Wednesday, February 5, 2014
Thursday, January 9, 2014
Serama 2014...
Assalam buat rakan-rakan...
Maaf kerana agak lama biarkan blog ini berkarat. Kebelakangan ini memang agak sibuk dengan urusan bisnes. Jadi masa untuk menulis agak terbatas. Tapi minat pada ayam serama masih tetap sama. Hari-hari masih sibuk di reban macam biasa.Alhamdulillah selepas musim hujan bulan lepas, adalah 5-6 ekor induk yang ada mengeram di reban sekarang ini. Cuma masa hari hari lebih banyak online di FB sahaja. Nak tulis banyak banyak di blog pun nanti jadi jemuh juga.
Kita masih lagi di ambang tahun baru masehi 2014. Dengan 2013 baru sahaja melangkah pergi yang sarat dengan warna warni dan suka duka dalam berserama. Ada yang molek dan ada yang kurang molek. tapi pengalaman itu banyak mengajar dan memberi ilmu pada saya tentang dunia serama. Yang paling perit bila ayam yang kita dok sayang tulah mati...
Tahun 2013 yang diawali dengan semangat serama yang agak pelahan pada mulanya tetapi mood serama naik mendadak selepas pertengahan tahun 2013 kerana banyak penganjuran bon besar dijalankan di seluruh negara. Rasanya selepas bulan 3-4 tahun lepas, hampir setiap bulan ada sahaja bon besar dijalankan dengan sambutan yang amat menggalakkan. Manakala bon kecil hampir setiap minggu ada dianjurkan di banyak negeri.
D'Perindu Sang Juara Termahal 2013
Menariknya tahun lepas adalah kemunculan dan saingan yang mantap dari geng-geng sebelah utara di bon-bon yang dijalankan di seluruh negara. Ia suatu suasana yang menarik kerana menunjukkan parameter lubuk ayam cantek turun berputar ke sebelah utara dan dominasinya juga semakin tersebar luas. Kalau sebelumnya geng pantai timur banyak mendominasi carta teratas di bon-bon besar, tetapi pada tahun lepas saya perhatikan semakin kerap ayam wakil nsebelah utara yang duduk di carta atas.
Rasanya semua peminat tegar tahu bagaimana di akhir bulan lepas, sang juara milik geng utara merekod nilai termahal 2013 (rujuk gambar ayam). Berdarah Sri Enam AhKiat, khabarnya ayam tersebut kini berada di reban saudara Hatta Raja Kubing. syabas kepada pemilik barunya kerana berwawasan besar. Hebatnya ayam ini banyak dikatakan pada perangainya yang konsisten semasa di atas meja.
Mencari ayam berperangai 'Giler"
Kalau tahun 2012, ayam dari baka Sami Gila yang terkenal dengan markah aksesorinya yang tinggi banyak mendominasi ranking bon, Saya dapati tahun 2013aspek aksesori menjadi sangat penting. Hampir kebanyakan ayam yang bertanding mempunyai aksesori yang bagus dan yang selalu membezakan antara juara atau tidak ayam yang bertanding selalu bergantung kepada gaya dan perangai ayam semasa di atas meja. Semakin konsisten perangai dan gaya ayam (termasuk akses yang tinggi) dapat dibentuk semasa di meja pengadilan, semakin kerap ayam tersebut mendapat gelaran juara dan juga BOTB.
Rasanya untuk tahun 2014 ini, selain mencari ayam yang berperangai 'lawan meja", faktor aksesori ayam seperti balung, warna, kekemasan bulu dan bentuk tubuh (cutting) akan terus jadi perhatian serius peminat yang berhajat bersaing di bon yang dianjurkan.
Nilai dan wang
Selepas mencatat rekod tertinggi harga serama tahun lepas, dijangka harga ayam bergred 'pertandingan' akan semakin tinggi tahun ini dengan ayam serama yang cantik agak mudah dijual beli dan diperolehi TETAPI ayam yang bertaraf 'pertandingan' cukup sukar untuk diperolehi kerana semakin ramai peminat yang tidak mahu menjual ayam yang sudah cukup siap untuk masuk bertanding KECUALI dengan harga yang SESUAI.
Jadi, peminat tegar digalakkan untuk sedia menternak dan menghasilkan sendiri ayam yang sesuai untuk dibawa ke meja pertandingan jikalau tidak mempunyai modal yang mantap.
Extra point
Kesimpulannya, walaupun informasi tentang ayam serama makin mudah diperolehi. dan ayam -ayam cantik semakin banyak ada di reban-reban peminat serama, saya rasa 2014 akan di dominasi oleh satu lagi faktor penting dalam proses melahirkan ayam juara.
"Kemahiran menyiapkan ayam' sebelum di bawa ke pertandingan.". Saya rasa, ini faktor penentu yang membezakan ayam si A dengan si B. Perbezaan markah yang semakin tipis banyak bergantung kepada faktor faktor ini yang akan membantu memberi "extra point' kepada ayam peserta. Kerana itu kalau diperhatikan pola ayam ranking selalu di miliki oleh mereka dan juga dari kumpulan yang memiliki kemahiran tersebut.
Kekemasan bulu, ekor dan sayap dan 'timing' mood ayam untuk bergaya dengan konsisten datang dari skill dan kemahiran si pemilik ayam itu sendiri. Bak kata pepatah cina...." Kuda yang baik jika ditunggang oleh si penunggang yang bodoh akan tetap tergelincir dari landasan lumba kudanya....."

| Sami Gila dengan aksesori dan cutting yang mengiurkan. Tetapi fizikal perlu sama mantap dengan gaya. Bagaimana 2014..? kita tunggu SG versi terkini... |
Selepas mencatat rekod tertinggi harga serama tahun lepas, dijangka harga ayam bergred 'pertandingan' akan semakin tinggi tahun ini dengan ayam serama yang cantik agak mudah dijual beli dan diperolehi TETAPI ayam yang bertaraf 'pertandingan' cukup sukar untuk diperolehi kerana semakin ramai peminat yang tidak mahu menjual ayam yang sudah cukup siap untuk masuk bertanding KECUALI dengan harga yang SESUAI.
Jadi, peminat tegar digalakkan untuk sedia menternak dan menghasilkan sendiri ayam yang sesuai untuk dibawa ke meja pertandingan jikalau tidak mempunyai modal yang mantap.
| Nilai ayam serama makin meningkat bila lensa semakin banyak ditujukan kepadanya.. -BOTB Bon Air Hitam Johor- |
Extra point
Kesimpulannya, walaupun informasi tentang ayam serama makin mudah diperolehi. dan ayam -ayam cantik semakin banyak ada di reban-reban peminat serama, saya rasa 2014 akan di dominasi oleh satu lagi faktor penting dalam proses melahirkan ayam juara.
"Kemahiran menyiapkan ayam' sebelum di bawa ke pertandingan.". Saya rasa, ini faktor penentu yang membezakan ayam si A dengan si B. Perbezaan markah yang semakin tipis banyak bergantung kepada faktor faktor ini yang akan membantu memberi "extra point' kepada ayam peserta. Kerana itu kalau diperhatikan pola ayam ranking selalu di miliki oleh mereka dan juga dari kumpulan yang memiliki kemahiran tersebut.
Kekemasan bulu, ekor dan sayap dan 'timing' mood ayam untuk bergaya dengan konsisten datang dari skill dan kemahiran si pemilik ayam itu sendiri. Bak kata pepatah cina...." Kuda yang baik jika ditunggang oleh si penunggang yang bodoh akan tetap tergelincir dari landasan lumba kudanya....."
Monday, November 25, 2013
Saturday, November 23, 2013
Ayam muda untuk dijual...(dah jual)
Ayam baru nak masuk muda. Cutting tinggi. Aksesori ayam ...mantap. Kepala sahaja tak nak turun. Tunggu siap nanti baru tahu jadi macam mana. Bagi yang berminat..boleh hubungi saya di 012-6990793
Wednesday, October 30, 2013
Jadual Bon November
BON KUALA LUMPUR
2hb Nov 2013
BON JITRA KEDAH
9hb Nov 2013
9hb Nov 2013
PERTANDINGAN KESENIAN DAN KECANTIKAN AYAM SERAMA
TAMAN TASIK DARULAMAN JITRA KEDAH
TAMAN TASIK DARULAMAN JITRA KEDAH
DATE : 9 NOVEMBER 2013 (SABTU)
MASA: 9.00 PAGI HINGGA 1.30 PETANG
TEMPAT: TAMAN TASIK DARULAMAN JITRA KEDAH DARUL AMAN
ANJURAN: PERSATUAN PEMINAT SERAMA NEGERI KEDAH
BON AIR HITAM JOHOR
30hb Nov 2013
Monday, October 28, 2013
Dari anak ke remaja...
Monday, October 7, 2013
Ayam di reban...
Thursday, September 19, 2013
Tuesday, September 10, 2013
Remaja nie nak lepas...
Ayam bekeng... masih remaja tapi rasanya masuk muda nanti baru boleh tengok jadi macam mana. Saya nak lepas bagi yang berminat. Sila sms 012-6990793.
Thursday, September 5, 2013
Outbreed..inbreed..dan linebreed (Part 1)
Ini adalah sharing saya buat rakan-rakan yang baru dalam breeding serama. Untuk kawan-kawan hok lama-lama, saya rasa tak perlu bacalah sebab pengalaman mereka ini adalah lebih luas dan mendalam berbanding apa yang saya tahu.
Jadi perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dalam menternak ayam serama di reban saya. Kalau ada yang berbeza pendapat, ini hanyalah kaedah yang berbeza dengan kawan-kawan semua.
Olay...salah satu soalan yang paling kerap saya terima dari sahabat sahabat yang datang berkunjung di reban Telok Mas dan juga di-sms-kan ke hpone saya adalah tentang kaedah mengacuk/breeding yang digunakan dalam menghasilkan ayam serama. Hendak menjawap di dalam bentuk sms nanti agak susah sedikit dengan ruangan yang terbatas. Jadi saya berkongsi sedikit informasi yang telah saya gunakan di reban saya sepanjang 2tahun yang lepas. (harap memberi manfaat)
Sebenarnya, terdapat beberapa kaedah 'breeding' yang digunapakai oleh penternak dan peminat ayam serama. Jadi kaedahnya juga agak subjektif. Mana-mana boleh digunakan asal ianya sesuai dengan impian yang ingin kita capai. Dan menternak dan menghasilkan produk reban kita memang mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi (ini yang selalu gagal dimiliki oleh peminat baru).
Ramai breeder baru kerap mengeluh apabila baru sahaja menternak ayam serama di reban mereka. Pertamanya kerana hasil anak yang belum mencapai sasaran seperti hasil otai-otai yang lama. Saya pernah terbaca satu tulisan seorang breeder berpengalaman iaitu Hj Iskandar Keramat yang mengatakan, paling kurang 1.5 tahun dalam menghasilkan serama yang berkualiti. Itulah... PALING KURANG setahun setengah. Tetapi saya rasa lebih baik kalau saya sebut 2 tahun.
Ini kerana, hasil pertama (1st batch) selalunya agak kurang memberangsangkan. Pertama saya perhatikan kerana selalu orang baru akan menggunakan jantan muda dan induk yang muda. Jadi ada banyak masalah dan hasil kurang mantap. Saya lihat, semakin matang jantan dan betina induk, hasilnya juga semakin elok dan berkualiti (andaian baka yang elok dan molek). Kerana itu, susah kita dapat lihat otai menjual jantan atau induk matang yang mereka gunakan.
Dan...inilah tempuh yang selalu gagal ditekuni dengan baik oleh peminat baru kerana hasil pertama mereka yang mendukacitakan......
Mengacuk atau memproses ayam serama adalah satu proses yang berterusan. Maksudnya, dari kita mula membeli sepasang pembaka sehinggalah kita mengacukkan hasil-hasil yang telah disebutkan sebelum ini. Kerana itu kita kena balik pada asas kita hendak ternak serama. Apakah tujuan kita...?
Macam saya, matlamat adalah menghasilkan serama yang sesuai untuk dibawa ke tengah atau dimeja pertandingan. Mengikut citarasa dan cantek dari sudut pandangan mata saya sendiri (Lain orang lain citarasanya).
Langkah pertama adalah memilih pembaka dan induk reban. Langkah ini paling penting sebab jika pemilihan tidak sesuai maka ia akan membuang masa dan tenaga kita serta merugikan wang pembelian kita. Memilih pembaka dan induk sangat penting. Bukan sekadar membeli hanya pada nama baka ayam tersebut tetapi sebaiknya mengetahui susur galur dan genetik yang dibawa oleh ayam tersebut. Selalunya, faktor ini akan menjadi pekara yang paling penting akan saya lakukan. Maksudnya pembaka yang dipilih mestilah memiliki salah satu yang pekara-pekara berikut...aksesori yang mantap atau gaya yang mengiurkan hahahaha.
Kalau kita boleh mendapat kedua-duanya memang bagus (tetapi selalu harga akan jadi mahal). tapi sekurang-kurangnya pembaka tersebut mempunyai salah satu dari krateria tersebut. Aksesori seperti yang kita inginkan atau gaya yang 'jahat" (ayam aktif kebas dan lonjak dada). Jadi kita kena pilih sama ada jantan ada gaya dan induk aksesori atau pun sebaliknya. Kalau boleh dapat ayam dari baka pure yang sudah mempunyai ciri-ciri yang bagus lagi baik dibuat pembaka...cuma ongkosnya selalu lebih mahal. Tapi pandangan saya, baka yang pure atau darah yang kuat genetik yang tertentu lebih baik dibuat pembaka berbanding darah/genetik yang tidak stabil.
Antara beberapa ekor pembaka reban
| Aksesori mantap...gaya kena charge lagi dengan induk sesuai |
| Aksesori dan gaya pilihan. tapi kena guna induk yang sesuai gak.. |
| warna pilihan saya dan cuting yang saya suka.... dada tinggi.. |
| Ini pembaka ara dengan aksesori klasik hehehe. Kating tinggi. Gaya kena adjust lagi |
| Gaya mantap...aksesori pun mantap...harap turun warisnya.. |
Tuesday, September 3, 2013
Si Kumbang..
Sekarang anak jantan nie siap anak a. harap harap tidak ada masalah dari segi tubuh. Alhamdulillah..
Wednesday, August 21, 2013
Ayam muda nak lepas...(dah dijual)
Assalam..
Ini ada seekor ayam muda ara yang saya nak lepas. Ayam slim tinggi. Ayam belum nak lock lagi. jadi saya lebih suka sebut ayam kelas buat pembaka. Ayam memang aktif dan sesuai sangat untuk turunkan ayam warna ara.
Dari bloodline yang saya gunakan juga di reban saya. Siapa yang berminat, boleh telepon saya....
012-6990793.
Subscribe to:
Posts (Atom)