New Straits Times (NST)
Chicken pageant to go global          MALACCA: Bantam chicken, or ayam serama, beauty contests, which once took the country by storm, will soon go international with participation from Europe as well as the Middle East.
                Jurors judging a Bantam chicken, or ‘ayam serama’, at the National Bantam Chicken Exhibition and Contest in Durian Tunggal, Malacca, yesterday. Pic by Rasul Azli Samad
Malaysian Federation of World Bantam Chicken chairman Ahmad Fauzi said the inaugural international Ayam Serama Beauty Contest would be staged in Kuala Lumpur end of this year.
He said foreign participants included those from the United States, Canada, Belgium, United Kingdom, South Korea and the Middle East.
"The four-day event will not only create awareness about the growing interest in the chickens globally, but also boost our tourism industry.
"Local breeders of bantam chickens will benefit hugely from this event as they can market their best breed to the international buyers.
  "There have been offers to buy the local breed of bantam chicken for  RM30,000," he said at the National Bantam Chicken Exhibition and Contest  at the ayam serama village in Durian Tunggal here yesterday.
ARKIB UTUSAN MALAYSIA : 25/02/2012
Ternakan ayam serama
 mampu jana pendapatan lumayan
25/02/2012 9:17pm
 Oleh AMRAN MULUP
MELAKA 25 Feb. – Ternakan ayam serama akan dikembangkan kepada penduduk  luar bandar kerana ia mampu menjana pendapatan lumayan ekoran harga  seekor ayam tersebut boleh mencecah sehingga RM30,000 seekor.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek  berkata, ayam serama Malaysia mendapat permintaan yang tinggi di pasaran  luar negara seperti Amerika Syarikat (AS), Kanada, England, Belgium,  Korea Selatan, Filipina dan Asia Barat.
“Di China sebagai  contoh, permintaan terhadap ayam serama dari Malaysia amat tinggi kerana  ia menjadi hidangan sup yang harganya mencecah sehingga RM100  semangkuk.
“Melihat kepada permintaan yang tinggi, kementerian  berpendapat sudah tiba masanya masyarakat luar bandar mengusahakan  ternakan ayam serama untuk komersial dan bukan lagi sebagai hobi,''  katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan  pertandingan Seni Warisan Ayam Serama 1Malaysia anjuran Persekutuan Ayam  Serama Sedunia Malaysia (PASSM) di Taman Serama Sedunia, Durian Tunggal  di sini hari ini.
Turut hadir Penasihat PASSM, Tengku Mohamad ibni Sultan Yahya Petra.
Seramai 300 peserta dari Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan,  Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pahang dan Melaka mengambil bahagian pada  pertandingan yang julung-julung kali diadakan itu.
Hasan yang  juga Penaung PASSM berkata, keunikan ayam serama Malaysia adalah kerana  saiznya yang terkecil di dunia, jinak, warna yang cantik dan bergaya.
Beliau menambah, harga ayam serama boleh meningkat tinggi tetapi  bergantung kepada saiz, warna, keadaan ekor, kepak, balung dan  perwatakannya.
“Kalau ayam serama bukan dari jenis baka yang baik, paling rendah pun harganya ialah RM500 seekor,'' ujarnya.
Dalam perkembangan lain Hasan berkata, PASSM dengan kerjasama  Persekutuan Serama Sedunia yang berpangkalan di AS akan menganjurkan  pertandingan Festival Serama Sedunia di Kuala Lumpur Oktober ini. –  UTUSAN
No comments:
Post a Comment