Beliau telah muncul di dalam pelbagai majalah lokal mahupun antarabangsa. Malahan baru-baru ini beliau muncul di RTM untuk dokumentari tentang ayam serama. Malahan kerana ayam serama, beliau pernah sampai hingga bertemu Puteri sulong Raja Thailand yang tertarik dengan keunikan dan kecantikan serama. (cerita lanjut ini boleh didapati di page ini: klik)
Menariknya, Abang Zuki bukan sekadar penternak atau Bon Player, seperti sesetengah penternak yang memberi tumpuan kepada penternakan atau seorang bon player yang hanya aktif masuk bon, beliau juga terlibat di dalam penganjuran bon, memban
Baru-baru ini, saya dan geng serama melaka telah sempat berkunjung ke rumah beliau (kini beliau sudah menetap di Durian Tunggal Melaka). Rumahnya yang memang sentiasa terbuka buat kaki-kaki peminat serama ini kerap menerima kunjung pelbagai orang. Malahan, ini sudah beberapa kali juga saya berkunjung ke rumah beliau.
Seperti biasa, beliau memang tidak pernah lokek dengan tips dan maklumat berguna untuk menghasilkan serama yang bergaya. sebagai orang yang kaya dengan ilmu dalam penternakan serama, pelbagai informasi boleh diperolehi asal rajin bertanya.
Beliau yang bernaung di bawah syarikat penternakan serama yang terkenal iaitu Serama Corporation, banyak melakukan aktiviti promosi tentang serama di peringkat antarabangsa.
Keputusan beliau menjadikan Melaka sebagai pusat penternakan dan tempat tinggal beliau pasti mengaktifkan dan memeriahkan lagi pembiakan serama di Melaka.

"MAZUKI mahir mengendalikan ayam serama peliharaan beliau.
(Petikan dari Kosmo Online)
(Petikan dari Kosmo Online)
paparan terbaik...teruskan dptkn info...
ReplyDeleteTerima kasih Tuan SM. Sokongan tuan jadi motivasi utk sy memeriahkan lagi dunia serama..
ReplyDelete