Thursday, July 21, 2011

Lang Emas : Baka Lang Persona




Anak serama ini adalah anak Lang Impian (gambarnya di di artikel sebelumnya). Saya perolehi selepas berjumpa dengan 'otai' serama Melaka iaitu Saudara Rahman Persona.

Alhamdulillah, saya memperolehi sepasang anak Lang Impian. Dengar khabar, baka ini telah dikacukan dengan induk dari baka tersohor terengganu yang berwarna kuning emas.

Mungkin kerana itu, anaknya mempunyai warna kuning emas mengikut warna ibunya.

Anak serama ini saya namakan sebagai "Lang Emas" mengambil nama sempena tempat saya tinggal Sri Telok Emas. Kebetulan pula warna bulunya agak kuning keemasan.

Ini adalah gambar Lang Emas berumur lebih kurang 3 bulan.

No comments:

Post a Comment