Tuesday, December 13, 2011

Geng serama di Telok Mas...

Sebagai 'orang baru' dalam aktiviti seni kecantikan ayam serama ini, peluang menimba ilmu dan berkongsi pengalaman dari orang lama memang satu pekara yang kami beratkan. Tambahan lagi maklumat yang yang diperolehi sangat bermanfaat bagi kami dalam menternak dan menghasilkan serama yang bergaya.

Seperti biasa, jika ada ruang yang sesuai, kami di Telok Mas akan berkumpul sambil berkongsi informasi tentang ayam serama.

Petang ini kami sempat bersembang dan melihat sesi 'menggosok ayam'..hahaha

Pok Jang sedang menunjukkan sesuatu kepada Abg Maizal. Mungkin tips menjadikan ayam lebih selam..

Baka Tok Uban ori dari dungun..

Tetap mahu beraksi...
(Induk ini Johan Bon Melaka-Air Keroh, No 3 Bon KL -Adham dan No 3 di Ipoh -markah sama dengan no 1 dan 2)
Lagi matang ..lagi selam (Tok Uban ori)

No comments:

Post a Comment