Thursday, January 26, 2012

Evolusi Serama dan "Cutting"Terkini

Walaupun saya masih baru sahaja aktif di dalam dunia penternakan ayam serama, sebenarnya saya mula tertarik dan memelihara serama semenjak sekitar tahun 2000 lagi. Ketika itu saya masih bekerja di Kuala Lumpur (KL).

Kerana masa itu gelombang internet baru sahaja bermula, maklumat tentang serama tidak mudah diperolehi seperti hari ini. Bagi peminat serama di KL yang sudah lama berkecimpung, pasti masih mengingati tempat-tempat atau lokasi yang mudah untuk memperolehi ayam serama.

Tepian Jalan Kuching dan juga sekitar Gombak (susur hingga jalan menghala ke UIA) adalah lokasi yang banyak mempunyai penjual-penjual ayam serama. Hampir setiap hari saya 'menebeng' di lokasi tersebut hanya sekadar untuk melihat anak ayam serama yang dijual oleh penjual-penjual yang datang dari kelantan (kebanyakannya).

Pada masa itu harga serama mencecah puluhan ribu. Malahan ada juga cerita mengatakan ada peminat yang sanggup menukar seekor ayam serama dengan kereta kancilnya(cuba tanya orang-orang lama tentang cerita ini). Bayangkan betapa tingginya nilai (duit) yang dibawa oleh ayam serama pada masa tersebut.

Teringat saya cerita otai serama kita ..Abang Zuki. kata beliau, pada masa tersebut ayam serama sangat 'limited' (Sangat TERHAD). Ceritanya, peminat serama datang beratur sehingga lewat malam hanya 'berebut' untuk mendapatkan anak-anak serama. Masa itu soal 'cutting' atau bentuk tubuh bukan soalan. Yang penting anak serama (walau banyak juga yang dapat ayam katik dan kapan...hahahaha).

Masa itu juga saya belum dengar baka-baka seperti Tok Uban atau nama-nama baka serama. Hanya nama sang juara yang megah disebut seperti Sri Kelantan. Sri Penang dan sebagainya. Macam kata Abang Zuki..."kau main baka apa...?" "Aku main baka CANTEK. Asal cantek je aku pelihara.." hahaha

(Sumber Gambar : Serama Keramat 10)

Saya memperolehi maklumat ayam serama melalui buku Ayam serama tulisan Saudara Ayob Ismail yang masih saya simpan hingga hari ini.



Serama bukan dari sejenis spesis asli ayam. Dia adalah hasil kacukan (hybrid)-penyilangan beberapa jenis baka ayam. Di katakan penyilangan (kacukan) antara ayam katik (Japanese Bantam), Ayam Kapan, Ayam Sutera ( Silkie Bantam) dan juga Ayam Hutan. Yang mana cross dahulu..WalAllahu Alam. Itu kena tanya geng otai lama macam Abang Zuki.

Kerana itu banyak kali kita dengar orang kata .."hendak beli serama tetapi dapat Kapan". Mungkin bukan niat mereka hendak menipu TETAPI salah satu sebab kerana genetik asal "datuk nenek" serama memang mempunyai darah kapan. Kerana DNA (genetik) yang belum stabil pada masa itu, maka kerap terhasil ayam kapan di dalam kumpulan hasil serama tersebut.

Kerana itu dahulu terdapat pertandingan serama kategori Ayam Kapan.

Tetapi seiring dengan perubahan masa dan citarasa manusia, ayam serama juga mengalami perubahan yang ketara. Dari sejenis ayam katik yang kecil dan berdada besar cutting Epel "gaya Syarifah Aini" jadi rebutan, Hari ini peminat serama sudah melihat bentuk tubuh serama yang berbeza. "Cutting" slim tinggi lonjak dan selam menjadi pilihan dengan gaya "lawan meja" yang mecetuskan kegilaan baru di dalam setiap pertandingan kecantikan ayam serama.

Tetapi, evolusi serama akan terus bergerak. Seperti dunia fesyen yang kerap berlaku pengulangan trend, adakah serama juga boleh berlaku begitu?

Serama Gaya Asal (Awee)

"Cutting" terkini
(Sumber Gambar : Blog Wan Jalan Day)

1 comment:

  1. "....Masa itu soal 'cutting' atau bentuk tubuh bukan soalan. Yang penting anak serama (walau banyak juga yang dapat ayam katik dan kapan...hahahaha)...."

    Macamana nak membezakan ayam serama, ayam katik dan ayam kapan?.

    ReplyDelete