Monday, December 12, 2011

Raja Sami juara ayam serama

Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : December 4, 2011
Raja Sami juara ayam serama

IPOH – Peribahasa ‘tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu’ amat bertepatan dengan kemenangan Mohd Zaid Mohd Salleh, 63, bersama ayam serama miliknya, Raja Sami yang berjaya merangkul hadiah utama ‘Best Of The Best’ dalam pertandingan ayam serama di sini, semalam.

Raja Sami memenangi kategori Serama A terpilih sebagai ayam serama terbaik dalam pertandingan anjuran Kelab Warisan Serama Perak (KWSP).

Mohd Zaid yang turut dikenali dengan nama Pok Id ketika ditemui semalam berkata, pada pertandingan kali ini dia menghantar 11 ekor ayam serama bagi setiap kategori yang
dipertandingkan.

“Bagaimanapun, nasib menyebelahi Raja Sami manakala bagi kategori Serama Muda dan Serama Induk saya menang tempat kedua,” katanya yang turut memenangi lima hadiah saguhati dalam pertandingan itu.

Ditanya sama ada ayam serama yang meraih kemenangan itu akan dipertimbangkan untuk dijual jika ada yang berminat beliau berkata, ia bergantung pada tawaran yang diberikan.

Dua minggu lalu salah seekor daripada ayam serama miliknya dijual dengan harga RM17,000 kepada pelanggan.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment