Monday, February 27, 2012

Coretan ringkas...

Team Penganjur - Terbaeekkkk

Alhamdulillah, semalam selesai Bon Melaka yang telah berjalan dengan lancar seperti dijadulkan. Apa yang saya dengar, bon ini adalah pertandingan ayam serama yang terbesar telah dianjurkan di Melaka setakat ini (maaf jika saya silap).

Buat pengetahuan umum, bon ini sebenarnya adalah event yang sepatutnya dijalankan di Kuala Lumpur sempena Hari Wilayah pada bulan ini. Tetapi disebabkan oleh beberapa faktor tyang tertentu, bon yang dirancangkan awal ini TERPAKSA dipindahkan ke Melaka sekitar 2-3 minggu yang lepas. Notis singkat ini menyebabkan tidak banyak persiapan rapi yang mampu diatur. Apatah lagi kebanyakan ahli Kelab Peminat Ayam Serama Melaka-KPSM kebanyakannya mempunyai kerjaya masing-masing.

"pagi-pagi bos Zuki sudah sibuk menyambut tetamu..."

Walaupun, bon bermula sekitar jam 9 pagi, sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa rumah orang kuat pihak penganjur iaitu Abang Zuki sudah mula sibuk seawal pagi lagi kerana ramai tetamu dari jauh yang terus menyerbu ke rumah beliau untuk beramah mesra deangan otai serama ini..hehehe.

Saya yang sampai ke rumah beliau sekitar jam 8am juga terkejut apabila melihat ramai juga yang sudah ada di rumah beliau. Antaranya seperti YM Tengku Muhamad (Penaung Karisma), Presiden Serama dari Kelantan, Serama Sri Chekok (SSC), saudara Mie Kebab dan gengnya dari utara dan ramai lagi yang saya sendiri tidak sempat beramah mesra.

Sampai di tapak bon sekitar hampir jam 9 pagi, geng dari Trengganu yang diketuai oleh Ayah Man Dagangnan sudah sampai. Pihak penganjur harus bersedia awal kerana kebanyakan para jemputan khas hadir di sebelah pagi untuk tujuan perasmian. Meraka adalah seperi YM Tengku Muhamad, YB Dato Hasssan Malek Timbalan Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah, Dato Ahmad bos keada Serama Corporation, dan ramai lagi jemputan termasuk dari media .


Pok8 yang sporting

Sambutan yang hangat dari para peminat ayam serama yang hadir dari seluruh negara membuktikan hobi ini semakin mendapat tempat di hati para peminatnya yang tersendiri. Persaingan yang sengit juga dapat disaksikan apabila terdapat banyak juga serama yang bergelar juara muncul membuat perhitungan di atas meja pertandingan. Ini terbukti apabila sesi BOTB terpaksa dijalankan 2 kali kerana keputusan seri yang direkodkan.

Akhirnya keputusan pengadil adalah muktamada dan haruslah dihormati.

Bagi pihak penganjur, kami sudah berusaha supaya pertandingan ini memenuhi kepuasan ke semua mereka yang hadir. Tetapi sebagai manusia, sudah tentu terdapat beberapa pekara yang tidak dapat dijalankan seperti yang telah dirancang.

Apapun, sokongan dari tuan-tuan peminat ayam serama ini adalah sangat dihargai dan kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi hadir memeriahkan akiviti pertandingan kecantikan dan kesenian ayam serama yang sama-sama kita minati.

Mendengar ucapan dari para jemputan khas pagi itu, saya percaya hobi ini akan terus meriah dan mendapat sambutan yang positif dari seluruh masyarakat Malaysia. Apatah lagi perancangan jangka masa panjang untuk membawa pertandingan ini ke peringkat antarabangsa adalah sangat di alukan.

Saya doakan kita akan berjumpa lagi pada masa akan datang...baik di Melaka mahupun di bon di negeri yang lain. Bagi mereka yang sudah saya kenali, saya ucapkan salam siraturahim buat anda, manakala yang tidak sempat berkenalan Insya Allah di lain masa kita akan dapat beramah mesra.

Sampai kita berjumpa lagi..wasalam

sesi temubual media yang dijawab oleh YM Ku Mat (pelbagai media membuat liputan)

Sesi fotografi oleh Team Majalah. Katanya dari Singapura

Urusetia pendaftaran sambil dibantu oleh DJ Din yang dijemput khas dari Kelantan



Tuan Rosdi ayamnya BOTB bersama YB Durian Tunggal Melaka


No comments:

Post a Comment