Monday, February 6, 2012

Promo : "SPECIAL PERSONA" & "PERSONA POWER DROP"

Saya menerima beberapa pertanyaan tentang makanan yang sesuai untuk serama. Seperti yang kita ketahui, sesudah ribuan Ringgit Malaysia (RM) atau Rupiah Indonesia dilaburkan untuk memiliki seekor serama yang cantik bergaya, sudah tentu penjagaan yang baik dan sesuai adalah sangat perlu dititikberatkan . Salah satunya adalah di dalam soal pemakanan.

Ini kerana walau bagaimana hebatnya baka atau bloodline yang anda miliki...atau bagaimana cantiknya serama yang anda beli, tetapi jika tidak sihat dan cergas , ia tetap tidak jadi cantik bergaya. Apatah lagi apabila berada di atas meja.

Bersama ini saya cadangkan makanan serama bermutu tinggi yang dihasilkan oleh saudara Rahman iaitu pemilik baka Lang yang terkenal dari Melaka.

Produk pertama dinamakan "Special Persona", iaitu adunan makanan khas untuk ayam serama yang diletakkan seekor sekor atau yang bersiap untuk pertandingan. Bahan asas makan tersebut adalah dari bijirin biasa untuk ayam dan telah siap dicampurkan dengan multivitamin dan mineral.

Antara kelebihan Special Persona adalah :

1) Ayam tidak menjadi gemuk
2)Ayam lebih galak
3)Najis kering dan kurang berbau
4) Bulu ayam serama lebih berkilat

Special Persona seeloknya diberikan seiringan dengan satu lagi produk Persona Serama Farm Iaitu "Persona Power Drop"(PPD),yang botolnya kelihatan seperti ubat sakit mata - Eyemo.

PDD ini telah dirumus dan diuji selama hampir 2 tahun oleh saudara Rahman bagi menghasilkan seramanya yang cantik bergaya sebelum di komersialkan.

Kedua produk ini telah mendapat respon yang baik dari pembeli,antara khasiat PPD ialah:

1) Ayam lebih galak,balung lebih merah
2) melindungi ayam dari terlalu mudah dijangkiti penyakit
3)Ubat untuk ayam yang nampak pucat
4)Boleh membantu memulihkan ayam betina yang bertelur lembik

PPD juga mudah digunakan,boleh dititis terus kedalam mulut ayam atau campur dgn air mnuman.

Jika anda berminat untuk memiliki produk tersebut atau terdapat pertanyaan, sila hubungi saudara Rahman di talian berikut :- 012-6845884











Saudara Rahman Persona

No comments:

Post a Comment