|
"Terima kasih daun keladi..." buat Pok Jang atas layanan terbaik buat kami |
|
selamat datang... |
“Jauh perjalanan, luas
pemandangan...”. Itulah indahnya pepatah orang-orang tua kita yang sentiasa kaya dengan kata-kata yang halus dan budiman.
Mengambil kira besarnya manfaat dalam menambah ilmu dan pengalaman,
baru ini, STM, sahabat Telok Mas - Saudara Maizal dan Pok Ki (Abg Zuki Sabak-asalnya beliau keberatan, tetapi selepas dipujuk hehehe, baru beliau setuju pergi sama)
telah 'bertandang' ke Dungun Trengganu. Tempat dituju tidak lain dan tidak bukan
ialah rumah sahabat STM yang banyak membantu STM "memeriahkan" reban
STM di Telok Mas iaitu Pok Jang (sebenarnya beliau pernah bekerja di Telok Mas sebelum mengusahakan bengkel kereta beliau sendiri di Dungun).
Selain dari berjalan raya ke rumah beliau, kami juga mengambil peluang di bulan Syawal yang mulia ini untuk menjalinkan silaturrahim dengan rakan-rakan peminat ayam serama di Dungun yang sudah tidak asing lagi mempunyai ramai nama-nama besar dalam menghasilkan serama yang cantik bergaya di meja-meja pertandingan di seluruh Malaysia.
Alhamdulillah, dalam masa yang agak terhad, sempat juga kami bergerak dan melawat ke beberapa buah rumah penternak dan juga pemain (player) ayam serama yang kebetulan memang sudah kami kenali sebelumnya. Antara seperti rumah Majid yang terkenal kekentalannya dengan serama "Besi Buruk", Pok Eid, Pok Suri, Pok Lie Daging dan beberapa breeder lain yang akan saya kongsikan di dalam artikel seterusnya. (sebenarnya ada beberapa lagi rumah sahabat yang patut dilawati, tetapi faktor kekangan masa menyebabkan rumah tersebut tidak sempat kami sampai. Insya Allah, mungkin pada masa akan datang)
Banyak pekara yang dapat diperolehi di samping peluang melihat dan berkongsi pelbagai informasi berguna khusus bagi penternak dan peminat ayam serama. Apatah lagi peluang melihat sendiri 'kandang-kandang' serama otai di Dungun ini yang pastinya menyimpan banyak tips-tips 'sulit' yang hanya boleh diperolehi dengan berjumpa dan 'bertandang' sendiri ke rumah mereka.
|
Terima kasih ke pada Zaki dungun, Suri dan juga adik kepada pemilik Serama Sri Batek yang sanggup hadir untuk berborak-borak. Bila orang lama seperti Abg Zuki berjumpa rakan lamanya, tahu-tahu sudah jam 2 pagi.....adussss |
|
Tekun mendengar perkongsian di meja makan heheheh... |
|
Kata Pok Jang..."benda wajib di pagi jumaat" - Telor Separuh Masak Power Batu 48 hahahha |
Saya akan sambung lagi cerita lawatan di Dungun ini dan banyak juga gambar-gambar menarik untuk dikongsikan (Insya Allah). Tapi sebelum itu, sedikit tatapan untuk pembaca blog ini.........
|
Seibu dan sebapak dengan "Cheetah" -serama yang pernah mengegar di meja bon tahun lalu..."Bloodline'nya kini di reban rakan baik Pok Jang.... |
|
Pok Eid dengan seekor dari "peluru'-nya..... |
|
Aksi di reban "Majid Besi Buruk" |
No comments:
Post a Comment