Saturday, October 29, 2011

Bon Melaka 291011 (Anjuran bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Melaka)-Updated

Aksi 'Terbaik" BOTB : "Raja Melaka" & Abg Khaled Tanjung Minyak (yang bertepuk tangan)

Alhamdulillah...semalam selesai satu lagi Bon anjuran bersama antara Kelab Peminat Serama Melaka dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Melaka yang dilangsungkan di Dataran Air Keroh. Suasana bon berjalan dengan baik dengan sambutan dari peserta yang hadir amat menggalakkan walapun berlangsung satu lagi bon di Melor Kelantan.

Dengan sokongan yang baik dari Jabatan Veterinar, bon kali ini di langsungkan sempena Hari Peladang dan Penternak.

Kehadiran 'breeder' otai seperti Pok Lias Jelebu, Hj Iskandar, Cg Hatta, En Sayuti dan ramai lagi breeder terkenal seperti Khairul RC, Ijan Serama negeri, Geng Kajang, , Serama POS, Serama Jengka tambah menghangatkan suasana bon hari tersebut.

BOTB kali ini dipegang oleh "Raja Melaka" serama breeder otai Melaka iaitu Abang Khalid Tanjung Minyak.
BOTB : Raja Melaka (Khalid Tanjung Minyak)

Di bawah ini adalah sebahagian suasana yang dapat ditangkap oleh lensa saya....

Baru sampai untuk bersaing...masing-masing dengan pelurunya

Geng Serama Kajang nampak serius dengan Abg Jan Telok Mas
Di belakangnya geng serama telok mas - saudara Maizal sedang berkongsi info dengan serama jengka

Aksi : "....kalau tak silap ayam Pok Lias"

Induk selam dari Geng Telok Mas..hehehe

Nampak serius je Tuan Farid Kuala Ibai aka Serama Melaka (FB)

Barisan "Otai"

"Apa tengok tue bang..."


Geng penganjur ...Rahman Persona

No comments:

Post a Comment