Sunday, March 25, 2012

Incubator untuk reban..

Kerana banyak telur yang dihantar untuk dieramkan di sebuah kedai ayam di bandar Melaka rosak dan tidak menjadi, nampak gaya STM perlu memikirkan alternatif untuk memiliki sebuah mesin incubator sendiri supaya lebih mudah dan menjimatkan masa.

Selepas melakukan survey di google, ada 2 tempat yang saya perlu lawati. Kedua-duanya adalah pusat dan perusahaan menternak ayam kampung di tempat saya. Sambil melihat incubator yang dimiliki oleh mereka, mungkin banyak maklumat yang boleh saya pelajari dan kongsi terutama pengalaman mereka di dalam menternak unggas dalam skop yang sistematik dan berkesan.

Ini dia perusahaan yang saya perlu lawati..

1. Perusahaan dan penetasan Ayam Kampung milik Haji Alwi Othman di Kampung Tambak Bugis, Telok Mas, Melaka

anak ayam

penternak ayam

2. Razalipro Bukit Tembakau, Umbai, Merlimau, Melaka
http://razalipro.blogspot.com/

Kedua-duanya menawarkan mesin incubator yang pelbagai jenis. Yang penting keberkesanannya dan juga menjimatkan terutama bagi STM yang membiakkan serama secara kecil-kecilan...

No comments:

Post a Comment