untuk berkongsi pengalaman, maka saya tergerak untuk memulakan projek membela semula ayam serama.

Nota: Berbanding dahulu, kebanyakkan maklumat dan ilmu tentang ayam ini hanya kita perolehi dari penjual-penjual ditepi-tepi jalan tersebut. Entah ye..entah tidak, mungkin mereka memberikan maklumat dengan niat untuk menjual ayam-ayam mereka sahaja (moga mereka sudah berjaya menjadi penjual ayam serama yang besar).

Isteri saya hanya mampu mengeleng-gelengkan kepala kerana beliau tahu jika saya sudah mahu, apapun akan saya usahakan.

semalam saya sudah menyiapkan satu reban kecil (mungkin sesuai dipanggil sangkar sahaja) sebagai persediaan untuk mencari sepasang anak serama yang kecil.

Saya sudah cuba menghubungi beberapa sahabat (Otai2) yang berpengalaman membela Serama ini untuk membeli anak serama. Dengan budget yang sangat kecil..mampukah saya mendapatkan anak yang saya ingini?

Setakat ini, saya sudah berjanji untuk melawat reban Saudara Rahman Lang Persona yang kebetulannya senegeri dengan saya. maka lebih mudah untuk saya berjumpa beliua berbanding sahabat lain yang jauh nun di utara di di pantai timur.

Dengar khabar ada beberapa anak serama yang mungkin sesuai dengan dengan saya sebagai orang baru dan mempunyai budget yang kecil sahaja.

Saya mohon doa dan panduan dari otai-otai yang berpengalaman di dalam membela dan menghasilkan pelbagai baka-baka ayam serama yang unik dan menarik. Mudah-mudahan saya berjaya kali ini untuk mempunyai ayam serama impian saya...

Salam ...
Telok Emas Melaka
012-6990793

1 comment: