Friday, January 4, 2013

Perginya 2012 dan hadirnya 2013 dengan Alhamdulillah...

Hari ini sudah 4 hari kita masuk ke tahun 2013. Posting ini patut STM kongsi beberapa hari yang lepas, tetapi kerna kesibukan dengan urusan bisnes dan menguruskan anak-anak ke sekolah, baru hari ini STM dapat kongsikan artikel ini.

2012 sudah berlalu dengan pelbagai kesah. STM anggap tahun itu sebagai tahun STM belajar dan meneroka pelbagai pengalaman menarik tentang ayam serama. Sepanjang 2012 memang macam macam pekara yang STM faham tentang serama. Kalau nak cerita memang panjanglah posting nie nanti. Jadi kalau nak cerita panjang baik datang ke reban Telok Mas sambil pekena teh tarik. 

STM lebih suka pandang ke depan. Tahun 2013 ini STM ingat akan concentrate pada breeding. Kalau ada bare reban yang molek baru bawa ke bon (lagipun tahun ini di Melaka jadual bon sudah siap untuk satu tahun. Tinggal siapkan ayam sahaja untuk bawa main). 

STM masih menggunakan pembaka-pembaka yang memang sudah siap siaga di reban. Mungkin adjust sikit pada pembaka jantan dan tambah induk reban banyak sikit. Takat ini rasanya variasi bloodline induk masih belum cukup. Jadi STM akan adust dan tambah lagi bloodline induk di reban.

Reban pun mungkin STM nak modified sikit supaya lebih kemas. Tambahan bila ada sahabat-sahabat yang sudi datang berkunjung, jadi segan juga tengok reban bersepah dan berterabur. Tapi kena buat sikit-sikit lah kawan-kawan.

Terus terang STM main serama lebih pada enjoy hobi. Jadi komitmen lebih pada urusan yang lebih penting seperti bisnes dan juga kerjaya STM yang sebenarnya. Tapi dah jenis STM nie orang yang suka buat sesuatu biar buat elok-elok dan sampai 'menjadi', maka bila main serama pun orang akan nampak STM macam serius sangat. Tapi takat ini STM masih jadikan serama ini sebagai hobi tempat release penat kerja. 

STM masih ingat, masih STM mula kenal ayam serama sekitar hujung tahun 1999. STM duduk di Taman Shamelin Perkasa KL. Dalam sibuk bekerja keluar rumah dari jam 7pagi dan balik jam 9-10 malam pun STM masih sempat bela serama di kawasan rumah teras di sana. Orang keliling dok pening tengok reban ada di depan dan belakang rumah hahahaha. Cuba bayangkan dekat tepi highway KESAS pagi-pagi jiran dengar bunyi ayam berkokok hahaha. STM buat selamba je masa tu.

Itu sebab STM tolak tepi benda remeh-temeh atau cerita yang bukan-bukan bila STM buat sesuatu benda. Prinsip STM satu je...tetapkan matlamat bila buat satu satu benda..usaha dan iktiar. Insya Allah ada hasilnya.

Jadi STM harap tahun ini, lebih banyak khabar-khabar berita yang baik dapat STM kongsikan di blog ini. Terlupa juga STM nak sebut berbanyak terima kasih pada sahabat-sahabat yang ada yang datang, ada yang telepon dan ada juga yang chat di FB. 2 hari ini sahabat dari Subang singgah dan sebelumnya seorang sahabat dari Ipoh yang nak bermastautin di Melaka juga melawat reban. Alhamdulillah, tambah ceria kawan-kawan di Telok Mas. Geng ayam juga tu...hehehe. Tak lupa juga pada Abg Mie Klang yang rajin bercerita  melalui handphone.

Jadi STM tengok 2013 ini dengan lebih positif. Ada macam-macam idea. Tapi STM akan buat sikit sikit ikut kemampuan dan kesempatan. Walaupun ada kata-kata orang main serama ini macam trend angin ja. Kejap kuat kejap pelahan...hahaha. STM nak pinjam kata-kata berbiso Azwan Ali ....'Ada aku kesah..? Dah namanya hobi, kita enjoy ja lah ..hehehhe"

Apapun muga yang terbaik dan yang lebih baik di tahun ini dan yang akan datang buat STM sekeluarga dan tidak lupa juga pada sahabat pembaca sekalian...ameeen.

Ikut prinsip ayam serama.."biar kecil asal jalan mendada" hahahaha
(Gambar  : salah seekor serama yang bertanding di Bon Melaka baru ini)
MILIK : Otai Beranang - NIZAM RC




Wednesday, January 2, 2013

Peluru Ady Nilai

Memang di setiap bon yang STM hadir, STM akan cuba snap gambar ayam kawan-kawan yang selalunya cantek bergaya. Dan STM suka ambil gambar ayam tersebut di luar dari meja pengadilan. Maksudnya gambar ayam tu di atas padang ke, atas sangkar ke atau biarkan dia lari-lari sikit hehehe.

STM bukan guna kamera ribu-riban, hanya sekadar sebuah kamera murah sahaja. Jadi gambar tidak secantek kamera DSLR. Tapi cukup untuk jadi perakam momen menarik yang selalu STM perhatikan di tempat yang STM lawati....

Jadi untuk bon kali ini, STM dapat adjust peluru sahabat STM dari Nilai. Tak lain dan tak bukan Abe Ady Serama Nilai. Peluru nie kalau tidak salah di panggil "Kurt Cubain" sempena nama vokalis figura terkenal dari Grunge Brand- Nirvana.

Apapun terbaik buat Abe Ady. Moga peluru ini bakal memberi  semangat buat Abe di bon-bon di sepanjang tahun 2013 nanti...ameen.





Abe Ady

Monday, December 31, 2012

Gambar ayam Johan

BOTB & Johan Remaja
Azwa BP
Johan Kategori B
Nizam Beranang RC
Johan ABS
Wan -Beranang Group
Johan Muda
Zam RHB
Johan A
Cg Azhari Kajang

Tuesday, December 25, 2012

Pelapis pembaka reban...

Salam buat semua...

Tak beberapa hari lagi, musim cuti sekolah akan berakhir. Buat rakan-rakan di pantai timur, STM doakan moga rakan-rakan serama semua berhati-hati dan tabah mengharungi suasana banjir yang mula melanda di sana.

Untuk catatan kali ini, STM cuma mahu berkongsi 2-3 ekor pembaka dan pelapis reban STM.

Seperti yang STM pernah sebut, dalam breeding di reban Telok Mas, setakat ini STM menggunakan hanya 3-4 bloodline yang sudah STM pilih berdasarkan ciri-ciri dan aksesori yang STM minati. Tapi tak tahu pula pada masa akan datang, mungkin STM nak cuba juga 'outcross' dengan beberapa bloodline dari reban-reban sahabat yang STM berkenan juga.

Di bawah ini ada beberapa keping gambar. 3 yang pertama dari pembaka yang sama. Kalau kita perhatikan, ketiga-tiganya mempunyai aksesori yang banyak persamaan. Balung, ketinggian tubuh, susun ekor, warna bulu yang agak seiras dan juga perangai yang agak dekat. Ketiga-tiga jantan ini mewarisi genetik aksesori yang kuat turun dari bapaknya. 2 darinya sudah berpindah reban, STM simpan seekor sahaja buat pelapis reban. Memang STM sedang proses 'tambah-baik' beberapa aksesori dan kating bloodline ini. Ada rezeki STM akan upload gambar bapaknya..Insya Allah.

Gaya menarik Trojan sebelum pindah
Yang ini jadi pembaka
di Telok Mas. Masih muda.
Mat Sengkat. Tapi boleh
guna sebagai pembaka.

Yang di bawah ini STM gunakan pembaka kumbang lilin buat projek warna 'gelap' di reban. Sebenarnya, ada 2-3 ekor pembaka warna 'gelap'. Yang ini salah sekor yang STM guna. STM minat perangai warisan genetik bloodline pembaka ini. 

Manakala, 2 keping gambar yang bawah sekali adalah jantan yang baru sahaja sampai di reban STM. Asal dari reban sahabat STM di Dungun.



k
Baru masuk muda. Belum galak lagi. Tengok lagi sebulan. STM rasa insya allah
datang jahatnya nanti



Tuesday, December 18, 2012

Reban di musim hujan....

Agak lama juga STM tidak dapat update blog ini. Maklumlah cuti-cuti sekolah ini sibuk melayan anak-anak dan juga banyak aktiviti bersantai bersama keluarga. Tambahan pula ada beberapa majlis walimatul urus di kalangan ahli saudara dan rakan-rakan membuatkan STM agak sibuk sedikit di samping menguruskan urusan perniagaan.

Bagaimanapun, hobi tetap hobi. Ada juga sahabat-sahabat serama yang singgah bersilaturrahim di Telok Mas. STM mengucapkan terima kasih. Moga ada rezeki kita berjumpa lagi.

Bagi yang berhubung melalui telefon dengan bertanyakan khabar dan memberikan dorongan ingin STM ucapkan " Jazakallah Khairan Kathira...(semoga Allah menganjarkan kamu dengan kebaikan yang banyak) "

Sekarang ini di Melaka musim hujan. Hampir setiap hari hujan akan turun samada renyai renyai ataupun agak lebat. Kesian juga tengok ayam-ayam di reban yang agak kesejukan. Ada beberapa ekor yang nampak murung. Terpaksa STM bagi vitamin tambahan supaya kuat sikit tubuh ayam di reban.

STM juga tidak dapat memeriahkan bon baru ini di Shah Alam. Dan mungkin juga tidak dapat turun ke Bon Ipoh pada minggu ini. Kesibukan dan urusan lain yang lebih memerlukan membataskan STM untuk turun memberi sokongan. Insya Allah, dimudahkan Allah, pada masa akan datang STM akan cuba pergi ke bon yang lain nya.

Ada beberapa gambar ayam ingin STM kongsi kali ini. Cukup buat sahabat-sahabat pembaca yang sudi berkunjung dan membaca di blog ini.
 .
Sepasang remaja yang sedang bercanda. Betina dari baka Tok Uban. Dan jantan
STM dah cross dengan pembaka di reban STM
Jantan ini nampak galak sikit berbanding adik beradik dia yang lain.
Baru anak C rasanya...
Aduss..kesian betul . Murung sampai melentuk balung dia.
Ini ayam remaja kesayangan STM. Ayam jenis kecil halus (A) dan bulu nipis. Remaja nak masuk muda.
Tapi nak buat macam mana...hujan hari-hari, dia pun "lemau" juga..
Gambar penuh remaja di atas...
Hari ini STM lepaskan anak-anak baru dan bakal jadi pelapis reban STM bagi hilang stres sedikit.
Kasi dia main tanah dan hirup udara segar selepas hujan lebat.
Ini muda yang STM baru ja masukkan dengan induk. Adik beradik pada Trojan (gambar di bawah) dan Mat Singkat.
Cross ambil cutting dan beberapa kasesori.
Mat Singkat (sudah jadi milik sahabat di Klang)
Trojan

Thursday, December 6, 2012

Kuning bersih 2.0

Awal tahun ini, STM ada simpan sekor ayam kuning bersih. Punyalah semangat sebab suka tengok warnanya yang ceria. 

Tapi masuk muda sahaja, dia ada masalah chasis sedikit. Tak putus asa, bulan ini, dilimpahkan rezeki ada sekor yang nampaknya boleh jadi versi kuning bersih yang terbaru...

Versi 1.0. Masa awal tahun 2012
Ini Versi 2.0 . Warna yang juga kuning bersih cuma ekor ja kelabu...
latih dalam serkup

Monday, December 3, 2012

Muda - Trojan

Kebelakangan ini , ayam muda ini makin galak. Tapi masih belum parking lagi. Memang jenis lambat sikit kot ayam nie. Tapi Alhamdulillah, bentuk tubuhnya makin tegap.

Tengok macam mana....