Ini artikel terakhir saya dalam lawatan saya ke Dungun. Pengalaman melawat reban orang lama terutama 'pure breeder' atau penternak ayam serama, banyak memberi input dan idea berguna buat saya terutama dalam proses saya menternak serama dan memperbaiki struktur reban saya di Telok Mas Melaka.
Walaupun ada juga beberapa buah rumah penternak serama lagi yang saya jengah, tetapi mungkin di ruangan yang lain kalau sempat saya kongsikan ...Insya Allah.
Reban Pok Lie Daging
Namanya sudah terkenal kerana hasil rebannya yang 'consistent' dalam mengeluarkan 'peluru-peluru' buat pertandingan. Walaupun nama beliau tidak pernah tercatat dalam borang pendaftaran bon, namun ayam seramanya tetap sampai ke bon kerana di bawa oleh tidak lain dan tidak bukan sahabat rapatnya iaitu Pok Eid.
Malangnya kami tidak berkesempatan melawat kandang utama tempat Pok Lie menternak pembaka berbisa yang banyak menghasilkan serama yang mendapat kedudukan di serata bon di Malaysia (kandang utamanya menternak serama dikatakan terletak di ladang lembu daging beliau).
Hanya reban di rumahnya sahaja yang jadi tempat kami melihat sedikit sebanyak reban yang menyimpan beberapa ekor pembakanya.
Reban belakang runah Pok Lie. Ini HANYA reban untuk burung merpati beliau dan sedikit pasang seramanya |
Beborak dalam kandang ...hahahaha |
Tue dia....merpati tu. |
salah seekor pembaka Pok Lie... |
Ini rumah Pok Zaki Dungun..sayang beliau tidak ada di rumah |
Reban saudara Amer atau dikenali dengan Serama Penyu di FB... |
Terima kasih daun keladi....ada rezeki kami berjalan lagi ke rumah sahabat breeder yang lain. (sebenarnya ada banyak lagi rumah yang sepatutnya saya singgah...tetapi kekangan masa menyebabkan hanya beberapa rumah sahaja yang sempat saya sampai. Salah satu rumah yang saya agak terkilan tidak sempat pergi adalah ke rumah Pok Syawal yang terkenal dengan Tok Ubannya. Insya Allah...
On the way balik....beli kepok buat ole-ole |
No comments:
Post a Comment