Saturday, June 1, 2013

Untuk dijual..

Ayam ini milik sahabat saya. Jika ada yang berminat boleh sms saya di 012-6990793.

Ayam remaja...Kating dah ada tunggu perangai baru tahu jadi macam mana..


Monday, May 27, 2013

Cerita dari reban...

Assalam buat semua rakan pembaca blog ini...

Agak lama juga saya tidak dapat menulis panjang sedikit di blog ini. Sebulan ini...urusan kerja dan banyak kerja-kerja lain menyebabkan badan jadi letih dan otak pun agak kepenatan. Jadi , masa untuk online pun agak terbatas...cuma buka sambil lalu sahaja.

Walau bagaimanapun, reban serama masih tetapi diberi perhatian...:-)

Saya dapat juga pertanyaan dari sahabat yang mengikuti blog ini..mereka tanya kenapa tidak ada update terkini cerita dari reban. Hahaha...mereka ingat saya dah slow dah bela serama nie.

Sebenarnya masih sibuk juga melayan kawan-kawan yang agak ramai juga yang datang menziarahi reban saya yang tidak seberapa pun. Berbanding dengan reban orang-orang yang sudah lama bela serama, saya rasa masih kecil dan jauh dibandingkan dengan sahabat yang sudah berbelas tahun-tahun membela serama. Tetapi saya hargai juga sahabat yang bertandang di reban saya walaupun kebanyakannya pun adalah mereka yang masih baru meminati ayam serama.

Sekarang ini...hasil dari reban agak memuaskan. Banyak juga anak-anak ayam yang tetas di reban. Cuma saya tidak berkesempatan untuk upload gambar anak-anak tersebut. Insya Allah...ada kelapangan saya akan kongsikan gambar-kambar anak yang semakin bertambah besar ini...

Buat masa ini, saya kongsikan cerita terkini dari reban Telok Mas....

Pembaka sepenuh masa - Jaguar
Pembaka yang mempunyai aksesori yang mantap..
Pembaka dengan gaya kebas yang aktif...
Walau dah tua...masih mampu menurunkan waris. 
Berbelas ekor adalah betina. Ada sekor jantan jadi ketua..
Aksesori ekor terbaik yang hendak diturunakn pada waris hehehe
Ini anak-anak yang belum dibenarkan turun reban atas tanah....
Anak b yang tunggu perangai...



Induk yang berjasa...sekor ini sahaja lah yang tinggal di reban saya. Darah asal dari reban Pok Shim Ganu. Ada kuat darah Mat Awang..
Belum datang perangai lagi...

PS : Ada banyak lagi ayam yang belum dapat di update...nanti free saya akan kongsikan di blog ini////

Monday, May 20, 2013

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...berkat kesabaran, Johan kategori Anak B Bon Tesco Melaka semalam.
Tahniah...Johan Anak B
Dari bloodline kubing. Gambar di bawah adalah Luk7 yang juga berasal dari bapak
yang sama.
Luk7 ...dah lama tak ada dalam reban saya dah..
Gambar hiasan : Hero reban yang malu sebab belum dapat turun bon...

Sunday, April 28, 2013

Anak b nak lepas (sudah dijual)



Ada sepasang yang Stm nak lepas. Jika berminat boleh hubungi 0126990793

Thursday, April 25, 2013

Koleksi Pembaka "Kuning" ..

Selain dari 3-4 ekor pembaka berwarna Ara atau 'gelap' yang Stm guna di reban (cuba cari artikel yang terdahulu), Stm juga menggunakan beberapa bapak pembaka yang berteraskan warna kuning. Ada pembaka ini adalah dari generasi asal pembaka yang Stm gunakan dahulu.

Selepas bapak asalnya mati, anak-anak pelapisnya telah menjadi pewaris baru di reban Stm. Maknanya, jika dicampur-campurkan...ada hampir 8-9 ekor bapak pembaka yang aktif menghasilkan pewaris baru di reban Telok Mas.

Kalau dari sisi pembaka Induk betina, Stm tak pasti ada berapa ekor...mungkin puluh ekor kot. Dari bloodline kebanyakkannya, Stm dah pilih dan tapis.

Setakat ini, hasil yang keluar dari pembaka ini memang Alhamdulillah. Ada yang bercutting, ada yang berlunjur dan ada yang menyembab heheheh. Ini memang lumrah dalam breeding. Yang penting 'istiqamah'.

Buat masa ini, Stm memang tidak ada masalah dengan bilangan ayam yang Stm bela. Ini kerana kawasan yang Stm guna untuk breeding memang agak luas. Masalah Stm cuma masa yang agak terhad. Tapi kerana ini memang hobi dan minat kita, Stm tetap luangkan masa dalam sehari untuk datang memberi makan dan merehatkan otak yang kadang penat bekerja setiap hari.......

Nanti aada masa, Stm ambil gambar anak-anak hasil pembaka di reban ini....



Add caption
m
Anak-anak a
anak b siap...

Monday, April 15, 2013

2 ekor induk betina remaja untuk dijual.. (sudah dijual)

Stm ada 2 ekor ayam betina remaja dari bloodline ara reban yang nak lepas. Ayam betina ini dari baka-baka yang Stm sudah tapis dari pembaka di reban. Bentuk memang untuk breeding bukan untuk tanding. Kalau berminat, boleh sms Stm di no nie 012-6990793.

Nanti Stm upload gambarnya jika sempat...

Nise hangus yang makin galak....

Gaya 2-3 minggu yang lepas
Masih belunjur tapi makin rajin mengebas dan rajin menegak...
Stm memang tunggu ayam nie siap muda...
lama lagi kot...
Harap-harap ayam nie galak bila siap muda nanti. Gaya kebas dan aktif
hampir 'seiras' dengan pembaka kesayangan Stm-Cobra


Saturday, April 6, 2013

Dari 'bloodline' warna gelap reban...

Sekarang ini memang Stm agak sibuk sedikit dengan urusan meniaga dan bisnes yang lain. Jadi kadang kala memang ada niat nak kongsi info panjang sedikit kat blog ini, tetapi lantaran badan yang penat dan minda yang letih, Stm tidak dapatlah menulis panjang lebau (pelat orang melaka).

Bagi kawan-kawan yang rajin mengikuti blog ini, Stm ucapan terimakasih banyak-banyak. Juga ada yang sms dan telefon bertanyakan khabar sambil rajin bercerita tentang hobi serama nie. Maaf buat 'call' yang kadang kala Stm tidak sempat nak 'pick up'. Sibunk kadang kala hehehehe.

Bagi yang sudi singgah dan melawat reban, Stm segan juga kerana suasana reban yang tidak se-gah seperti reban kawan-kawan serama yang lain. Tapi Stm syukur juga kerana ada yang sudi berkunjung sambil mengeratkan silaturrahim sesama kita. 

Di bawah ini Stm kongsi gambar adik beradik seibu dan sebapak dari bloodline warna ara reban. Memang Stm guna 3-4 bapak pembaka warna 'gelap' dengan koleksi induk yang pelbagai. Dari yang darah dekat hingga yang jauh talian bloodline-nya. 

Warna kuning pun macam itu juga...3-4 bapak dari bloodline yang stm sudah tapis. Dah campur beberapa baka yang Stm minat. Ada masa, Stm kongsi gambar pembaka kuning reban nanti.

Adik beradik dengan gaya tersendiri.
Seekor belum galak dan seekor lagi dan lempar sayap selalu...
Cutting dan warna bulu yang Stm cukup minat (manisan hangus). Tapi belum bangun lagi. Stm target
sebulan ini datang lah perangai dia....

Monday, April 1, 2013

Alhamdulillah...bolehlah


Dah nak masuk anak b. Tapi tak pisah dengan  adik setelur nya
Biar lambat asingkan sikit asal selamat. Yang ini memang Stm nak simpan dulu. Ada seekor
saing dia dah diambil sahabat dr Subang..

Muda dah siap. Cutting ada, aksesori pun alhamdulillah. Tapi perangai belum betul galak. sesekali je dia
dia buat. Muka masih sejuk lagi...
Kena tunggu lah....