Monday, October 31, 2011

Terkini : Bon Bangi 26.11.2011

Terkini : Bon Bangi Selangor

Tarikh ": 26hb Nov 2011

Nota : Maklumat terkini dari beberapa sumber memberitahu editor bahawa masih belum dapat dipastikan samada Bon ini dapat dijalankan.
Sebarang maklumat akan dikemaskini dalam masa terdekat.
Sekian. Terima kasih

Editor Blog Serama Malaysia

Koleksi Abg Jan (Pok Jang)









Saturday, October 29, 2011

Bon Melaka 291011 (Anjuran bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Melaka)-Updated

Aksi 'Terbaik" BOTB : "Raja Melaka" & Abg Khaled Tanjung Minyak (yang bertepuk tangan)

Alhamdulillah...semalam selesai satu lagi Bon anjuran bersama antara Kelab Peminat Serama Melaka dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Melaka yang dilangsungkan di Dataran Air Keroh. Suasana bon berjalan dengan baik dengan sambutan dari peserta yang hadir amat menggalakkan walapun berlangsung satu lagi bon di Melor Kelantan.

Dengan sokongan yang baik dari Jabatan Veterinar, bon kali ini di langsungkan sempena Hari Peladang dan Penternak.

Kehadiran 'breeder' otai seperti Pok Lias Jelebu, Hj Iskandar, Cg Hatta, En Sayuti dan ramai lagi breeder terkenal seperti Khairul RC, Ijan Serama negeri, Geng Kajang, , Serama POS, Serama Jengka tambah menghangatkan suasana bon hari tersebut.

BOTB kali ini dipegang oleh "Raja Melaka" serama breeder otai Melaka iaitu Abang Khalid Tanjung Minyak.
BOTB : Raja Melaka (Khalid Tanjung Minyak)

Di bawah ini adalah sebahagian suasana yang dapat ditangkap oleh lensa saya....

Baru sampai untuk bersaing...masing-masing dengan pelurunya

Geng Serama Kajang nampak serius dengan Abg Jan Telok Mas
Di belakangnya geng serama telok mas - saudara Maizal sedang berkongsi info dengan serama jengka

Aksi : "....kalau tak silap ayam Pok Lias"

Induk selam dari Geng Telok Mas..hehehe

Nampak serius je Tuan Farid Kuala Ibai aka Serama Melaka (FB)

Barisan "Otai"

"Apa tengok tue bang..."


Geng penganjur ...Rahman Persona

Monday, October 17, 2011

Seni Gambar....

Antara gambar dan serama...'A Moment"
"hello...."

Nota : Walaupun ayam ini bukan juara di atas meja...tetapi ia adalah juara di hati si kecil Najehah (ini ayam iman...).

Tuesday, October 4, 2011

Bon Penang 22.10.2011

Salam....

Kepada semua peminat2 ayam serama , kami Penang Serama Club akan menganjurkan Pertandingan Kesenian Dan Kecantikan Ayam Serama yang akan di adakan pada :

Tarikh : 22.10.2011
Tempat : Dewan Serbaguna Simpang Empat Permatang Buluh
Masa : 8.00 pg - 5.00ptng

Katagori yg di pertandingkan :

Serama A , Serama B , ABS , Muda , Remaja , Induk , Serama Anak A 110gm kebawah dan Serama Anak B 140gm kebawah..

Hadiah setiap katagori:

Johan : RM 150.00
Ke 2 : RM 100.00
Ke 3 : RM 80.00
saguhati RM.30.00 dan seterusnya 30% dari penyertaan....

Cabutan Bonanza RM 300.00
Cabutan Bertuah RM100.00 x 1 cabutan
RM50.00 x 4 cabutan
Hamper 10 buah.

Best Of The Best RM 100.00 berserta piala

sebarang pertanyaan sila hubungi:

Abg Mei Kebab 0134300693 Majidi @ Dee Poli 0194340968
Che Mat Kulim 0194627481 Pak Su Nazri 0174303680
Mizi Penaga 0125606004 Cikgu Zul 0174630046
Bro Jas Penang 0164577361

Monday, October 3, 2011

Bon Kodiang Okt 2011

Pertandingan Bon Kecil di SMK Megat Dewa. (Hari Ko-Kurikulum)

Tarikh : 15 Okt 2011 ( Sabtu )
Tempat : SMK Megat Dewa, Jln Kodiang, Kodiang.
Tutup Penyertaan : Jam 2 ptg

Yuran penyertaan : RM 25

Kategori

1. Serama anak A ( bawah 100gm )
2. Serama anak B ( bawah 140gm )
3. Serama remaja
4. Serama muda
5. Serama A
6. Serama B
7. Serama tanpa lawi
8. Serama induk / Betina

Hadiah

Johan : RM100 .00
N.Johan RM 80.00
Ke 3 : RM 60.00
Saguhati : 30% Penyertaan

Bonanza
1 set mini home theatre
2 buah dvd
Cabutan bertuah
Toto =5x cabutan
Barangan Elektrik =5x cabutan
10 hamper

Syarat-syarat pertandingan

1- Hadiah saguhati 30% dari penyertaan setiap kategori
2- Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan, kematian atau kerosakan disebabkan menyertai
pertandingan ini
3- Keputusan pengadil adalah muktamad

Hubungi
1- Fauzi = 0174205616
2- Cikgu Dee = 0125569221
3- Ghani kraftangan = 0194176090

Sumber : Blog SG100

Friday, September 30, 2011

Hebahan Umum : Bon Melaka 29.10.2011

Gambar Hiasan
Salam kawan-kawan semua,

Insyallah satu pertandingan serama bakal kami anjurkan di Melaka sempena hari peladang 2011,apa2 berita terkini tentang pertandingan tersebut akan kami maklumkan kerana kami hanya masih berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Melaka mengenai hadiah,

Tarikh : 29.10.2011 (Sabtu)
Tempat :Dataran Sejarah,Melaka (Bersebelahan dengan zoo melaka)

Terima Kasih,

Abdul Rahman (Lang Persona)
Kelab Peminat Serama Negeri Melaka
012-6845884

Sumber : Blog Rahman Persona

Wednesday, September 28, 2011

Pertandingan Ayam Serama Pupuk Semangat 1Malaysia


Bon Melaka..25 September 2011
Liputan oleh akhbar Melaka Hari Ini..akhbar milik penuh Kerajaan Negeri Melaka
Terima Kasih atas sokongan anda semua..

Sumber : FB Serama Melaka

Friday, September 16, 2011

Hebahan Umum : Bon Melaka 25.09.2011

Salam..kepada peminat serama yang akan datang ke Bon Melaka..
silalah menghubungi nombor urusetia di talian ini:

Khalid : 0166654929
Rahman : 0126845884
Nidi : 0126351054
Zaini : 0124523211
Bob : 0123231076
Azmi : 0102645269
Farid : 0199000494


Lokasi: Tanjung Minyak ..area warung nidi juga cuma depan skit jer. lokasi
bon....tu yg suruh tel tu.....

Kepada semua yang datang di ucapkan terima kasih.....
Sumber : Serama Melaka aka farid

Thursday, September 8, 2011

Bon Melaka 25.09.2011


Jemputan ke pertandingan serama bon sederhana di Melaka pada 25.09.2011.
Yuran RM 30 sahaja.

Hadiah wang tunai 30% dari jumlah ayam yang dipertandingkan bagi setiap kategori..
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi telefon Abg. Rahman (Lang Persona) : 0123874898 atau Abg. Nidi: 0126351054.....

Pakat mari bawa seekor dua...mana tahu ada rezeki anda semua....sekian terima kasih.

Sumber : Serama Kuala Ibai (Tuan Farid)

Friday, August 26, 2011

Breeder : AD Serama Farm

AD SERAMA FARM telah ditubuhkan pada 19 Feb 2009 merupakan sebuah syarikat Bumiputra yang menjalankan perniagaan pembekalan bagi memenuhi permintaan terhadap sektor permintaan ayam serama. Kami berasa bangga kerana mampu membuka sebuah syarikat bagi menjalankan perniagaan menternak ayam serama.

AD SERAMA FARM ditubuhkan bagi memenuhi permintaan terhadap Haiwan Peliharaan, yang mana sejak kebelakangan ini, permintaan adalah tinggi untuk ayam serama .

Pihak kami bercadang menjadi sebuah syarikat penternakan ayam serama yang dapat membekal Ayam Serama yang berkualiti di kawasan Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan dan Perak serta amnya untuk semua peminat di seluruh Malaysia.

AD SERAMA FARM
adalah sebuah syarikat yang dipegang oleh 100 % bumiputra, syarikat ini diterajui oleh En Azahar Ngah sebagai Pemilik Syarikat. Syarikat kami juga mengadakan usahasama dengan 2 buah syarikat yang lain iaitu AD PET SHOP dan AD BREEDER ANIMAL, bagi memperluaskan lagi perniagaan kami.

AD Serama Farm boleh dihubungi di alamt berikut :

AD SERAMA FARM
NO 24, LORONG SYAHBANDAR 7,
TAMAN SYAHBANDAR HUSSEIN
28700, BENTONG PAHANG.

ATAU EMAIL:
adserama@yahoo.com.my / azaharngah@yahoo.com.my