Monday, January 30, 2012

Corat-coret selepas Bon Melaka....

Alhamdulillah...aktiviti bon bulanan yang dirancangkan berjaya berjalan dengan lancar. Cuaca yang baik tambah memeriahkan lagi acara pamer mempamer ayam serama yang terbaik di antara para peminat.

Pagi tadi semasa sempat berjumpa Abang Zuki, beliau melahirkan rasa gembira atas sokongan berterusan dari peminat yang datang dari jauh dan dekat. Walaupun boleh dikatakan sebagai satu bon kecilan sahaja, jumlah peserta yang hadir untuk mempamerkan ayam mereka adalah sangat mengalakkan. Malahan beliau yakin tahun 2012 akan menjadi tahun cemerlang buat semua peminat-peminat ayam serama seluruhnya.

Memang menjadi impian dan mimpi-mimpi indah buat kami di Melaka untuk melihat semakin banyak ayam yang hebat dan bergaya dapat dilahirkan dan dipamerkan di sini.

Malahan dari feedback yang dapat saya kumpulkan semalam, kebanyakan peminat melahirkan padangan bahawa ayam yang dipamerkan kebanyakannya semakin bergaya dan cantik di atas meja. Ini bakal meletakkan 'benchmark' yang baik untuk bon bulanan ini pada masa akan datang..Insya Allah.

Saya hadir agak lewat berbanding rakan-rakan kelab yang sudah bersiap-siaga dari pagi lagi untuk memastikan perjalanan bon berjalan lancar. Tetapi apa yang dapat saya perhatikan sepanjang beberapa bulan ini, sudah hadir beberapa orang lama (peminat serama) dari Melaka untuk menonton 'event' petang semalam. Malahan ada sekumpulan peminat baru yang hadir dari Shah Alam seawal pagi lagi di hadapan rumah Abang Zuki semata-mata untuk mengikuti pertandingan tersebut.

Bagi yang berjaya saya ucapan TAHNIAH!!. Bagi yang BELUM berjaya, teruskan usaha dan kreativiti dalam menghasilkan serama yang menarik di atas meja. Saya pun sama seperti kawan-kawan juga; sedang berusaha ke arah tersebut dengan bantuan rakan-rakan di sini.

Di bawah ini saya kongsi beberapa momen menarik yang telah berlaku semalam.......

Ayam Mat Yus Kl kalau tak salah (tolong betulkan jika salah)

Johan B kalau tak salah..

Putih salju..canteknya..
Orang kuat Beranang Serama Farm (baju hitam 'Awang Pok")

AKAN DATANG.............


No comments:

Post a Comment