Saturday, December 31, 2011

Baka @ Darah

" Cantik ayam nie....baka apa boh...? "
" Baka apa yang ko breed kat reban ko..?"
" ayam BOTB baru-baru nie kat Bon xxx dari baka xxxx...tau"


Bagi peminat seni kecantikan serama atau penternak serama, mungkin ini adalah sebahagian dari soalan yang kerap kita dengar diperkatakan dikalangan dari kita. Bagi peminat baru, soalan ini mungkin janggal tetapi lama-kelamaan, ia akan menjadi soalan wajib buat mereka jugaa.

Apa pentingnya BAKA atau darah di dalam menghasilkan serama yang diimpikan atau serama yang bergelar juara?

Sebagai orang yang agak baru di lapangan penternakan serama, saya cuba juga mencungkil atau mendapatkan informasi ini di kalangan orang yang sudah lama berkecimpung di bidang ini. Jawapannya pelbagai. Ada yang menekankan tentang baka..ada juga yang lebih memberi perhatian kepada bentuk-bentuk pembaka jantan dan induk betina dalam menghasilkan bentuk serama yang dikehendaki.

Tetapi jawapan kesimpulan awal yang boleh saya sebutkan samada suka atau tidak adalah; pentingnya mengenali "root" atau baka asal (ataupun reban) ayam yang ingin kita biakkan.

Buktinya, kebanyakan breeder terkenal hanya menggunakan baka-baka dari reban mereka sendiri sahaja. Yang dimaksudkan dengan baka bukanlah bermaksud ia sekadar nama baka ayam sahaja tetapi ia juga memberi maksud darah yang mempunyai kaitan.

Hakikatnya 'darah' cukup penting untuk tujuan pembakaan..BAKA utama Serama Bachok ( SB ) hanyalah dari Reban Shamsul dan Mat Yar Terengganu yang terkenal dengan Rejet dan Submerine.
-Dipetik dari Blog Serama Bachok-


Kesamaan darah atau baka ini berfungsi untuk memudahkan penghasilan serama yang menyerupai kecantikan tubuh dan kehebatan gaya (perangai) yang diwarisi dari darah pembaka atau induknya.


Anak berlainan warna kulit dari pasangan yang sama. Ada yang ikut ayah dan ada yang ikut ibu. Perangainya kena tanya pasangan tersebut. (Teori genetik)

Saudara Rahman Persona menghasilkan Baka Lang hasil dari 'close Breeding" atau persamaan darah 2-3 lapis generasi dari pasangan baka asal ayam tersebut. Tujuannya untuk mengstabilkan genetik darah ayam tersebut.

Begitu juga dengan hasil yang ditunjukkan dari darah Raja Ara yang mempunyai keturunan juara seperti Raja Kubing dan juga Sri Kenyir.

Contok yang agak ketara juga boleh didapati dari Baka Tok Uban yang mempunyai struktur warna bulu dan beberapa struktur tubuh yang sama. Ia juga mewariskan gaya atau perangai yang 'jahat" di atas meja.

Bagaimanapun tidak dinafikan keperluan "out-breeding" bagi tujuan menghasilkan model atau cutting serama yang baru bagi tujuan evolusi kecantikan dan kesenian ayam serama.


Pembaka yang melahirkan ayam berharga belasan ribu dari reban Otai serama di Dungun
(Gambar ikhsan dari Pok Jang)


Nota : Artikel ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja tanpa berpandukan kajian saintifik. sebarang komen atau pendapat adalah sangat dialu-alukan.

No comments:

Post a Comment