Saturday, March 10, 2012

Pembaka Reban Telok Mas...

Ini gayanya bila breed serama bagi yang tinggal di taman perumahan. Orang lain pakai kandang kayu besar-besar, kita je pakai gok besi je boh.

Apapun, usaha menghasilkan serama yang cantik bergaya mesti diteruskan.

Di bawah ini adalah gambar sepasang serama yang STM gunakan untuk projek "menghitamkan" serama di reban STM...hahaha. Di kala semakin ramai peminat serama di Malaysia menumpukan segala usaha dalam menghasilkan serama berwarna "komersial" (warna kuning), STM pula masih juga buat projek warna gelap. Apa nak buat sudah citarasa kita..hahaha.

Pada STM, serama itu ada seninya. Seni tidak terbatas pada warna kuning sahaja. Warna gelap ini juga kaya dengan nilai estatika yang tinggi. Hanya bila sampai sahaja di meja pengadilan, jugdement pengadil adalah MUKTAMAD!

Tanpa mahu cerita panjang, inilah pasangan romantik pembaka Besi Buruk bersama induk Tok Uban/Syawal kumbang lilin milik kawan saya Pok Jang Dungun yang sedang saya usahakan. TERBAIKkkk....


No comments:

Post a Comment