Wednesday, August 21, 2013

Ayam muda nak lepas...(dah dijual)

Assalam..

Ini ada seekor ayam muda ara yang saya nak lepas. Ayam slim tinggi. Ayam belum nak lock lagi. jadi saya lebih suka sebut ayam kelas buat pembaka. Ayam memang aktif dan sesuai sangat untuk turunkan ayam warna ara.

Dari bloodline yang saya gunakan juga di reban saya. Siapa yang berminat, boleh telepon saya....
012-6990793.




Tuesday, August 20, 2013

Baka sebagai satu jenama....

Assalam buat semua sahabat serama...
Salam lebaran..dan salam syawal yang mulia.

Selepas raya nie, ada beberapa bon besar yang akan dilangsungkan. Yang pasti Bon Jertih hujung minggu ini dan Bon Kenyir kalau tak salah sekitar 21hb Sept nanti akan menjadi perhatian dan tumpuan semua peminat tegar ayam serama (termasuk saya).

Untuk bon ini, saya memang tak dapat nak ke sana lantaran urusan perniagaan yang susah nak dilepaskan. Insya Allah, di kemudian hari mungkin ada masa yang lebih sesuai untuk saya berjalan jalan sambil berjumpa kawan-kawan yang sama minat dan hobi ini.

Okay...untuk kali ini saya nak berkongsi sedikit ulasan. Ada ramai sahabat yang bertanya tentang baka atau susur galur ayam serama. Terutama semasa saya online di FB atau yang datang ke reban saya di Telok Mas.

Saya melihat baka ayam serama ini ibarat satu JENAMA dalam bidang ini. Bila kita sebut satu-satu baka akan ada peminatnya atau pengikutnya dan akan ada identiti yang menjadikan jenama itu terkenal dan dikenali dikalangan peminat ayam serama. Katakan kita sebuat baka A, maka akan terbayang-bayanglah bentuk dan rupa ayam baka A tersebut. Kebanyakan jenama (baca: BAKA) ini terkenal mungkin disebabkan kekerapan baka tersebut memenangi pertandingan, kemantapan aksesori dan gaya atau disebabkan 'marketing' yang baik oleh pemainnya.

Sama macam pelbagai produk barangan yang kita gunakan di dalam kehidupan kita setiap hari...kita membeli kadang kala disebabkan oleh pengaruh 'marketing' yang berjalan dengan baik oleh penggunanya dan ada kala disebabkan kekuatan jenama barangan tersebut. Tetapi ada juga JENAMA yang tidak terkenal tetapi diketahui mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Atau kurangnya 'exposure' oleh pengeluar barang tersebut itu sendiri. Jadi kita sebagai pengguna perlu bijak menilai dan meneliti sebelum membuat keputusan semasa membeli.

Sama situasinya dalam pembelaan ayam serama. Bila ada yang tanya saya baka yang saya gunakan, saya sebut nama orangnya, kebanyakannya tidak akan tahu kerana ada JENAMA yang tidak terkenal dan diketahui. Tetapi ia tetap satu JENAMA kerana produknya telah dikeluarkan 10 ke 15 tahun yang lepas. Dan hasil rebannya selalu dicari oleh peminat-peminatnya yang tersendiri. Cuma kurangnya marketing yang baik atau ada yang me-rebrandkan semua JENAMA tersebut selepas membeli menyebabkan bakanya tidak jadi sebutan.

Untuk membina JENAMA dalam ayam serama ini pun perlukan kaedah yang sama digunakan dalam marketing produk biasa di pasaran. Perlu kerap membuat promosi dan mendapatkan testimoni yang baik dari pengguna. (Dalam serama, perlu kerap keluar ke pertandingan dan dapatkan kedudukan yang baik-ranking- dalam pertandingan tersebut)

Jadi, nasihat saya....jangan mudah keliru dengan populariti sesuatu jenama kerana yang paling penting, kita kena kenal jenama yang ada dan dalam masa yang sama , sila lihat jenama yang tidak sangat ke depan di pasaran kerana bukan semua BAKA mempunyai nama, ada BAKA yang memang tidak mempunyai JENAMAnya. Cuma ia dikenali dengan nama pemternaknya sahaja..
(TIPS: Apabila seseorang breeder sudah menternak dalam tempuh yang panjang dengan menggunakan baka-baka yang terpilih dan kawalan kacukan, selalunya kestabilan genetik akan terbentuk dan akan terhasil indentiti ayam serama di reban mereka. Ini sebenarnya juga ibarat satu BAKA cuma ia tidak diberi nama)

Dan selalu kena tahu apa yang kita inginkan kerana setiap JENAMA mempunyai kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri.....

Antara anak reban yang nampak cutting...







Thursday, August 1, 2013

pelapis reban...

Dari bloodline Umbai...simpan untuk pelapis reban
Anak bapak ekor kelabu..tak nampak apa lagi
Bakal induk reban dari bloodline Cobra
Sesarang dengan Umbai..baru je masuk dengan bapak submerin
PS: Line handphone saya sudah pulih. Jadi, rakan-rakan boleh hubungi saya di nombor asal saya.

Monday, July 29, 2013

Friday, July 26, 2013

Meluruh.....(SOLD)



PS: Bagi yang benar-benar berminat nak cari ayam untuk di bawa ke pertandingan, Stm nak offer ayam ini. Saiz A atau kecil sikit lagi. Ayam muda. Rekod pernah johan anak B Bon Melaka.

Keturunan generasi dia memang banyak yang hasilkan ayam yang cantek bergaya. setakat untuk dibuat pembaka memang direkomenkan. Sms 012 6990793.

PSS: Stm sudah ada banyak betul pembaka, jadi bagus lepaskan pada mereka yang tengah mencari peluru atau pembaka.

Wednesday, July 24, 2013

Tuesday, July 23, 2013

Memilih pembaka...

Assalam ..

Entri ini saya tulis sebagai perkongsian kepada pembaca blog terutama bagi peminat yang baru berjinak jinak meminati kecantikan ayam serama. Alhamdulillah, minggu ini saya terima banyak pertanyaan tentang pembaka yang hendak saya lepaskan. Syukur...takat ini ada 3-4 ekor yang sudah selesai urusannya. 

Tapi saya bukan hendak bagitahu saya sudah lepaskan pembaka tersebut, saya cuma mahu berkongsi sedikit tips supaya peminat baru ini tidak membuang masa dan tenaga (termasuk duit) seperti mana yang telah saya lalui sebelum ini.

Macam yang selalu saya tekankan dalam tulisan saya yang lepas, pemilihan pembaka dan juga induk sangat kritikal dalam proses breeding terutama dalam mencapai visi dan impian kita menghasilkan serama mengikut ciri-ciri yang kita sukai.

Jadi soalan yang kerap saya tanya pada pembeli adalah nak pembaka yang warna apa? Dan minat serama nie untuk buat suka-suka atau memang ada hati untuk bawa ke depan (pertandingan). Secara jujurnya, jawapan yang paling banyak diterima akan menjurus pada membela sekadar suka-suka, dengan niat nak dapat harga yang murah murah.

Masalahnya, jawapan yang kita berikan tidak akan membantu kita dalam usaha kita mendapatkan serama yang baik dan bergaya pada masa akan datang kerana langkah paling penting kita tidak diambil dengan jujur. Kerana itu selalunya , ayam yang paling awal kita beli selalunya tidak memberi sebarang hasil yang kita ingini dan selalunya pembaka tersebut sudah sampai ke rumah jiran-jiran kita yang minat serama tapi tidak mahu mengeluarkan wang untuk membeli.

Pendapat saya, kalau hendak bela serama sekadar suka-suka, cukup setakat ambil pembaka yang memang kita pun tak hendak langsung ada dalam reban kita. Kadang sesetengah penternak hanya mengambik duit beli dedak sahaja. Belakang hari, usah disalahkan pada si penjual kerana pembeli tidak jujur dalam memberitahu tujuan dia membeli sepasang serama itu.

Ayam serama adalah sama macam mahkluk Allah yang lain yang hidup berdasarkan sains genetiknya. Kalau kita tanam benih mangga usah impikan hasilnya buah manggis. Kalau kita satukan pasangan melayu dengan melayu, usaha kita harap hasilnya anak muka mat saleh (kecuali dengan izin Allah). Ini hukum sains genetik. Dalam kita hendak menghasilkan serama yang mempunyai ciri-ciri aksesori yang kita impikan, kita perlu mempunyai pembaka atau induk yang mewarisi genetik ciri-ciri tersebut. Jika tidak kita sekadar hanya membuang masa, usaha dan tenaga kita berbanding mereka yang benar-benar menitikberatkan pemilihan pembaka dan induk yang betul.

Maka, saya selalu berharap seseorang peminat itu berterus terang supaya pembaka yang dicadangkan adalah sesuai dengan keinginan dan impiannya. kalaupun belum sedia, tunggu sampai cukup baru kita ambil. lebih baik dari kita ambil yang bukan-bukan dan kemudiannya kita tukar lagi dan tukar berkali kali...sekadar membuang masa dan tenaga kita....

Pembaka pertama yang saya beli. saya tidak tahu kenapa saya beli pembaka berwarna jalak
Kerana saya minat warna ara. Tak lama di reban telok mas sebab mati.
mungkin kerana kurang perhatian dari saya sendiri dan saya sibuk cari pembaka yang lain..
#beli semata-mata cukup buget (modal kecil)
Anak yang terhasil dari pemilihan pembaka dan induk.
mewarisi warna, aksesori dan kating keturunannya.
Gaya belum tahu...
Anak Ara 


Metro : Baka Baru Ayam Serama




Monday, July 22, 2013

Gambar..

Pembaka sami
Br nak masuk muda
Pembaka ekor kelabu..pembaka yang berjasa
Tetap maintain gaya
Aksi tak pernah gagal dr pembaka teras

Thursday, July 18, 2013

Lagi pembaka untuk reban...

Alhamdulillah...dalam bulan puasa ini ada sedikit masa untuk duduk lama sikit kat reban. Sempatlah Stm kemaskan sikit mana-mana reban yang dah mula rosak. Dan yang Stm tak sangka, ada juga sahabat peminat yang datang jengok reban Stm di bulan puasa ini. setakat ini kebanyakannya 'orang baru' yang baru mula berjinak dengan hobi ini.

Di bawah ini, Stm kongsi beberapa keping gambar seekor pembaka yang baru masuk di reban Telok Mas. Memang Stm sudah lama berhajat nak guna pembaka dari bloodline Submerin. Ada beberapa breeder yang rekomen Stm guna sebab mereka kata submerin mempunyai kerangka tubuh yang lebih kukuh. Wallahu allam. Ini untuk mengatasi masalah ayam yang mempunyai kating yang bagus tetapi ada masalah tubuh yang senget.

Bonusnya, pembaka ini berdarah submerin sebelah Sri Palas dan Botb Hairi Sik..

Alhamdulillah, setakat ini reban Stm ada hampir 6-7 pembaka utama yang memang aktif turunkan anak. Ada juga beberapa ekor jantan muda yang boleh dijadikan pembaka. Stm rasa nak lepaskan 2-3 ekor muda tu. jadi bagi yang berminat nak cari pembaka boleh hubungi Stm.

Pembaka yang aktif dan bergaya...


Muda..boleh bawa ke bon atau stand-by untuk jadi pembaka. Berminat hubungi segera...