Thursday, June 14, 2012

Pelapis Telok Mas..


Jantan remaja...tunggu siap dulu. Pelapis reban Telok Mas

Induk remaja ini milik kawan reban telok mas..Jang Dungun

Tuesday, June 12, 2012

Jemputan Bon Melaka Julai 2012


LOKASI : SERAMA PARK DURIAN TUNGGAL MELAKA
Sumber Gambar : Facebook Raja Serama (Terima Kasih Pok Ki) 
Sumber : FB Raja Serama

Friday, June 8, 2012

Antara Ayam Cantik dan Ayam Juara


Terdapat perbincangan di dalam Fesbuk tentang apakah faktor-faktor yang telah berhasil melahirkan seekor ayam serama yang cantik bergaya dan menjadi juara di dalam bon-bon yang dijalankan di seluruh Malaysia.

Sebagai salah seorang peminat keunikan ayam serama, STM juga ingin mengetahui rahsianya

Terdapat pelbagai faktor yang patut diberi perhatian di dalam proses menghasilkan ayam serama yang bukan sahaja cantik tetapi juga bakal bergelar "Sang Juara"(Champion). Terdapat banyak pendapat, dari faktor rezeki, bloodline (susur galur keluarganya), latihan, penjagaan sehingga kepada faktor pemain (player) itu sendiri yang dikatakan sebagai faktor yang penting.

Apa yang STM perhatikan, terdapat dua (2) jenis ayam serama. Satu yang CANTIK dan satu lagi yang bergelar JUARA. Di dalam pertandingan atau bon-bon , hampir kebanyakan ayam yang bertanding boleh dikatakan ayam serama yang cantik. Pada STM, ayam yang dipertandingkan sudah semestinya cukup cantik atau sudah semestinya antara yang terbaik di reban pemain ayam serama tersebut.

Mempunyai ayam serama yang cantik memang bukan pekara yang susah sebenarnya. Jika mampu dan tidak 'kedekut' untuk melaburkan sedikit wang dan juga rajin melawat reban-reban penternak serama yang tegar, kita sudah boleh memiliki ayam serama yang cantik. Malahan di dalam Fesbuk juga STM dapati hampir kebanyakan gambar yang dimuatturun adalah ayam serama yang cantik. 

Tetapi STM mepunyai pendapat (ini adalah pandangan peribadi sahaja), ayam yang cantik sahaja belum tentu akan bergelar juara jika satu lagi faktor utama ini tidak diambil berat.

STM dapati faktor siapakah pemain atau siapakah pembawa ayam serama itu adalah salah satu faktor utama yang akan mampu menukar seekor ayam yang cantik bertukar menjadi seekor ayam Juara. Jika kita perhatikan, nama-nama player seperti Pok Eik, Hairi Sik, Mie Kebab, Pok Lias, Tolib Bidong, Cikgu Lah Vistana, Cikgu Ade dan beberapa nama lagi (maaf jika ada yang tertinggal) sentiasa konsistan dalam mendapat ranking teratas di dalam kebanyakan bon yang mereka sertai.

Walaupun ada peminat yang mengatakan soal baka atau bloodline adalah faktor terpenting, STM masih mempunyai pandangan yang berbeza. Bloodline hanya menghasilkan ayam yang cantik mengikut ciri-ciri pembaka atau bloodline-nya. Tetapi baka sahaja belum cukup untuk menghasilkan seekor sang juara.

Jika kita perhatikan baka -baka yang popular seperti Sami Gila, Submerin, Tok Uban, Besi Buruk, dan beberapa lagi, hanya pemain-pemain yang tertentu sahaja yang mampu membawa ayam baka tersebut menjadi juara. Walhal, hampir kebanyakan dari kita sudah memiliki dan mampu memiliki bloodline (jenama)  serama yang telah disebutkan di atas. Tetapi kenapa HANYA nama-nama player tertentu yang kerap mendominasi ranking utama di setiap kategori serama yang dipertandingkan?

Inilah yang STM maksudkan, faktor siapakah pemain atau player yang merangkumi pengalaman, kemampuan melihat potensi ayam, rahsia penyediaan ayam untuk ke pertandingan, penjagaan, kekemasan  dan tips-tips yang mungkin perlu digali dan dikongsikan oleh player yang selalu bergelar juara ini supaya diketahui. 

STM percaya hanya peminat yang rajin belajar dan mencari informasi di kalangan otai ini mampu menghasilkan ayam serama yang berkualiti dan bergaya di atas meja. Tanpa ilmu dan teknik yang betul seorang pemain serama akan hanya MENGHARAPKAN faktor nasib di dalam pertandingan yang disertai.

Kerana itulah terdapat beberapa jenis peminat ayam serama. Ada hanya seorang penternak yang menghasilkan serama yang cantik. Ada peminat yang menjadi penjual serama yang cantik. Ada pula peminat yang menjadi pengadil dalam mengadili ayam serama yang cantik dan ada juga yang berminat menjadi penganjur ayam serama yang cantik. 

Tetapi satu lagi peminat yang sering dicemburui kerana kerap mendapat kejayaan iaitu pemain atau player yang membawa ayam serama yang bukan sahaja cantik dan tetapi juga bergelar JUARA!


BOTB Gopeng baru ini - Khairi Sik (Beliau kerap menang dengan ayam yang berlainan  warna)
(SUMBER GAMBAR : Facebook Hafiz Demons Seram -Terima KAish)

Thursday, June 7, 2012

Bon Pemanas Badan- Melaka Julai (sebelum bon besar Kenyir & Alor Star)


Nota dari Kelab Peminat Ayam Serama Melaka (KPSM)
Salam kwan2,insyallahf stelah di nilai dri sgala aspek dn dmi peningkatan serama di selatan dn wilayah tgh,kami dri kelab serama melaka insyallah akan mganjurkan satu ptdgn bon kecik pada 01.07.12,di serama park,durian tngal melaka,sbgai bon testing sblum bon bsar kenyir.

Sumber : MukaBuku (FB) Saudara Rahman Persona

Tuesday, June 5, 2012

Pembaka Untuk dijual... (bloodline Tok Uban) - SUDAH DIJUAL/SOLD

Seekor pembaka dari bloodline Tok Uban hendak dilepaskan. Jantan ini sesuai untuk jadi Pembaka sahaja kerana ada mempunyai masalah tungku senget sedikit. Tapi tidak ada masalah untuk jadi Pembaka. Nak lepas murah sahaja. (Sudah mempunyai beberapa pelapis dan pembaka dari bloodline yang sama).

Hubungi 012-6990793. Terima Kasih.



Ini adalah gambar terbaru pembaka ini





Ini adalah gambar semasa muda... (termasuk juga 3 gambar di bawah)




Tuesday, May 29, 2012

Breeding Serama...

Bila dikira-kira, belum cukup lagi setahun saya aktif semula 'berserama'. Kira kalau mahu diberi perlambangan, ia ibarat budak baru nak bertatih jika dibandingkan dengan otai-oatai yang lain. Tetapi dalam tempuh sependek itu, macam-macam 'warna dan warni' tentang dunia serama ini yang dapat saya perhatikan.

Baik dari sisi pemain (player), penganjur bon, penternak , pengadil dan juga peminat tegarnya. Tetapi kita perlu realitik kerana di dalam mana-mana industri pun kita akan berjumpa pekara yang hampir sama. Tidak ada apapun yang perlu dirisaukan. Yang penting terus pandang ke depan. 

Karnival Kucing Cantik yang mendapat slot pameran 2 hari
di Hari Perhimpunan Sejuta Belia Malaysia baru-baru ini.
(di mana tempat ayam serama sebagai ikon negara..?)
Serama sebagai haiwan kesayangan (pet) bukan seperti pets yang sudah lebih ke depan seperti kucing ataupun ikan hiasan. Buktinya, makanan kucing boleh kita perolehi di hampir kebanyakkan pasaraya mahupun pasar mini. Manakala kedai-kedai ikan hiasan boleh kita lihat tumbuh merata di taman-taman perumahan, mengambarkan besarnya pasaran yang telah diterokai dan bilangan pengemarnya.

Serama pula kalau dikira masih hanya diminati oleh kelompok-kelompok dan tempat-tempat yang tertentu sahaja. Pada hal, serama sepatutnya boleh dibanggakan sebagai haiwan yang berasal dari Malaysia. Ia boleh dianggap sebagai warisan negara. Serama melangkaui erti kecantikan sahaja kerana serama mempunyai nilai-nilai seni dan estatikanya yang tinggi berbanding haiwan yang lain.

Di negeri Melaka sendiri (saya tidak ada data yang tepat), kalau dikira secara rambang, bilangannya mungkin HANYA sekitar (lebih atau kurang sedikit) 20 orang peminatnya yang aktif menternak dan cuba menghasilkan 'produk serama ' yang baru (maaf jika saya tersilap kira).
                                                                                       
Maka sudah semestinya muafakat dan kerjasama yang lebih kukuh patut dapat dijalinkan antara  peminat serama di seluruh negara. Ini supaya hobi ini dapat dikongsikan dan diperluaskan lagi di kalangan peminat unggas di negara ini di mana tempat asal ayam serama. Kita patut 'cemburu' dengan 'kekemasan' organisasi dan pertubuhan peminat Kucing cantik yang nyata masih tiada dapat dibangunkan lagi di dalam industri kesenian ayam serama ini. Saya perhatikan, tidak ada satu kelab atau organisasi tersusun yang bergerak atas platform untuk membawa serama lebih ke depan. Malahan skema-skema pengadilan ayam serama sendiri mempunyai beberapa 'version' and formula yang tersendiri walaupun usia serama dimainkan melepasi angka 20 tahun.

Jadi...kenapakan tahap serama masih seperti di takuk tahun-tahun 2000 (sebelum serama merundum jatuh), walaupun evolusi 'cutting' dan gaya serama sudah jauh berubah?  Isu-isu serama masih berkisar sekitar isu pengadilan dan penganjuran.

Reference : Kelab Kucing Malaysia (KKM)

P/S : Serama ngetop di Indonesia. Khabarnya (dari otai yang telah sampai di sana) beberapa bon mereka lebih tersusun dan lebih meriah. Malahan, semasa menulis artikel ini, saya menerima message dari rakan FB Filipina yang bertanyakan tentang serama. Ia mahu tahu apa beza serama di Malaysia dan yang ada di Indonesia?
P/SS : Sambil-sambil, saya kongsikan gambar salah seekor pembaka di reban-Sri Patih







Monday, May 21, 2012

Wajah-wajah... (kandid)

Nota : Koleksi gambar ini hanya sebagai perkongsian momen dan suasana untuk BLOG ini sahaja. Penulis tidak MEMBENARKAN sebarang perkongsian gambar ini untuk tujuan yang lain. 


  


  

 

  

 


 

Sunday, May 20, 2012

Bon Melaka Hari ini.....


BOTB dan Johan Serama A Bon Melaka Mei 2012 - Mengikut pendaftaran, oleh Otai Keramat Abang Shuib

Acara BOTB - 5 Juara Kategori bersaing...

 
Johan Muda - Rosdi Melaka

 Johan ABS - Pak Lias sedang memberi kata semangat di dalam sesi BOTB


Johan Anak B - Zam Subang (RHB)

Johan Remaja - Zul Shah Alam

Bagi kategori Serama B : Johan - Serama Putra Subang
Kategori Serama Anak A  : Johan - Lebai Keramat
Kategori Induk : Johan - Adi Nilai

Thursday, May 17, 2012

Bon Melaka Mei 2012

BOTB Bon Melaka yang lepas (April) di lokasi yang sama. Siapa kali ini...???

Berdasarkan update terbaru di MukaBuku (Facebook) Setiausaha KPSM (Kelab Peminat Ayam Serama Melaka) iaitu Saudara Rahman Persona, satu Pertandingan & Pameran Ayam Serama (Bon) akan di adakan pada 20hb Mei ini di Kedai Buah berhampiran Petronas Bukit Rambai Melaka (lokasi bon Melaka yang baru lepas).

Bon ini dijalankan atas permintaan peminat serama yang mungkin sudah menyiapkan "peluru" untuk Bon Kuantan yang telah dibatalkan oleh penganjur baru-baru ini - sila rujuk Blog CJK (sepatutnya pada 19hb Mei).

Seperti biasa, Tuan-Tuan boleh hubungi talian di bawah untuk sebarang pertanyaan lanjut. Insya Allah, jika tidak sebarang halangan, saya akan mengemaskini status dan keputusan Bon tersebut di blog ini selepas tamat pertandingan tersebut.

Sekian..Wasalam.

En.Hulul Azmi -010-2645269
En.Khalid -             016-6654929      
Abd Rahman(Serama Persona) -012-6845884 

 
Tim Penganjur yang akan sibuk bertugas pada hari Ahad ini

Tuesday, May 15, 2012

Pembaka - Sri Patih

Salam...

Sambil duduk petang-petang, tak tahu apa nak buat. So, saya kongsi sekeping dua gambar pembaka di reban Telok Mas yang baru sahaja saya snap.

Sri Patih. Sekarang sedang di 'cross' dengan induk dari Kuala Ibai. Tenguk macam mana hasilnya nanti....