Tuesday, November 27, 2012

Selepas bon MAHA....

Sesak..ini jam 10pagi. Adusss
Alhamdulillah hari sabtu lepas, saya dan kawan-kawan dari Melaka sempat berkunjung ke Pameran MAHA 2012 yang dilangsungkan di Serdang. Tujuan tidak lain, sudah tentu untuk sama-sama memeriahkan Bon yang dianjurkan oleh Geng Kelab KL dan Selangor. 

Seperti yang telah saya kongsikan di artikel-artikel lepas gambar ayam-ayam yang berjaya, memang ramai peserta yang sama-sama hadir. Kemungkinan lokasi di Kuala Lumpuryang di lihat agak selesa terutama yang datang sejauh dari Kelantan. 

Apa nak katakan..semua bas padat....
Tetapi dalam artikel hari ini memang saya tidak mahu bicara panjang, penat berjalan di pameran MAHA baru sahaja kebah (maklumlah kawasan dan keluasan pameran yang agak luas). Nasib baiklah kenderaan kami boleh masuk hingga ke kawasan tapak pertandingan yang dijalankan. Tetapi kesian juga tengok kawan-kawan lain yang berjalan lebih dari 1 kilometer dengan sarat membawa sangkar. Malahan ada seorang peminat (Pak Omar Bentong) terpaksa dikejarkan ke hospital disebabkan gangguan kesihatan yang dialaminya kemungkinan disebabkan oleh kepenatan.

Jadi selepas penat mengambil gambar-gambar ayam cantik milik orang di Bon MAHA, hari ini saya sempat meluangkan masa mengambil beberapa gambar ayam di reban sendiri. Maklumlah sekarang Melaka sedang dilanda hujan setiap hari. Jadi jarang duduk lama-lama di dalam reban .

Suasana dalam dewan pertandingan
Suasana di luar pula...

Ini geng Telok Mas. Dari kiri Jang Speed dan Khairul (datang dari jauh tu) . Dan baju merah saudara Maizal.
Saya tukang ambil gambar......(tak ada dalam gambar)
Anak Temas yang baru nak bangun sikit-sikit...Alhamdulillah
Kalau tak bangun juga, jadi bapak lah jawapnya...
Kuning muda yang baru nak galak. Cutting slim tinggi.
Nak tunggu sampai siap...tengok macam mana jadi.
"Extreme tinggi" hahahaha. Ambek kau...nak tinggi sangat sampai sayap paras lutut.
Adik beradik dengan kuning muda di atas, cuma ada hitam-hitam di tengok dan badan.
Ibunya Tok Uban Syawal
Pasal extreme sangat, hantar jadi bapak terus ...hahahaha

Pembaka Sri Pateh. Kesian lama tak ambil gambar dia. Pembaka sepenuh masa.
Projek warna gelap Telok Mas..
Tetap bergaya (aktif kebas) walau sepenuh masa dengan induk


No comments:

Post a Comment