Assalam...
Layan sekejap ler foto terbaru dari reban Stm...
Monday, July 29, 2013
Friday, July 26, 2013
Meluruh.....(SOLD)
PS: Bagi yang benar-benar berminat nak cari ayam untuk di bawa ke pertandingan, Stm nak offer ayam ini. Saiz A atau kecil sikit lagi. Ayam muda. Rekod pernah johan anak B Bon Melaka.
Keturunan generasi dia memang banyak yang hasilkan ayam yang cantek bergaya. setakat untuk dibuat pembaka memang direkomenkan. Sms 012 6990793.
PSS: Stm sudah ada banyak betul pembaka, jadi bagus lepaskan pada mereka yang tengah mencari peluru atau pembaka.
Wednesday, July 24, 2013
Tuesday, July 23, 2013
Memilih pembaka...
Assalam ..
Entri ini saya tulis sebagai perkongsian kepada pembaca blog terutama bagi peminat yang baru berjinak jinak meminati kecantikan ayam serama. Alhamdulillah, minggu ini saya terima banyak pertanyaan tentang pembaka yang hendak saya lepaskan. Syukur...takat ini ada 3-4 ekor yang sudah selesai urusannya.
Tapi saya bukan hendak bagitahu saya sudah lepaskan pembaka tersebut, saya cuma mahu berkongsi sedikit tips supaya peminat baru ini tidak membuang masa dan tenaga (termasuk duit) seperti mana yang telah saya lalui sebelum ini.
Macam yang selalu saya tekankan dalam tulisan saya yang lepas, pemilihan pembaka dan juga induk sangat kritikal dalam proses breeding terutama dalam mencapai visi dan impian kita menghasilkan serama mengikut ciri-ciri yang kita sukai.
Jadi soalan yang kerap saya tanya pada pembeli adalah nak pembaka yang warna apa? Dan minat serama nie untuk buat suka-suka atau memang ada hati untuk bawa ke depan (pertandingan). Secara jujurnya, jawapan yang paling banyak diterima akan menjurus pada membela sekadar suka-suka, dengan niat nak dapat harga yang murah murah.
Masalahnya, jawapan yang kita berikan tidak akan membantu kita dalam usaha kita mendapatkan serama yang baik dan bergaya pada masa akan datang kerana langkah paling penting kita tidak diambil dengan jujur. Kerana itu selalunya , ayam yang paling awal kita beli selalunya tidak memberi sebarang hasil yang kita ingini dan selalunya pembaka tersebut sudah sampai ke rumah jiran-jiran kita yang minat serama tapi tidak mahu mengeluarkan wang untuk membeli.
Pendapat saya, kalau hendak bela serama sekadar suka-suka, cukup setakat ambil pembaka yang memang kita pun tak hendak langsung ada dalam reban kita. Kadang sesetengah penternak hanya mengambik duit beli dedak sahaja. Belakang hari, usah disalahkan pada si penjual kerana pembeli tidak jujur dalam memberitahu tujuan dia membeli sepasang serama itu.
Ayam serama adalah sama macam mahkluk Allah yang lain yang hidup berdasarkan sains genetiknya. Kalau kita tanam benih mangga usah impikan hasilnya buah manggis. Kalau kita satukan pasangan melayu dengan melayu, usaha kita harap hasilnya anak muka mat saleh (kecuali dengan izin Allah). Ini hukum sains genetik. Dalam kita hendak menghasilkan serama yang mempunyai ciri-ciri aksesori yang kita impikan, kita perlu mempunyai pembaka atau induk yang mewarisi genetik ciri-ciri tersebut. Jika tidak kita sekadar hanya membuang masa, usaha dan tenaga kita berbanding mereka yang benar-benar menitikberatkan pemilihan pembaka dan induk yang betul.
Maka, saya selalu berharap seseorang peminat itu berterus terang supaya pembaka yang dicadangkan adalah sesuai dengan keinginan dan impiannya. kalaupun belum sedia, tunggu sampai cukup baru kita ambil. lebih baik dari kita ambil yang bukan-bukan dan kemudiannya kita tukar lagi dan tukar berkali kali...sekadar membuang masa dan tenaga kita....
| Anak yang terhasil dari pemilihan pembaka dan induk. mewarisi warna, aksesori dan kating keturunannya. Gaya belum tahu... |
| Anak Ara |
Monday, July 22, 2013
Gambar..
Thursday, July 18, 2013
Lagi pembaka untuk reban...
Alhamdulillah...dalam bulan puasa ini ada sedikit masa untuk duduk lama sikit kat reban. Sempatlah Stm kemaskan sikit mana-mana reban yang dah mula rosak. Dan yang Stm tak sangka, ada juga sahabat peminat yang datang jengok reban Stm di bulan puasa ini. setakat ini kebanyakannya 'orang baru' yang baru mula berjinak dengan hobi ini.
Di bawah ini, Stm kongsi beberapa keping gambar seekor pembaka yang baru masuk di reban Telok Mas. Memang Stm sudah lama berhajat nak guna pembaka dari bloodline Submerin. Ada beberapa breeder yang rekomen Stm guna sebab mereka kata submerin mempunyai kerangka tubuh yang lebih kukuh. Wallahu allam. Ini untuk mengatasi masalah ayam yang mempunyai kating yang bagus tetapi ada masalah tubuh yang senget.
Bonusnya, pembaka ini berdarah submerin sebelah Sri Palas dan Botb Hairi Sik..
Alhamdulillah, setakat ini reban Stm ada hampir 6-7 pembaka utama yang memang aktif turunkan anak. Ada juga beberapa ekor jantan muda yang boleh dijadikan pembaka. Stm rasa nak lepaskan 2-3 ekor muda tu. jadi bagi yang berminat nak cari pembaka boleh hubungi Stm.
Di bawah ini, Stm kongsi beberapa keping gambar seekor pembaka yang baru masuk di reban Telok Mas. Memang Stm sudah lama berhajat nak guna pembaka dari bloodline Submerin. Ada beberapa breeder yang rekomen Stm guna sebab mereka kata submerin mempunyai kerangka tubuh yang lebih kukuh. Wallahu allam. Ini untuk mengatasi masalah ayam yang mempunyai kating yang bagus tetapi ada masalah tubuh yang senget.
Bonusnya, pembaka ini berdarah submerin sebelah Sri Palas dan Botb Hairi Sik..
Alhamdulillah, setakat ini reban Stm ada hampir 6-7 pembaka utama yang memang aktif turunkan anak. Ada juga beberapa ekor jantan muda yang boleh dijadikan pembaka. Stm rasa nak lepaskan 2-3 ekor muda tu. jadi bagi yang berminat nak cari pembaka boleh hubungi Stm.
| Pembaka yang aktif dan bergaya... |
Muda..boleh bawa ke bon atau stand-by untuk jadi pembaka. Berminat hubungi segera...
Thursday, July 11, 2013
Tuesday, July 9, 2013
Salam Ramdham Al Mubarak...
Alhamdulillah, kita di beri rezeki dan peluang sekali lagi untuk bertemu dengan bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan pada tahun ini. Macam tahun-tahun yang lepas, bulan ramadhan memang bulan yang lebih 'relax' bagi Stm sebab kebanyakan urusan bisnes Stm di bulan ini beroperasi pada kadar separuh operasi sahaja. Maka, Stm ada lebih masa untuk buat pekara-pekara yang selalunya agak susah semasa bulan-bulan yang biasa.
Pada bulan ini, Stm akan ada banyak masa untuk buat 'house cleaning' dan ada gak masa untuk memberi tumpuan kepada membetulkan reban ayam yang agak serabut sekarang nie.
Buat informasi pembaca, minggu lepas juga berlangsung Bon penutup sebelum masuk bulan Ramadhan ini. Bon yang berlangsung di tapak kedai makan Nasi Kukus Pok Ki (Zuki Sabak) ini, mendapat sambutan yang agak meriah walaupun sekadar bon kecil sahaja.
Jadi selepas ini, hampir sebulan lebih tidak akan ada sebarang 'game'. Mungkin se-awal sebulan selepas raya nanti baru kita akan bertemu semula di bon-bon yang akan dijalankan. Khabarnya ada bon besar di Jerteh pada hujung Ogos nanti. Hadiah lumayan bakal mengamit peminat serama. Johan bagi kategori bakal mencecah hingga Rm600. Satu angka yang agak 'menghairahkan' terutama buat peminat tegar untuk hadir ke bon.
Lupakan sebentar tentang bon, buat Stm.... ini bulan lebih pada 'beeding' sambil menukang membetulkan apa yang tak betul sebelum ini di reban. Alhamdulilah juga, ada hampir 5 ekor ibu yang sedang mengeram. Anak-anak ayam pun ada banyak sekarang ini.
Bagi kawan-kawan pembaca yang berminat nak cari ayam mampu milikm Stm ada 3-4 ekor yang nak lepas. Boleh hubungi di no ini : 012-6990793.
| Reban di dalam taman hahahah. Projek buat reban hiasan di laman rumah. Dah terbengkalai lebih sebulan. Guna kayu-kayu hutan yang terbuang. Harap dalam bulan puasa ini dapat diselesaikan. |
| Ini satu lagi projek terbengkalai. Tak tahu bentuk apa reban ini. kawan yang tolong ketukkan buluh. Mana ayam yang rejek bolehlah masuk kat sini. |
| Seekor dari ayam nak masuk muda tapi tak galak-galak. Sekali sekala sahaja nak buat perangai. Kalau nampak betina mulalah nak beraksi. Jawapnya bakal jadi pembaka je. |
| BOTB Bon Melaka baru ini. Ayam milik saudara Lan Audi (KL) Tahniah bro! |
Sunday, June 23, 2013
Baka apa nak guna?
| Umbai Jr |
"Baka apa yang abang guna ye...?"
Semenjak saya membangunkan blog ini hampir 2 tahun yang lepas, ayat di atas adalah antara soalan atau pertanyaan yang paling kerap saya terima baik melalui sms, telepon ataupun chat di FB.
"Abang main baka apa bang...?"
Selalunya Stm akan jawap yang Stm guna baka x, baka y dan baka z kat reban Stm. Kebanyakannya bukan ori atau pure. Maksudnya bukan pure darah baka x. Memang kebanyakannya pembaka dan induk teras yang Stm guna merupakan hasil cross atau kata-mudahnya baka yang sudah diadun atau diproses dari beberapa jenis baka pure yang sudah terkenal atau dikenali di kalangan peminat ayam serama. (Kat reban Stm hanya ada 2 baka pure iaitu satu pembaka Sami Gila dari reban Nuar Dungun (anak saudara Lie Daging) dan pembaka Tok Uban dari reban Khaidir adik kepada Syawal Tok Uban). Yang selebihnya merupakan serama hasil cross antara baka-baka tertentu dari reban breeder tertentu yang telah Stm amati beberapa ciri-ciri yang tertentu dan hasil yang Stm minati. (sebab itu hampir kebanyakan pembaka teras di reban datang dari hanya 2-3 breeder sahaja)
Memilih serama dari reban breeder tertentu amat penting
Walaupun Stm akui bahawa di dalam breeding, penentuan baka adalah penting, Stm masih menganggap ada satu lagi faktor lebih penting semasa menentukan baka atau bloodline yang akan disimpan di reban Stm. Selalunya Stm akan memilih ayam dari REBAN orang yang sudah Stm kenalpasti dari beberapa sudut yang penting dalam penghasilan ayam serama.
Kalau setakat hendak mencari baka, rasanya hampir kebanyakan peminat serama di Malaysia ada menyimpan paling kurang 1-2 jenis baka yang popular sekarang ini. Cuba ziarah reban kawan-kawan kita, setakat submerin, Tok Uban, Husin, Limbat dan baru baru ini baka Sami Gila juga semakin mudah di-claim ada di reban mereka. Tetapi kita terpaksa akui , kebanyakkan ayam-ayam juara dan berkualiti pertandingan masih datang dari reban penternak atau breeder yang tertentu atau penternak yang mengamalkan "breeding terkawal/terpilih".(tak tahu Stm macam mana nak menerangkan maksudnya secara jelas, datang reban baru boleh cerita panjang)
Kreadibiliti, Kejujuran, Ilmu dan kemahiran yang dimiliki oleh seseorang penternak/breeder serama akan memainkan peranan penting dalam menentukan sejauh mana kualiti dan hasil yang akan keluar dari reban mereka.
Baka berdarah Juara
Stm bukan menidakkan tentang pentingnya baka dalam memilih ayam serama tetapi kalau mahu membuat perbandingan anatara satu-satu baka, Stm berpendapat hampir semua baka yang terkenal adalah baka yang berkualiti dan berdarah juara. Mustahil satu-satu baka itu popular/terkenal tanpa pernah menggegar meja-meja pertandingan di bon yang disertai oleh ayam tersebut.
Jadi, jika mahu dikatakan baka itu lebih baik dan lebih hebat dari baka yang lain adalah satu pekara yang agak subjektif. Cuma, ada sesetengah baka yang terkenal semakin kurang popular kerana ciri dan aksesori yang dimiliki oleh baka tersebut perlu di-upgrade seiring dengan perkembangan kecantikan ayam serama yang turut berubah mengikut evolusi masa dan citarasa peminatnya.
| Betina dara dari bloodline sama dengan Umbai Jr |
Justeru, adalah lebih baik selain dari baka yang ditanya, turut juga perlu diketahui adalah dari reban siapakah/manakah asal baka atau ayam tersebut. Ini kerana kualiti ayam yang disebut akan lebih bagus jika ia datang dari seorang breeder yang mempunyai ilmu, kreadibiliti dan memahami apakah yang dikatakan ayam serama yang berkualiti pertandingan di mata peminat-peminat ayam serama.
Tidak hairan, baka-baka tertentu yang agak terkenal tetap dicari dari reban otai-otai yang diketahui mempunyai baka tersebut berbanding dari peminat yang tidak dikenali kreadibilitinya. Cuba tanya player atau pemain ayam yang berkualiti pertandingan, kebanyakkannya mencari peluru mereka hanya dari breeder yang tertentu walaupun sseorang player sebenarnya tidak perlu menentukan baka di dalam pertandingan, kerana mereka hanya perlu menentukan kecantikan ayam serama tersebut. Tetapi atas dasar kepercayaan dan kualiti yang terkawal dijalankan di reban breeder tersebut, maka hasil reban breeder tersebut selalu jadi rebutan dan pilihan dari peminat ayam serama.
Ini hanya pandangan peribadi penulis. Salah atau betul hanya sekadar persepsi peribadi.
Monday, June 10, 2013
Remaja : Umbai Jr.
Thursday, June 6, 2013
Koleksi reban...
PS: Esok saya akan upload beberapa anak b dan anak c yang hendak dilepaskan murah-murah. Siapa cepat dia dapat.....
Subscribe to:
Posts (Atom)