Saturday, April 6, 2013

Dari 'bloodline' warna gelap reban...

Sekarang ini memang Stm agak sibuk sedikit dengan urusan meniaga dan bisnes yang lain. Jadi kadang kala memang ada niat nak kongsi info panjang sedikit kat blog ini, tetapi lantaran badan yang penat dan minda yang letih, Stm tidak dapatlah menulis panjang lebau (pelat orang melaka).

Bagi kawan-kawan yang rajin mengikuti blog ini, Stm ucapan terimakasih banyak-banyak. Juga ada yang sms dan telefon bertanyakan khabar sambil rajin bercerita tentang hobi serama nie. Maaf buat 'call' yang kadang kala Stm tidak sempat nak 'pick up'. Sibunk kadang kala hehehehe.

Bagi yang sudi singgah dan melawat reban, Stm segan juga kerana suasana reban yang tidak se-gah seperti reban kawan-kawan serama yang lain. Tapi Stm syukur juga kerana ada yang sudi berkunjung sambil mengeratkan silaturrahim sesama kita. 

Di bawah ini Stm kongsi gambar adik beradik seibu dan sebapak dari bloodline warna ara reban. Memang Stm guna 3-4 bapak pembaka warna 'gelap' dengan koleksi induk yang pelbagai. Dari yang darah dekat hingga yang jauh talian bloodline-nya. 

Warna kuning pun macam itu juga...3-4 bapak dari bloodline yang stm sudah tapis. Dah campur beberapa baka yang Stm minat. Ada masa, Stm kongsi gambar pembaka kuning reban nanti.

Adik beradik dengan gaya tersendiri.
Seekor belum galak dan seekor lagi dan lempar sayap selalu...
Cutting dan warna bulu yang Stm cukup minat (manisan hangus). Tapi belum bangun lagi. Stm target
sebulan ini datang lah perangai dia....

No comments:

Post a Comment