Inilah antara bab yang agak penting kepada peminat yang serius untuk membawa ayam ke pertandingan -pertandingan ayam serama. Apatah lagi bagi orang baru dan juga mereka yang baru sahaja berjinak-jinak untuk menghasilkan ayam tinggi ranking-nya.
Dalam artikel "Antara ayam cantik dan ayam juara", saya ada sentuh bagaimana penentu kepada ayam itu menjadi juara adalah melihat kembali siapakah pemain atau tuan ayam tersebut. Kenapa..?
Kerana faktor inilah..."melatih dan menyediakan ayam" sebelum ayam itu benar-benar boleh di bawa ke depan.
Walaupun saya masih agak baru aktif di dalam menyertai sahabat-sahabat lain membawa ayam ke medan pertandingan, tetapi pengalaman berkongsi cerita dan memerhatikan ramai otai-otai yang kerap mendapat tempat tertinggi bagi kategori yang ayam mereka sertai membuatkan saya ketahui bahawa ayam yang cantik perlu dilatih dan disediakan dengan cara dan kaedah yang bagus.
Kita tidak nafikan bahawa baka atau bloodline sesekor ayam itu sangat penting. Tetapi itu hanya setakat menghasilkan ayam cantik dari reban-reban seseorang peminat. Seorang breeder selalunya memang menitikberatkan susur galur ayam yang dijadikan pembaka dan induk di reban mereka kerana mereka mahu menghasilkan ciri-ciri yang dimiliki/dan diwarisi oleh bloodline ayam tersebut.
Tetapi apabila kita hendak membawa ayam kita lebih jauh ke depan, soal baka akan semakin menghilang. Bak kata otai lama ; "dalam kolum pemarkahan tak ada pun kolum untuk pengadil bagi markah pada baka-baka tertentu ..heheheh"
Jadi apa yang dinilai oleh pengadil...?
Yup...ayam yang cantik dan bergaya. Cantik dari segi aksesorinya dan bergaya dari segi perangainya. Saya masih teringat kata-kata otai yang kerap mendapat ranking di dalam bon yang beliau sertai, Pok Eik berkata beliau akan pastikan setiap aksesori yang dimiliki oleh ayam yang dibawanya memenuhi keperluan skema pertandingan. Salah satunya seperti bahagian ekor. Beliau akan pastian ekor ayamnya betul-betul cukup sempurna (siap dari segi susunan, bilangan bilah, buka ekor, sama tinggi, dan juga pengasuhnya) kerana bahagian inilah juga mempunyai peratusan markah yang besar di dalam kolum permarkahan.
Semenjak itulah, saya semakin teliti dan cuba mempelajari serta memperbaiki kaedah latihan dan penyediaan ayam yang ada di reban. (sudah kita usaha, kalah menang bukan soalan.)
Jadi, apa yang ingin saya kongsikan kepada sahabat-sahabat yang membaca blog ini adalah soal melatih dan menyediakan ayam adalah sangat penting dan patut dipelajari oleh setiap peminat terutamnya yang berhajat membawa ayam mereka ke meja pertandingan. Tanpa penjagaan (kesihatan dan kebersihan), latihan (supaya ayam siap untuk bergaya) dan penyediaan (kekemasan ayam), akhirnya baka yang kita beli bernilai tinggi hanya setakat berada di dalam reban kita sahaja.......Bak kata pepatah baharu..'menang membeli tapi alah memakai..." adusss
Melatih ayam supaya tidak gayat dan takut semasa di meja Yang paling mencabar, melatih supaya ayam aktf dan garang di atas meja (Remaja Telok Mas) |
Mohon link ke blog saya, tq BlogSeramaKedah
ReplyDeleteok
ReplyDelete