Wednesday, October 31, 2012

Apa yang dilihat pengadil pada "peluru" anda di atas meja pertandingan?

Semua peminat ayam serama tahu dalam skema pertandingan kecantikan dan kesenian ayam serama terdapat 2 bahagian penting yang dinilai oleh pengadil.

1. Gaya
2. Aksesori


Saya puas juga cuba 'mengorek-gorek' maklumat detail tentang skema yang digunakan oleh kebanyakan pengadil ( masalahnya, di Malaysia, semenjak dahulu kita mempunyai 3-4 : ataupun lebih versi skema yang dijadikan panduan dalam menilai kecantikan dan kesenian ayam yang dipertandingkan).

Malangnya sehingga hari ini saya masih belum berjaya mendapatkannya dalam bentuk 'hitam putih'. (kebanyakan informasi tentang skema yang saya ketahui di perolehi melalui perbualan dan perkongsian dengan orang-orang lama dan berpengalaman di arena ini)

Sebagai seorang peminat baru setahun jagung, memahami keperluan dan kehendak pertandingan adalah penting supaya ayam yang dihasilkan d ireban kita dapat memenuhi skema kecantikan yang ditetapkan oleh penilai-penilai ayam serama yang berpengalaman.

Jadi semasa menbaca artikel-artikel lama, saya terjumpa satu artikel yang  menarik dari Blog Lawi Mas Serama Farm (LESF) yang boleh dijadikan sedikit panduan buat orang-orang yang masih 'blur' dengan ciri-ciri yang diperlukan supaya ayam yang kita bawa boleh berjuang untuk mendapatkan 'mata-mata' penting supaya ranking di dalam pertandingan terus meningkat naik.

                  ---------------------------XXXXXXX----------------------------------
Nota : Artikel ini ditulis sekitar tahun 2010. Harap maklum tentang informasinya.

Gaya Permarkahan penuh biasa diperuntukkan 25% tetapi setakat ini markah yang tertinggi adalah 23.5 sahaja. Gaya dikira dari segi bagaimana ayam tersebut beraksi seperti mengebas-mengebas tarik, berjalan dengan megah, tarik selam kepala untuk menampakkan dadanya yang besar, angkat kaki sebelah, tengkok bergetar,dsb. Kesemua itu dirangkum sebagai gaya..tetapi pengadil Perkas menambahkan satu lagi item iaitu berjalan di bawah. Kalau ayam itu duduk terpaku, walaupun tarik selam gila..markahnya mungkin 20 - 21 sahaja.


Tubuh : Pemarkahan penuh biasa diperuntuk 15%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 13.5 sahaja. Tubuh cantik dikira jika ayam tersebut boleh mengangkat dadanya hinggakan tidak menampakkan ruang di antara ekor dan belakang ayam tersebut. Kepala pula perlu melepasi aras kaki. Ekor tidak boleh melepasi aras kaki...orang sebelah sini kata tikam kepala...Jadi kedudukan kepala tu melebihi 90 darjah le.

PS: Saya tidak pasti samada ciri tubuh ayam serama disebut sebagai aksesori serama. Saya berpendapat, ia patut dibezakan kerana bentuk tubuh sangat berkait rapat dengan gaya ayam tersebut.

Aksesori Ayam Serama 

Ekor : Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 15%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 13 sahaja. Ekor yang cantik mesti mempunyai lebih daripada 5 bilah/helai sebelah. Susunannya perlulah teratur...iaitu tersusun dengan rapi...tak boleh ada yang pendek ditengah-tengah...menampakkan susunan menaik...satu lagi ekor tu mesti le terbuka..tak boleh tertutup rapat atau mengucup..istilah yang biasa kita gunakan untuk ekor ialah bentuk daun sirih.

Lawi Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 10%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 8.5 sahaja. Lawi cantik mestilah lebih tinggi dari ekor pengapik lawi..sekurang-kurangnya 1 inci. Lawi perlulah tegak ke atas..dua lawi ini perlulah sama panjang..keras, halus dan tajam meruncing..istilah yang biasa digunakan untuk lawi ialah lawi pwdang dan lembing.

SayapPemarkahan penuh biasa diperuntukan 7%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 6 sahaja. Susunan sayap mesti kemas, Bulu pelepah pada sayap tidak menampakkan rongga, tidak terlalu singkat atau terlalu labuh...aras kaki digunakan sebagai penentu. Sayap yang cantik ialah apabila diluruskan ke bawah boleh menutupi kakinya dan tidak mencecah tanah. Mesti terpacak tegak 90 darjah.

Kepala Balung : Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 10%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 8 sahaja. Balung cantik dikira apabila saiznya besesuai dengan muka ayam. Tidak tebal, berwarna merah terang untuk menunjukkan ianya sihat, Jejarinya melebihi daripada 5 bilah, Tegak, Tersusun dengan rapi...nampak keseragaman dalam susunannya.

Warna Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 8%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 7 sahaja. Warna kelas satu ialah warna-warna yang berkilat..seperti kuning, merah, ara, kumbang lilin, Warna kelas 2 ialah warna putih, kubing, warna kotor iaitu warna bercampur dengan warna hitam didadanya.

Bulu : Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 5%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 4 sahaja. Bulu hendaklah kemas, bersih terutama hujung sayap dan bawah punggung, tidak merebang-rebang, kalau boleh bila kita lihat menampakkan kemas dan rapi...tip..mandikan ayam 3 atau 4 hari sebelum pertandingan...jangan mandikan sehari sebelum pertandingan..bulu tidak akan tersusun dengan rapi...nampak macam carik-carik.

KakiPemarkahan penuh biasa diperuntukan 5%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 4 sahaja. Warna kaki terang biasanya kuning, panjang, bersih, tegap bila berdiri, bengkok kurang markah, tidak lemah atau lembik bila berjalan.

p/s : biasanya markah tidak banyak beza di antara satu-satu ayam..dan kadang-kadang markahnya sama sahaja apabila dijumlahkan..cara menentukan pendahulunya ialah dengan melihat susun atur markahnya daripada gaya hingga ke kaki...kalau ayam 'W' gaya lebih tetapi kalah bahagian kaki dan ayam 'X' kakinya lebih tinggi daripada gaya, maka ayam 'W' dikira sebagai pendahulu begitu le seterusnya..akan tetapi jika kesemua ciri-ciri markahnya sama, cara timbangan lah yang terakhir kita gunakan..ayam yang teringgan dikira sebagai pemenang.

Sumber : Blog Lawi Emas Serama Farm 


Gaya dan Aksesori yang mantap
(Juara Kategori dan BOTB Bon Melaka tahun lepas)
Johan Kategori dan BOTB Selayang KL
Ayam aksesori mantap

Wednesday, October 24, 2012

TERKINI: JEMPUTAN BON MELAKA NOV 2012

Buat semua Peminat, Penternak dan semua mereka yang berkenaan, Tuan/Puan dijemput untuk memeriahkan acara pertandingan dan kesenian kecantikan ayam serama di lokasi seperti di bawah....


Tuesday, October 23, 2012

Bagaimana menghasilkan serama yang cantik bergaya...?

Inilah persoalan yang banyak bermain di dalam fikiran seseorang peminat kesenian dan kecantikan ayam serama. Baik ia untuk peminat yang baru..mahu pun juga bagi peminat yang sudah lama berkecimpung di dalam arena ini.

Menternak serama memang mudah. Dengan reban yang sederhana kecil dan kos pemakanan yang rendah, kita sudah boleh memulakan proses menternak ayam serama. Tetapi menghasilkan ayam serama yang cantik dan juga bergaya memang MENCABAR. 

Tidak seperti unggas lain seperti burung dan juga jenis ayam yang lain, serama mempunyai 'skill' menternak yang lebih teliti. Menggunakan pembaka dan induk berbeza akan menghasilkan bukan sahaja warna, bulu, bentuk tubuh-'cutting' yang berbeza, tetapi perangai dan gayanya juga akan berbeza. Maka pilihan kombinasi pembaka dan induk yang tepat adalah sangat penting di dalam langkah utama untuk menghasilkan ayam serama seperti yang diidam-idamkan.

Kerana itu soalan-soalan seperti 'jenis baka, bloodline, susur galur, cutting dan sebagainya sememang popular di kalangan peminat ayam serama. Kerana di situlah, proses pertama dalam menghasilkan ayam serama akan bermula.

Sebenarnya, jenis baka atau bloodline HANYAlah sekadar satu JENAMA di dalam dunia serama. Ia  adalah NAMA yang digunakan untuk menerangkan ciri-ciri yang dimiliki oleh JENAMA ayam serama tersebut. Apabila kita menyebut nama baka itu, akan terbayanglah ciri-ciri yang dimiliki oleh JENAMA baka tersebut.

Jika mahu dipermudahkan, bayangkan kita menyebut nama JENAMA sebuah kereta. Kita sudah terbayangkan ciri, bentuk dan aksesori yang dimiliki oleh JENAMA kereta tersebut. Begitu juga bagi ayam serama, bila menyebut BAKA A, ia sebenarnya mewakili ciri-ciri yang dimiliki oleh ayam serama yang berjenama A tersbeut.

Bagi sebuah nama baka atau bloodline, ia patut mempunyai kestabilan genetik ciri-ciri yang mewakili nama bloodline-nya.  Contohnya, baka jenis A sepatutnya mempunyai ciri-ciri yang jelas seperti warna bulu, jenis balung, bentuk tubuh (cutting), bentuk perangai dan gaya dan sebagainya.. Itu barulah satu bloodline yang mampu membantu di dalam proses breeding. Ada bloodline memang selalu di sebut tetapi ciri-ciri bakanya susah dikenalpasti dan tidak stabil. Kerana itulah hanya terdapat beberapa jenis baka atau bloodline sahaja yang agak sustain (terus) di sebut oleh peminat serama. Ini kerana ciri-ciri yang dimiliki oleh pembaka tersebut agak jelas dan diwarisi semula oleh keturunannya berbanding dengan bloodline yang tidak stabil genetik cirinya.

Kalau kita lihat di dalam dunia ayam serama ini, kita akan dapati ramai peminat yang menyebut baka itu dan baka ini. Dia punya bloodline ini dan itu. Malangnya jika di tanya, apa ciri-ciri yang ada pada ayam itu yang dikatakan dia baka tersebut..? dia pun melopong tidak tahu ciri yang ada pada ayam tersebut.

Kerana itulah proses ternak atau 'breeding' di dalam serama memang mencabar. Tetapi itulah yang menjadikan ia lebih menarik terutama bagi seseorang yang minat dengan cabaran.

Bloodline Submerin : Ciri dada besar, bulu kuning keemasan dan  cutting  yang agak tinggi.
Susunan ekor juga menarik (aksesori yang mantap)
Balung cirinya mungkin perlu diperbaiki sekarang
-sebahagian ciri sahaja -
(Sumber : Blog Parit Buntar)

Submerin. Ciri yang hampir sama dengan di atas. Ayam lebih halus sahaja
(Sumber : Blog Serama Jalan Day)

Baka Lang : Ciri-ciri : Warna ara, kaki dan paruh kuning, dada besar dan bulu berkilat.
Makin tua akan muncul bulu-bulu warna coklet  (Maaf Cik Man jika salah)

Sami G : Bulu kemas dan rapat. Warna Kuning dgn kelopak mata keputihan. Muka garang. Ekor tersusun rapi
Dada besar. kaki hijau..Balung mantap (kecil), Cutting : Tinggi sederhana. Gaya lonjak dada
(Gambar Sami Gila asal yang pertama kali menang BOTB Bon Titiwangsa Tahun 2010)

Cuba tengok Sami Gila yang baru sahaja diambil gambar oleh Rosli Anak Johor (Okt 2012)
Sama sahaja ciri aksesorinya. Cuma Balung semakin halus heheheh
(bandingkan dengan gambar tahun 2010. Hampir sama)
Tok Uban. Warna Ara, balung tanduk rusa, Ekor tersusun kemas, cutting agak tinggi.
Dada keputihan semasa kecil tetapi akan hilang apa bila matang. Makin tua makin selam...
PS : Ini HANYA berdasarkan permehatian penulis. Jika ada sebarang kekeliruan atau percanggahan, ia hanyalah sekadar pandangan peribadai penulis yang masih lagi belajar memahami ayam serama

Monday, October 22, 2012

Muka putih...

Semalam STM ada upload 3 ekor bakal induk reban yang ada ciri-ciri putih dekat mukanya. Hari ini STM kongsikan pula 2 ekor jantan yang mempunyai ciri yang sama di mukanya.

Tak tahu macam mana jadi ayam nie. Tunggu je lah. 

Ini pembaka bloodline Tok Uban yang setia di reban STM (ekor tengah meluruh).  Insya Allah
ada masa, STM upload gambar induk-induk pure dari bloodline ibu tempang Tok Uban Syawal... 

Untuk dijual...

Ayam baru masuk muda. Belum betul-betul galak. Dari bloodline yang sudah dipilih. Ayam seperti gambar di bawah. Kalau berminat sms STM 012-6990793.




Sunday, October 21, 2012

Induk STM

Inilah induk-induk yang sudah hampir 'siap' untuk dimasukkan dengan pembaka STM. Tahap 'berlunjur' sahaja. Tapi STM ambil induk ini kerana ciri-ciri bloodline yang ada pada darahnya. Balung sederhana, bulu rapat dan bersih, cutting yang sederhana dan kena dengan citarasa STM.

Jadi atau tidak bukan kerja kita..tapi usaha dan sedikit ilmu yang ada Insya Allah mampu memberikan hasil yang boleh diharapkan.

Cukup syarat... tapi balung ada sikit besar. Bloodline dia balung sesuai dengan muka.
Cuba dulu
Dengan yang bawa sama bapak dan ibu. Jenis tinggi sikit dan bulu kemas.

Kalau perasan, ketiga-tiga induk ada putih di keliling muka. Tapi bloddline dia dah cross
Inilah bapak muda yang sama bloodline dengan induk di atas.  Tapi STM masukkan induk -induk di atas dengan Bapak pembaka yang lain. 

Thursday, October 18, 2012

"Jalan-Jalan Cari Makan" di Serama Park

Beberapa hari yang lepas, saya dan saudara Maizal dijemput ke Serama Park oleh Pok Ki (Abang Marzuki)  untuk menyaksikan rakaman program terbitan TV3 iaitu "Jalan-Jalan Cari Makan".

Sempat juga mencuri sedikit masa walau sms jemputan datang 'last minute'

Yang meriahnya, sesi 'makan-makan' yang biasanya menjadi inti progam tersebut seolah menjadi acara promosi memperkenalkan ayam serama..hahahaha.

Tidak sangka, seleberiti juga pelakon iaitu Iqram Dinzly yang mengacarakan program tersebut merupakan seorang peminat haiwan-haiwan peliharaan terutamanya haiwan dari kategori unggas.

Beliau nyata 'jatuh cinta' dengan kecantikan dan keunikan ayam serama.

Di bawah adalah beberapa foto yang sempat dirakamkan. 

Itu dia...sempat juga bergambar bersama selepas puas bersembang panjang.
PS : Peramah juga budak Iqram nie...

Sesi rakaman yang sedang berlangsung.. Makan Sup Serama...pergggg
Gaya Seleberiti. Seorang Pelakun dan seorang lagi Pencinta Serama
(Sumber Foto : FB Raja Serama)

Aksi Iqram di rumah Pok Ki... (sempat juga berkunjung di rumah  Pok Ki)
(Sumber Foto : FB Raja Serama)

Monday, October 15, 2012

Berlunjur pun berlunjurlah...Alhamdulillah

Menghasilkan ayam serama yang cantik bergaya memang menjadi idaman semua peminat seni kecantikan ayam serama. Tetapi yang menyebabkan hobi ini menjadi unik dan mencabar adalah bukan semua hasil dari reban akan mengeluarkan ayam yang cantik bergaya. Dan kita juga tidak tahu samada anak-anak yang ditetaskan di reban bakal menjadi 'peluru' berbisa si penternak ataupun tidak.

Dalam memelihara serama; SABAR adalah salah satu dari intipati yang perlu ada di dalam diri seorang peminat.

Kalau sebelum ini, blog banyak berkongsi gambar ayam berstatus 'cantik bergaya'. Hari ini saya akan membuka sisi lain yang selalu tidak ditunjukkan oleh seseorang penternak. Ayam berlunjur ...

Pengalaman berjalan-jalan di reban, memang banyak hasil ayam yang belum jadi atau istilah ' tidak jadi' berada di dalam reban penternak. Cuma yang selalu ditonjolkan adalah yang sudah 'siap' atau sudah cantik.

Di bawah ini adalah 3 ekor serama di rumah STM (asing dari reban ternak) yang masih lagi belum tahu apa jadinya nanti. Tetapi kerana kita sudah tahu susur galur bloodline-nya, paling tidak ia masih berpotensi menjadi bapak reban hehehehe.


Kelabu ( ada bloodline balung halus ekor kelabu dan juga tok uban pure )
Kuning pula sudah semakin galak (bloodline muka putih -tok uban dan bapak kuning  reban)

Ciri yang sama ayam berlunjur ini :- balung nipis dan kecil . Muka pucat  termenung aje

Sama juga...balung nipis dan muka betina pucat hahaha

Tepuk-tepuk tangan...barulah nak naik badan sikit..Alhamdulillah

Blog sebagai pentas perkongsian...

Di kala ramai pelayar internet memilih Fesbuk sebagai tempat bersosial dan membangunkan jaringan, saya pula lebih selesa untuk menjadikan blog sebagai tempat perkongsian. 

Memang saya juga agak aktif 'mengemaskini' Fesbuk saya, tetapi dari segi kandungan dan gambar-gambar, saya lebih suka menjadikan blog sebagi tempat saya merakam momen dan cerita tentang hobi saya menternak ayam serama. 
Facebook Serama Telok Mas
Ianya tidak lain dan tidak bukan kerana blog mempunyai muka surat (page) yang lebih tersusun ibarat sebuah jurnal yang mampu mengumpul catatan pengalaman yang saya lalui  berbanding fesbuk yang lebih sesuai dijadikan tempat merakam maklumat pendek dan pantas.

Berdasarkan sambutan yang agak baik sepanjang lebih setahun perkongsian saya di blog ini, saya bercadang menjadikan blog ini lebih aktif dan berperanan menjadikan tempat perkongsian cerita dan informasi tentang ayam serama yang sepatutnya diangkat sebagai ikon unggas warisan Malaysia.

Walaupun Malaysia sudah mempunyai haiwan warisan sebagai simbol negara iaitu Harimau (Malaya), saya berpendapat, ayam serama berpotensi di jadikan sebagai unggas warisan Maaysia lantaran asal usul ayam ini di-hybrid di Malaysia (secara lebih tepat di Kelantan).

Maka, sebuah pentas yang sesuai patut dibangunkan untuk menyediakan sedikit sebanyak maklumat tentang ayam serama yang boleh dikongsi bukan sahaja untuk peminat lama dan baru, tetapi juga untuk mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut bagaimanakah yang dikatakan sebagai ayam serama Malaysia.

Pertandingan serama di Thailand
(Courtesy by FB Deva Serama)
Sekarang ini, semakin banyak negara yang mula menyedari bahawa Malaysia mempunyai sejenis unggas kecil yang cantik bergaya yang dikenali sebagai SERAMA. Jika kita rajin melayari internet, kita akan mendapati negara seperti Thailand, Indonesia, Filipina, Kemboja, Myanmar, Turki, Belgium dan banyak lagi negara yang mula mempunyai ramai penternak atau mereka yang mula berjinak-jinak untuk memelihara ayam serama. Sebagai salah seorang peminat ayam serama, kita patut berbangga dengan perkembangan ini.

Mereka inilah yang sedang mencari sebanyak mungkin maklumat tentang ayam serama dan juga perkembangan terkini tentang ayam serama di negara asalnya iaitu Malaysia. Tetapi jika tidak ada satu platform di mana informasi tentang serama dicatat dan dikumpul secara berterusan, pasti ia menjadi satu kerugian besar kepada pembangunan hobi unik ini.

Justeru, saya amat berharap agar blog ini mampu menyediakan sedikit sebanyak maklumat dan dapat juga mempromosikan perkembangan ayam serama di Malaysia. Apatah lagi, jika dibandingkan dengan hobi memelihara haiwan  kesayangan (pets) yang lain, hobi ayam serama ini masih lagi jauh ketinggalan dari pelbagai sudut berbanding  pets yang lain.

Dengan itu, moga apa yang mampu saya kongsikan di blog ini di harap dapat memeriahkan lagi dan memberi manfaat buat perkembangan ayam serama di sentaro dunia. Menyedari bahawa ini hanyalah sekadar satu hobi, pasti banyak pekara yang sukar untuk saya penuhi.

Sunday, October 14, 2012

Pembaka Ara Reban TM

Inilah bapak pembaka yang STM gunakan untuk 'proses' produk reban STM untuk warna ara. Bapak nie asal rumah kawan STM di Dungun. STM paling suka 'perangai'-nya yang aktif kebas dan lonjak.

Walaupun baru sahaja STM keluarkan dari induk, tetapi aktif kebas yang STM perhatikan menjadi ciri-ciri aslinya. Cutting 'slim' tapi tinggi sederhana sahaja.

STM silangkan dengan induk dari darah yang dekat dengan pembaka ini.  Yang pasti induknya dari susur galur aksesori yang menarik.

Nanti STM 'update' perkembangan hasil 'breeding terkawal' ini...


Thursday, October 11, 2012

Jalak

Salam...

Jalak ini ayam saiz A. Memang jenis aktif kebas atas meja. Pernah no 2 kategori ABS bon Melaka (jan).
Baru sahaja lepas keluar dari Induk. Insya Allah dalam bon terdekat ini kalau sempat memang nak bawa keluar bon...




Monday, October 8, 2012

Dari Telok Mas....

Inilah rupa reban STM (gambar di bawah) yang masih dalam proses ubahsuai lagi. Takat ini dalam 60 peratus siap. Buat sendiri aje. Mungkin dalam sebulan lagi baru puas hatilah. Tapi yang penting, STM sudah dapat pindahkan ayam-ayam STM yang sebelum ini disimpan dalam sangkar besi dekat rumah taman STM.

Mungkin 'jiwa' STM yang kuat nak fokus pada 'breeding', maka satu kepuasan bila dapat buat reban besar dan luas untuk pembaka STM.

Takat nie ada 3 reban agak luas yang STM sudah buat khas untuk pembaka pilihan STM. Masa berkunjung di reban kawan-kawan di Dungun memang STM jealous gak tengok ada pembaka sampai dekat berbelas induknya (bertuah betul jantan tue).

Jadi di reban STM pun, STM nak masuk induk banyak sikit hahahaha

Takat ini STM masuk pembaka yang ada dan tambah induk pelahan-pelahan. Tapi Alhamdulillah, masalah induk tak nak mengeram yang STM hadapi sebelum ini nampak macam nak selesai selepas 3-4 ekor induk sudah mula masuk mengeram. Ada juga yang sudah menetas.

Sebelum ini STM guna incubator tapi banyak anak yang 'lemah' fizikal dan cacat juga. Jadi STM nekad biar je induk-induk di reban mengeram....

Jadi apa lagi...? Asyik kongsi gambar reban orang sahaja, kali ini STM nak kongsi gambar reban Telok Mas buat pembaca blog ini. Nanti bila siap sepenuhnya STM akan kongsi sekali lagi di blog ini...


Inilah rupa stor yang ditukar menjadi reban. Sekor bapak dengan  induk-induknya

Bapak inilah yang menghuni bilik stor. Ada 2 ibu mengeram dan ada yang mula bertelur

Bapak muda ekor kelabu STM. Macam mana jadi..waallahu alam...

Bapa muda juga. STM minat 'cutting' dan aksesorinya 

Reban kecil-kecil. 

Pembaka Kubing STM...

Ada yang sudah 'melamar' induk ini. Ikut rezeki....(SOLD)

Anak reban STM yang baru. Dua-dua jantan. Hari ini pun ada yang menetas lagi

Ini rinting 'pelangi mas' STM. Gambarnya memang menjadi 'profil pic' STM di Facebook sejak awal lagi.

Lawan tiang hehehe. Cobra in Action....(jadi pembaka sepenuh masa)
Tapi tetap aktif kebas..

Gemunggal

Sunday, October 7, 2012

Sri Gemunggal

Sri Gemunggal (SG)...baru nampak nak galak...Alhamdulillah. Tengok macam mana perangai dia. Sejak mula berkokok nie, dah mulalah dia 'bangun' selalu hahahah.

Lama dah STM idamkan Ara cutting macam nie. Terima kasih, ada juga rezeki nak tengok petang-petang buat layan penat badan.