Tuesday, July 23, 2013

Memilih pembaka...

Assalam ..

Entri ini saya tulis sebagai perkongsian kepada pembaca blog terutama bagi peminat yang baru berjinak jinak meminati kecantikan ayam serama. Alhamdulillah, minggu ini saya terima banyak pertanyaan tentang pembaka yang hendak saya lepaskan. Syukur...takat ini ada 3-4 ekor yang sudah selesai urusannya. 

Tapi saya bukan hendak bagitahu saya sudah lepaskan pembaka tersebut, saya cuma mahu berkongsi sedikit tips supaya peminat baru ini tidak membuang masa dan tenaga (termasuk duit) seperti mana yang telah saya lalui sebelum ini.

Macam yang selalu saya tekankan dalam tulisan saya yang lepas, pemilihan pembaka dan juga induk sangat kritikal dalam proses breeding terutama dalam mencapai visi dan impian kita menghasilkan serama mengikut ciri-ciri yang kita sukai.

Jadi soalan yang kerap saya tanya pada pembeli adalah nak pembaka yang warna apa? Dan minat serama nie untuk buat suka-suka atau memang ada hati untuk bawa ke depan (pertandingan). Secara jujurnya, jawapan yang paling banyak diterima akan menjurus pada membela sekadar suka-suka, dengan niat nak dapat harga yang murah murah.

Masalahnya, jawapan yang kita berikan tidak akan membantu kita dalam usaha kita mendapatkan serama yang baik dan bergaya pada masa akan datang kerana langkah paling penting kita tidak diambil dengan jujur. Kerana itu selalunya , ayam yang paling awal kita beli selalunya tidak memberi sebarang hasil yang kita ingini dan selalunya pembaka tersebut sudah sampai ke rumah jiran-jiran kita yang minat serama tapi tidak mahu mengeluarkan wang untuk membeli.

Pendapat saya, kalau hendak bela serama sekadar suka-suka, cukup setakat ambil pembaka yang memang kita pun tak hendak langsung ada dalam reban kita. Kadang sesetengah penternak hanya mengambik duit beli dedak sahaja. Belakang hari, usah disalahkan pada si penjual kerana pembeli tidak jujur dalam memberitahu tujuan dia membeli sepasang serama itu.

Ayam serama adalah sama macam mahkluk Allah yang lain yang hidup berdasarkan sains genetiknya. Kalau kita tanam benih mangga usah impikan hasilnya buah manggis. Kalau kita satukan pasangan melayu dengan melayu, usaha kita harap hasilnya anak muka mat saleh (kecuali dengan izin Allah). Ini hukum sains genetik. Dalam kita hendak menghasilkan serama yang mempunyai ciri-ciri aksesori yang kita impikan, kita perlu mempunyai pembaka atau induk yang mewarisi genetik ciri-ciri tersebut. Jika tidak kita sekadar hanya membuang masa, usaha dan tenaga kita berbanding mereka yang benar-benar menitikberatkan pemilihan pembaka dan induk yang betul.

Maka, saya selalu berharap seseorang peminat itu berterus terang supaya pembaka yang dicadangkan adalah sesuai dengan keinginan dan impiannya. kalaupun belum sedia, tunggu sampai cukup baru kita ambil. lebih baik dari kita ambil yang bukan-bukan dan kemudiannya kita tukar lagi dan tukar berkali kali...sekadar membuang masa dan tenaga kita....

Pembaka pertama yang saya beli. saya tidak tahu kenapa saya beli pembaka berwarna jalak
Kerana saya minat warna ara. Tak lama di reban telok mas sebab mati.
mungkin kerana kurang perhatian dari saya sendiri dan saya sibuk cari pembaka yang lain..
#beli semata-mata cukup buget (modal kecil)
Anak yang terhasil dari pemilihan pembaka dan induk.
mewarisi warna, aksesori dan kating keturunannya.
Gaya belum tahu...
Anak Ara 


No comments:

Post a Comment