Friday, August 26, 2011

Breeder : AD Serama Farm

AD SERAMA FARM telah ditubuhkan pada 19 Feb 2009 merupakan sebuah syarikat Bumiputra yang menjalankan perniagaan pembekalan bagi memenuhi permintaan terhadap sektor permintaan ayam serama. Kami berasa bangga kerana mampu membuka sebuah syarikat bagi menjalankan perniagaan menternak ayam serama.

AD SERAMA FARM ditubuhkan bagi memenuhi permintaan terhadap Haiwan Peliharaan, yang mana sejak kebelakangan ini, permintaan adalah tinggi untuk ayam serama .

Pihak kami bercadang menjadi sebuah syarikat penternakan ayam serama yang dapat membekal Ayam Serama yang berkualiti di kawasan Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan dan Perak serta amnya untuk semua peminat di seluruh Malaysia.

AD SERAMA FARM
adalah sebuah syarikat yang dipegang oleh 100 % bumiputra, syarikat ini diterajui oleh En Azahar Ngah sebagai Pemilik Syarikat. Syarikat kami juga mengadakan usahasama dengan 2 buah syarikat yang lain iaitu AD PET SHOP dan AD BREEDER ANIMAL, bagi memperluaskan lagi perniagaan kami.

AD Serama Farm boleh dihubungi di alamt berikut :

AD SERAMA FARM
NO 24, LORONG SYAHBANDAR 7,
TAMAN SYAHBANDAR HUSSEIN
28700, BENTONG PAHANG.

ATAU EMAIL:
adserama@yahoo.com.my / azaharngah@yahoo.com.my

No comments:

Post a Comment